[ 8 ]

281 24 0
                                    

4 . January . 2001

7. 00 a.m.

" Omma pergi mana? Kenapa Yoon telefon omma tak angkat? Kalau tak harabojie boleh selamat! " soal Yoongi.

Jimin yang memeluk erat Shinah itu dipandangnya tajam. Budak tak guna!

" Omma dengan halmonie bawa Chim pergi beli barang sekolah. Omma minta harabojie jagakan Yoon sekejap. Handphone omma pula dah habis bateri sebab Chim main game lama sangat. " terang Shinah.

Rambut pendek Jimin dibelainya lembut.

Yoongi menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Shinah.

" Jimin, Jimin, Jimin! Aegi mati sebab Jimin! Appa mati sebab Jimin! Harabojie pun mati sebab Jimin! " jerit Yoongi lalu menarik rambut Jimin. Kuat.

" Hyung, appo! " rintih Jimin. Air mata mula jatuh membasahi pipi gebunya.

" Min Yoongi, hajima! " marah Shinah. Tangan kecil Yoongi ditolaknya ke tepi lalu Jimin pantas didukungnya.

Yoongi memandang dengan pandangan tidak puas hati.

" Omma tak pernah ajar Yoongi jadi kurang ajar macam ni. Kenapa dengan Yoongi ni? " soal Shinah bagaikan tidak percaya dengan kata-kata dan perlakuan Yoongi sebentar tadi. Bagaikan ada syaitan yang merasuk tubuh kecil itu.

" Yoon takkan pernah maafkan dia! "

♡♡

6 . June . 2010

7.20 a.m.

" Hyung, omma panggil. " ujar Jimin yang kini sudah berusia 15 tahun.

Yoongi mengeluh kecil. Wajah Jimin dipandang seketika. Keluhan dilepaskan. Badannya yang lengkap beruniform itu membuatkan dirinya tampak segak.

" Hyung, hyung nampak handsome
sangat! " puji Jimin sambil membuat thumbs up pada Yoongi.

" Aku tau. " balas Yoongi. Tubuh Jimin yang menghalang laluannya ditolak ke tepi.

Jimin mengeluh kecil dan menghadiahkan sebuah senyuman. Dari dulu dia cuba buat Yoongi menyayangi dirinya sebagai seorang dongsaeng, tetapi tidak pernah berjaya.

Yoongi masih dingin dengan Jimin. Tidak pernah mereka berbual mahupun bergurau senda.

" Wae omma? " soal Yoongi. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Shinah yang kini sudah berumur 48 tahun itu memandang Yoongi dengan sekuntum senyuman. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri Yoongi. Tali leher Yoongi dikemaskan lagi sebelum pipi Yoongi dikucupnya lembut.

" Tahun ni tahun last Yoon belajar kan? Beberapa bulan saja lagi sebelum Yoon akan graduate. Omma bangga sangat dengan Yoon. " ujar Shinah.

Yoongi mengeluh kecil. Sejak kematian harabojie nya 10 tahun yang lalu, Yoongi sudah tidak berbual dengan Shinah. Sejak dari itu Yoongi menjadi dingin. Sejak dari itu juga Yoongi disyaki menghidapi kemurungan.

" Omma tau semua yang berlaku dulu salah omma. Omma minta maaf ya sayang. " ujar Shinah lagi.

Yoongi sekali lagi melepaskan keluhan kecil. Langkahnya diatur menuju ke rak kasut lalu sepasang kasut berwarna putih disarungkan pada kedua-dua belah kakinya. Topi baseball berwarna hitam serta mask hitam dipakainya.

" Hyung, chakaman. Jimin nak pergi sama-sama dengan hyung. " ujar Jimin lalu pantas dia menyarungkan kasut pada kakinya.

Yoongi menjeling Jimin sekilas. Pantas sahaja dia bergerak meninggalkan Jimin. Buat apa dia mahu menunggu Jimin bersiap?

" Hyung... "

Jimin mengeluh kecil dengan kepala yang ditundukkan. Shinah yang memerhati perlahan-lahan menghampiri Jimin. Pipi mulus Jimin diusapnya seketika.

" Gwaenchana, Chim. Lain kali Chim boleh ke sekolah sama-sama dengan hyung. " ujar Shinah cuba memujuk Jimin yang kelihatan sedih itu.

Jimin mengangguk dengan senyuman.

" Chim sayang omma dan hyung sampai Chim mati. " ujar Jimin lalu mencium pipi Shinah.

Jimin bangkit dari duduknya lalu pantas berlari. Cuba untuk mengejar Yoongi yang sudah jauh di hadapan.

Shinah mengeluh kecil. Dia kasihan akan Jimin yang nak sangat bersuka ria dengan Yoongi. Jimin hanya inginkan hubungan antara hyung dan dongsaeng seperti orang lain. Tetapi kelihatan susah sekali semua itu buat Jimin.

Sentiasa disisihkan oleh Yoongi. Tanpa disedari Shinah, air matanya jatuh membasahi pipi tua itu. Pantas disekanya.

" Gwaenchana, Chim. Yoongi sayangkan Chim sangat-sangat sebenarnya. "

♡♡

" Yoongi-ah! "

Yoongi menolehkan kepalanya ke belakang lambat-lambat. Kelihatan wajah Namjoon dan Hoseok menyapa pandangannya.

" Awal kau sampai? " soal Hoseok. Sengaja mahu menaikkan api kemarahan Yoongi.

" Lmao. Suka hati aku lah. " balas Yoongi lalu meneruskan perjalanannya masuk ke dalam bangunan sekolah.

Hoseok dan Namjoon tertawa kecil mendengar jawapan dari Yoongi sebentar tadi. Entahlah apa yang lawaknya.

Yoongi, Namjoon dan Hoseok membuka loker masing-masing untuk mengambil buku teks masing-masing. Seusai menutup loker, Yoongi terus melangkah menuju ke kelasnya, meninggalkan Namjoon dan Hoseok di belakang.

" Ah! Appo! "

Kedengaran jeritan dari seseorang menyapa pendengaran Yoongi. Yoongi melilau mencari empunya suara. Tetapi tiada sesiapa pun yang mencurigakan.

" Yoongi! " panggil Namjoon yang tercungap-cungap mengejar Yoongi yang terlampau terlanjur dihadapan.

" Wae? " soal Yoongi acuh tak acuh. Namjoon menarik nafas sedalam mungkin sebelum dihembusnya keluar.

" Ta-tadi aku dengan Hoseok nampak Jimin kena buli. Teruk weh. " ujar Namjoon sambil mengusap-usap dadanya.

Yoongi masih dengan reaksi dinginnya. Jam di tangannya dikerling seketika sebelum dia menguap.

" Lantak dia lah. Dia bukannya penting pun lagipun dah nak pukul lapan and kelas dah nak start. Aku tak nak gagal exam nanti. " jawab Yoongi acuh tak acuh.

Langsung tidak ambil kisah tentang Jimin yang sedang dibuli itu.

Namjoon mengangakan mulutnya. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Yoongi.

" Yah! Dia tu dongsaeng kau, kau tau kan? Pergilah selamatkan dia. " ujar Namjoon yang mula tidak betah dengan perangai dingin Yoongi.

Yoongi tersenyum sinis. Langkahnya dihentikan lalu dia menoleh ke arah Namjoon.

" Aku nak study. Kalau kau nak selamatkan dia, kau pergilah. Dia mati sekali pun, aku takkan pernah kisah. "

To Be Continued❤

#2 brother  [ C ]Where stories live. Discover now