[ 9 ]

269 29 0
                                    

6 . June . 2010

10.20 a.m.

" Min Yoongi. "

Yoongi mengangkat wajahnya memandang gerangan manusia yang sedang berdiri di hadapannya. Sudunya yang ralit menyuap makanan ke dalam mulutnya dihentikan.

" Mwo? " soal Yoongi lalu mengalihkan pandangan ke arah lain.

" Bagi aku duit belanja kau. " arah namja yang bernama Kim Jiwon itu.

Yoongi tersenyum sinis. Sudu diletakkan di atas pinggan lalu dia menyilangkan kedua-dua belah tangannya.

" Buat apa aku nak bagi kau duit belanja aku? Kau miskin sangat dah ke sampai tak berduit? " soal Yoongi pula. Pedas sekali soalannya di pendengaran Jiwon.

Jiwon tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

" Bagi aku duit kau kalau kau tak nak aku belasah dongsaeng kau setiap hari setiap masa sampai dia mati. " ujar Jiwon berbaur amaran kepada Yoongi.

Yoongi sekali lagi tersenyum sinis. Pinggan di atas meja itu diambilnya lalu dia bangkit dari duduknya. Langkah diatur menuju ke singki.

Seusai membasuh tangan, Yoongi kembali ke arah Jiwon dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluar.

" Kau bunuh dia sekali pun, aku takkan pernah bagi duit aku dekat kau. Tapi bagus juga kalau dia mati. Bahagia sikit hidup aku. And one more thing, dia bukan adik aku. Bye. " kata Yoongi acuh tak acuh.

Langkahnya diatur menuju ke kelasnya. Tiada selera pula nak makan bila nampak tiga ekor khinzir yang mengacaunya sebentar tadi.

♡♡

3.10 p.m.

" Hyung! "

Yoongi memberhentikan langkahnya. Tubuh Jimin dihadapannya itu dipandang dari hujung rambut hingga hujung kaki. Comot. Wajahnya lebam dan bibirnya berdarah tapi dia masih tersenyum pada Yoongi.

Entah mengapa hadir satu perasaan geram di hati Yoongi. Geram melihat Jimin dipukul teruk dan dia langsung tidak mempertahankan diri sendiri.

Yoongi pantas menghampiri Jimin lalu ditariknya telinga kiri Jimin.

" Hyung, appo! " rintih Jimin sambil memegang tangan Yoongi yang menarik telinganya itu.

Yoongi mengheret Jimin menuju ke belakang bangunan sekolah kerana tiada sesiapa yang akan lalu lalang di situ.

" Kenapa kau lembik sangat, ha?! " marah Yoongi lalu pipi kanan Jimin ditamparnya kuat.

Jimin yang terkejut dengan perbuatan Yoongi itu hanya mendiamkan diri. Pipinya yang berbahang akibat ditampar itu dipegangnya sejenak. Air mata mula bertakung di tubir matanya.

" Aku tanya tu jawablah, bodoh! " marah Yoongi lagi. Nafasnya naik turun akibat berang.

Jimin menundukkan wajahnya memandang tanah. Buat pertama kali dalam 15 tahun dia hidup, dia ditampar oleh Yoongi.

" Chim tak pandai berlawan.. " jawab Jimin perlahan.

" Apa kau kata? Tak pandai berlawan? Habis kau nak jadi lembik lah? Biar je semua orang pukul kau, buli kau, macam tu? " soal Yoongi sekali lagi. Bertalu-talu soalan keluar dari mulut kecil itu.

Jimin hanya diam membisu. Hujung bajunya digentel perlahan.

Yoongi meramas rambutnya kasar. " Kau tak pandai berlawan kan? Meh, biar aku yang ajar! "

Yoongi pantas menghadiahkan sebuah penumbuk padu pada pipi kanan Jimin. Terjatuh Jimin dibuatnya. Jimin akhirnya tumpas, air matanya pantas jatuh membasahi pipinya yang mulai lebam itu.

Yoongi kemudiannya menyepak perut Jimin sebanyak tiga kali sebelum dia berhenti dari memukul remaja itu. Nafasnya naik turun manakala wajahnya pula memerah bak tomato.

" Tak guna. " kata Yoongi perlahan lalu terus dia berjalan pulang ke rumah. Meninggalkan Jimin yang cedera itu sendirian.

♡♡

5.00 p.m.

" Min Jimin! "

Shinah menekup mulutnya tatkala melihat Jimin yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Bibir Jimin habis berdarah manakala wajahnya pula habis lebam sana sini. Jimin memegang perutnya yang terasa amat senak akibat dipukul oleh Yoongi sebentar tadi.

Cuba dia ukirkan sebuah senyuman kepada Shinah walaupun keadaannya tidak mengizinkan.

" Jimin, kenapa jadi macam ni? Jimin bergaduh ke dekat sekolah? Siapa buat Jimin macam ni? " berdas-das soalan keluar dari mulut Shinah. Wajah Jimin yang lebam itu diusapnya lembut.

Air mata mula bertakung di birai mata. Luluh hatinya melihat anaknya diperlakukan sedemikian.

" Omma, gwaenchana. Chim tak sakit pun. Chim okay je. Chim masuk bilik dulu ya? " ujar Jimin cuba menyakinkan bahawa dirinya tidak apa-apa.

Shinah hanya membiarkan Jimin masuk ke bilik tidurnya yang bersebelahan dengan bilik Yoongi.

Setelah memastikan Jimin sudah masuk ke dalam biliknya, Shinah melangkah ke bilik Yoongi.

Tok! Tok! Tok!

Selang beberapa saat, pintu bilik terbuka dan kelihatan jelas wajah Yoongi yang bagaikan baru bangun dari tidur itu. Shinah bercekak pinggang memandang Yoongi.

" Omma nak cakap sikit dengan Yoon. Sekarang. " kata Shinah lalu menuju ke sofa yang terletak di ruang tamu.

Yoongi mendengus kecil. Dia keluar dari biliknya dengan hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju.

Punggung dilabuhkan di sofa yang berhadapan dengan Shinah.

" Wae? " soal Yoongi sambil menggaru-garukan rambutnya yang tidak gatal.

Shinah menarik nafas dalam lalu dihembusnya perlahan.

" Apa yang terjadi dekat Jimin? " soal Shinah.

" Apa? Apa terjadi dekat dia? " jawab Yoongi berbalik soalan.

Shinah mendengus kecil. Saja buat-buat tak tau.

" Kenapa dia lebam-lebam? Apa yang dah berlaku dekat sekolah tadi? Kamu pukul dia ke, Yoongi? "

Yoongi tersenyum sinis. Dia bangkit dari duduknya lalu menyilangkan kedua-dua belah tangannya.

" Yoon takde masa nak layan budak lembik macam Jimin tu. "

Shinah terasa panas hati mendengar kata-kata dari Yoongi. Dia juga bingkas bangkit dari duduknya.

" Omma tak kira, kamu kena jaga Jimin dekat sekolah. Jangan biarkan sesiapa cederekan dia lagi. Kamu faham, Min Yoongi? "

Yoongi mendengus kecil. Wajah Shinah dipandang sekilas sebelum dia melangkah menuju ke biliknya semula.

Pintu bilik dihempas kuat.

Ppang!

To Be Continued❤

#2 brother  [ C ]Where stories live. Discover now