[ 12 ]

311 31 0
                                    

10 . June . 2010

5.05 p.m.

" Hyung. "

Yoongi menoleh ke belakang. Terbeliak sedikit matanya melihat Jimin yang tiba-tiba saja muncul di gelanggang bola keranjang itu.

Di tangan Jimin terdapat dua beg plastik 7Elevan. Satu berisi air satu lagi berisi makanan. Dah kenapa dia bawa makanan ke sini? Takkan nak picnic tengah-tengah gelanggang ni pula? 

Ppong!

" Yah! Kim Namjoon! " Yoongi memandang Namjoon dengan pandangan tajam.

Mana tak nya kalau budak tu tiba-tiba je baling bola keranjang tu kena kepala dia.

" Ehehehehehe.. Mianhae. " ucap Namjoon sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada Yoongi.

Yoongi mengeluh kecil. Nasib kau kawan aku, kalau tak kubur kau dekat gelanggang lah maknanya.

Yoongi kembali menoleh ke arah Jimin yang setia berdiri dan tersenyum padanya.

" Kau buat apa dekat sini? " soal Yoongi sambil bercekak pinggang.

" Err.. Chim belikan air dan roti untuk hyung dengan chingu hyung. " terang Jimin. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.

Yoongi menyilangkan kedua-dua belah tangannya sambil perlahan-lahan mendekati Jimin dengan wajah amarahnya.
" Aku dah cakap kan kau tak payah datang sini. Asal degil sangat? " soal Yoongi lagi.

Jimin menundukkan wajahnya. Kakinya diguis-guis.

" Yoongi-ah, tak payah lah marah dia. At least kita adalah air nak minum lepas main nanti. Dari kau, apa pun kau tak bawa. " perli Hoseok dengan mata yang dijulingkan ke atas dan tangannya diletakkan di bahunya.

Yoongi pantas menyepak punggung Hoseok membuatkan namja itu menjerit kecil. Hoseok menggosok-gosok punggungnya yang disepak oleh Yoongi itu.

" Sampai hati kau mencabuli kehormatan aku. " kata Hoseok perlahan dengan wajah ala-ala mahu menangis itu.

Yoongi menjeling Hoseok tajam. " Kau pikir kau tu Maria Ozawa ke nak aku cabul kau, pandai? " balas Yoongi dengan mata yang dijulingkan ke atas.

Yoongi kembali beralih pada Jimin yang masih menundukkan kepala itu.

" Pergi balik. " arah Yoongi dingin.

Jimin menggelengkan kepalanya laju.

" Chim nak tengok hyung main. "

" Aku kata balik tu balik jelah! "

" Tak nakkk...~ "

" Asal degil sangat ha? Susah sangat ke nak angkat kaki pastu balik rumah? "

" Chim nak tengok hyung main je.. "

Yoongi melepaskan keluhan kecil. Namjoon perlahan-lahan mendekati kedua-dua mereka dengan bola di dakapannya.

" Jimin pandai main bola keranjang ke? " soal Namjoon sambil mengumam lollipop dalam mulutnya.

" Tak pernah main tapi Chim nak cuba main. Hyung tak bagi. " balas Jimin perlahan kerana takut dimarahi oleh Yoongi.

Yoongi mendengus geram. Pandangan dialihkan ke arah lain. Menyampah!

" Ha kalau macam tu, Chim pergi letak barang-barang tu atas kerusi sana tu. Jom kita main sama-sama. " ujar Namjoon sambil menepuk-nepuk bahu kiri Jimin.

Jimin tersenyum gembira. Yoongi pula ternganga memandang Namjoon bagaikan tidak percaya dengan kata-kata Namjoon sebentar tadi.

" Yah, siapa benarkan dia main? " soal Yoongi. Anak matanya merenung anak mata Namjoon dengan mendalam.

" Salah ke dia nak main? Lagipun ni bukannya tournament kan? Rilek ah kau pun. " balas Namjoon lalu beredar dari Yoongi.

Yoongi sekali lagi mendengus geram.

" Tak guna. "

♡♡

7.00 p.m.

" Okay! Sampai sini jela kita main. " jerit Hoseok yang sudah terbaring di tengah-tengah gelanggang itu.

Jimin tergelak kecil melihat Hoseok yang agak kelakar di pandangan matanya.

" Chim, hebat juga eh kau main tadi. Lepas ni kau boleh lah join hyung main sekali. Kalau nak masuk tournament pun boleh. Bagitau je dekat hyung. " ujar Namjoon sambil mengusap-usap rambut Jimin yang basah dengan peluh itu.

Yoongi membuntangkan matanya. Tidak percaya dengan apa yang baru Namjoon katakan tadi. Pantas sahaja dia mendekati Namjoon dan Jimin yang sedang duduk di atas bangku itu. Tangannya disilangkan.

" Asal pula nak ajak budak ni main dalam tournament? Geng kita dah cukup apa. Takkan kau nak singkirkan player yang lagi hebat semata-mata nak masukkan budak hingusan ni? " soal Yoongi geram.

Kepala Jimin disekehnya kasar. Jimin menundukkan kepalanya memandang lantai. Namjoon mengeluh kecil sambil menggelengkan kepalanya perlahan.

" Kau ni selalu sangat buli Jimin. Cuba kau berbaik dengan dia. Dia ni budak baik apa. Kalau kau tak nak dia sebagai dongsaeng kau, ramai lagi orang yang nak tau? Kau patut bersyukur dapat dongsaeng macam dia. " ujar Namjoon. Beg sandangnya diambil lalu dia berlalu keluar dari gelanggang itu.

Hoseok yang memerhati saja dari tadi turut melangkah keluar dari gelanggang dan berlari anak mengejar Namjoon yang sudah jauh di hadapan.

Yoongi mengalihkan pandangannya ke arah Jimin. Pantas dia mendekati Jimin lalu pipi kanan Jimin ditumbuknya kuat.

" Budak tak guna! Kau cuba nak rampas chingu-chingu aku kan?! " soal Yoongi kasar. Pipi Jimin sekali lagi ditumbuknya.

Jimin melepaskan tangisannya. Kepalanya digeleng lemah.

" Ma-mana ada hyung. Chim cuma nak main dengan hyung je tadi. " balas Jimin. Pipinya yang lebam akibat ditumbuk itu dipegangnya. Sakit.

" Sekali lagi kau kacau aku dengan chingu aku, lunyai kau aku kerjakan! " ujar Yoongi berbaur amaran.

Rambut Jimin dicengkamnya lalu dihantukkan pada dinding sehingga keluarnya cecair merah. Jimin menangis teresak-esak. Sakit.

Nafas Yoongi naik turun akibat marah yang membuak-buak. Peluhnya yang mengalir di dahi diseka kasar dengan hujung baju. Beg diambil lalu dia berlalu meninggalkan Jimin sendirian.

" Mianhae, hyung. "

To Be Continued❤

#2 brother  [ C ]Where stories live. Discover now