[ 13 ]

304 28 0
                                    

11 . June . 2010

6.05 a.m.

" Yoon. "

Yoongi memandang Shinah yang berdiri di hadapannya dengan bercekak pinggang. Keluhan dilepaskan. Apa lagi?

" Kenapa Yoon pukul Jimin? " soal Shinah dingin. Matanya jelas ternampak kedinginan itu.

" Bila masa pula Yoon pukul dia? Yoon takde masa nak pukul budak macam dia. " balas Yoongi acuh tak acuh.

Shinah mendengus geram. Pantas dia melangkah mendekati Yoongi. " Jangan ingat omma ni bodoh sangatlah, Yoon. Omma tau kamu yang pukul dia walaupun dia tak nak mengaku. Apa salah dia pada kamu Yoon? Kenapa kamu benci sangat pada Jimin? "

Yoongi tergelak kecil. Wajahnya diangkat memandang Shinah yang bagaikan mahu menghamburkan tangisannya itu.

" Apa salah Jimin? Omma tak ingat ke? Sebab dia lah aegi mati. Sebab dia lah appa mati dan sebab dia jugalah harabojie mati! Omma tak nampak ke dia dah bunuh banyak nyawa? Still lagi omma tanya Yoongi apa salah Jimin? Heh. Omma jangan sampai satu hari nanti, Jimin buat omma mati pula. "

Ppang!

Naik turun nafas Shinah menahan marah. Dipandangnya tangan kanannya yang telah menampar pipi kiri Yoongi sebentar tadi.

" Omma tak pernah ajar Yoongi kurang ajar sampai macam ni! " marah Shinah.

Yoongi memegang pipinya yang terasa bahang akibat dipukul itu. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

" Omma tau tak? Sejak Jimin jejak kaki dalam rumah ni, omma dengan appa dah ajar Yoon jadi macam sekarang ni. " ujar Yoongi lalu pantas dia menuju ke rak kasut.
Sepasang kasut sekolah berwarna hitam itu cepat-cepat dia sarungkan pada kedua-dua belah kakinya.

" Min Yoongi, tolonglah cuba terima Jimin dalam keluarga ni. Tolonglah, demi
omma. " rayu Shinah.

Jimin yang baru sahaja keluar dari bilik dengan badannya segak dilengkapi uniform sekolah, perlahan-lahan menghampiri Shinah.

" Omma? Kenapa ni? " soal Jimin tatkala tangannya mendarat pada bahu Shinah.

Shinah yang sedikit terkejut itu pantas menoleh ke belakang. Wajah Jimin ditenung seketika sebelum dia kembali fokus pada Yoongi.

" Yoongi, tolonglah jangan buat omma macam ni. Omma nak sebelum omma mati, omma nak nampak Jimin dengan Yoongi berbaik. Bergurau senda macam adik beradik lain. " ujar Shinah. Akhirnya air matanya gugur membasahi pipi tuanya.

Yoongi bingkas bangkit dari duduknya lalu memusingkan badannya menghadap Shinah.

" Omma tau tak kenapa adik beradik lain boleh gembira? Sebab tu adik beradik kandung diorang! Bukannya budak pungut macam dia ni! "

" Yoongi! "

Baru sahaja Shinah ingin menampar Yoongi sekali lagi, tetapi dihalang oleh Jimin yang tiba-tiba sahaja mendepakan tangannya dihadapan Yoongi. Air matanya mula bertakung di tubir matanya. Kepalanya digelengkan perlahan.

" Omma, geumanhae.. Janganlah pukul hyung dah. Bukan salah hyung pun. " ujar Jimin dengan suara yang serak-serak.

Shinah menurunkan tangannya. Wajah Jimin dan Yoongi dipandang bersilih ganti.

Yoongi tersenyum sinis. " Kau tau tak, sejak kau melangkah masuk dalam rumah ni, aku dah start benci omma dan appa dua kali ganda dari aku benci kau. " ujar Yoongi lalu dia terus berlari keluar dari perkarangan rumah.

Jimin menurunkan kedua-dua belah tangannya yang didepakan sebentar tadi.

" Omma, uljima. Hyung tak bersalah. Takde sesiapa yang bersalah. " ujar Jimin. Akhirnya air matanya tumpas juga.

Shinah pantas menyeka air mata Jimin dengan kedua-dua belah tangannya. Sekuntum senyuman dihadiahkan pada Jimin.

" Jimin jangan risau ya, sayang. Hyung tu sebenarnya sayangkan Jimin. Sayang sangat. " ujar Shinah lalu dahi Jimin dikucupnya lembut.

Jimin mengangguk laju dengan sebuah senyuman manis. Kedua-dua belah kakinya sudah selamat disarungkan ke dalam kasut sekolah.

" Jimin pergi dulu ya. "

♡♡

9.26 a.m.

" Yoon. "

Hoseok mengetuk-ngetuk meja milik Yoongi. Sengaja dia mahu mengacau Yoongi yang sedang lena tidur itu.

Yoongi pula tidak memberikan sebarang reaksi pada ketukan Hoseok langsung. Masih lena di alam mimpinya. Hoseok mengeluh kecil. Give Up. Mudah sangat mengalah.

" Jung Hoseok! " jerit Namjoon yang baru saja tiba di hadapan pintu kelas itu.

Hoseok memandang Namjoon dengan pandangan pelik. Dah kenapa mamat telur ni?

" Mwonde? "

Namjoon pantas mendekati Hoseok yang masih berada di hadapan meja Yoongi yang lena itu.

Nafasnya naik turun akibat tercungap-cungap mencari nafas. " Jimin tu ha.. Kena pukul lagi. Kejutlah Yoongi tu pergi tolong Jimin. Habis dia kena pukul dekat tengah-tengah hall tu tapi takde seekor manusia pun tolong selamatkan. " terang Namjoon.

Hoseok membeliakkan matanya. " Jinjja?! "

" Eh, kau fikir aku ada masa ke nak main-main? Dah lah assignment tak siap lagi ni ha. " ujar Namjoon sambil menundal dahi Hoseok.

Hoseok pantas mengetuk-ngetuk meja Yoongi dengan lebih kuat sehinggakan Yoongi terjaga dari mimpi indahnya.

" Apa masalah kau?! " marah Yoongi pada Hoseok yang mengacau sweet dreams nya sebentar tadi.

" Jimin kena belasah teruk tu tengah-tengah orang ramai. Jomlah tolong dia. " ajak Hoseok sambil menarik-narik lengan Yoongi tapi Yoongi langsung tidak berganjak.

" Biarlah dia mati! " jerit Yoongi bergema satu kelas.

Hoseok melepaskan tangannya dari memegang lengan Yoongi. Namjoon pula ternganga mendengarkan jeritan Yoongi sebentar tadi.

" Ka-kau nak biar je Jimin kena belasah macam tu? " soal Hoseok perlahan.

Yoongi mengangkat wajahnya memandang Hoseok dan Namjoon bersilih ganti.

" Ha'ah. "

To Be Continued❤

#2 brother  [ C ]Where stories live. Discover now