[ 15 ]

366 32 0
                                    

12 . June . 2010

7.00 p.m.

" Omma. "

Shinah tidak memaling ke arah Yoongi dibelakangnya. Dia sibuk membungkus makanan untuk dibawa ke hospital yang menempatkan Jimin. Jimin terpaksa dimasukkan ke dalam ward kerana kecederaan yang agak parah di bahagian kakinya. Kakinya patah dan kini Jimin terpaksa menggunakan wheelchair / kerusi roda.

" Omma. " sekali lagi Yoongi memanggil Shinah tetapi tetap tidak diendahkan oleh Shinah.

Yoongi mengeluh kecil. Kerusi ditarik lalu punggungnya dilabuhkan. Wajahnya ditongkatkan menggunakan kedua-dua belah tangannya. Anak matanya memerhati setiap gerak geri Shinah yang sibuk itu.

" Omma, Jimin macam mana? " soal Yoongi. Sebenarnya dia tidak mahu bertanya pun tentang Jimin tetapi entah mengapa bila Jimin tiada di rumah seharian, dia rasa bosan. Tiada sesiapa yang mengganggunya. Hambar.

" Jimin? Sejak bila Yoon ambil berat pasal Jimin? " soal Shinah yang bagaikan memerli Yoongi.

Yoongi mengeluh kecil. " Yoon tanya je. " balas Yoongi perlahan.

Pantas dia bangkit dari duduknya lalu mengatur langkah menuju ke bilik Jimin. Dipandangnya Shinah sekilas. Okay, Shinah tidak sedar akan perbuatan Yoongi. Pantas sahaja Yoongi memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam bilik milik Jimin.

Terbeliak matanya melihat sekeliling bilik Jimin. Ya, itu pertama kali dia masuk ke dalam bilik Jimin. Matanya meniti segenap ruang di dalam bilik Jimin.

Penuh dengan gambar Yoongi. Ya, gambar dirinya sendiri sebab itu Yoongi amat terkejut.

Yoongi kemudiannya bergerak menuju ke arah meja belajar milik Jimin. Matanya tertancap pada sebuah buku. Adakah itu diary milik Jimin?

 Adakah itu diary milik Jimin?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ya. Itu diary milik Jimin.

Yoongi menjengukkan kepalanya keluar tingkap. Setelah memastikan bahawa Shinah sudah pun bergerak keluar dari rumah, Yoongi mengambil diary itu lalu dibuka isinya.

Ternganga mulutnya tatkala melihat gambarnya berada di dalam diary milik Jimin. Dan yang dia musykil, bila masa Jimin mengambil semua gambar itu tanpa pengetahuannya?

♡♡♡♡

1 . June . 2009

 2009

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
#2 brother  [ C ]Where stories live. Discover now