[ 16 ]

382 27 0
                                    

12 . June . 2010

9.00 p.m.

" Kim Jiwon! "

Jiwon yang sedang asyik bergurau senda dengan rakan-rakannya itu terdiam. Kepalanya perlahan-lahan ditoleh menghadap empunya suara yang kini berdiri di belakangnya.

Jiwon tersenyum sinis. Yoongi rupanya. Ingatkan siapalah tadi.

" Apa kau nak, mayat hidup? " soal Jiwon lalu meneguk segelas soju.

Yoongi mencengkam kolar baju Jiwon.  Wajahnya didekatkan dengan wajah Jiwon. Terserlah amarah dari anak matanya.

" Aku dah cakapkan jangan kacau Jimin lagi! Asal kau bebal sangat ha?! " soal Yoongi dalam nada yang tinggi.

Hanbin dan Junhoe, rakan Jiwon mula berdiri secara spontan melihat Yoongi yang mula naik angin itu. Mereka takut sekiranya pergaduhan besar akan tercetus.

" Yoongi, tak yahlah marah-marah dia. Kita dekat public kot. " ujar Hanbin cuba menenangkan Yoongi.

Yoongi mengalihkan pandangannya kepada Hanbin dengan wajah yang tidak percaya. Kolar baju Jiwon dilepaskan dengan kasar.

" Kau nak aku stop?! Kau tau tak sebab setan ni lah Jimin kritikal dekat hospital tu tau?! Kau tau tak?! " soal Yoongi. Meja makan dihentak kuat membuatkan segenap pelanggan di dalam gerai itu terdiam dan memandang ke arah Yoongi.

" Err.. Hyung, Jiwon hyung memang macam ni. Dia ada masalah sikit. " ujar Junhoe perlahan seraya cuba menenangkan Yoongi.

" Masalah apa yang dia ada?! Menta? " soal Yoongi dingin.

Jiwon mendengus geram. Pipi kiri Yoongi ditumbuknya kuat membuatkan Yoongi terjatuh ke lantai.

" Aku ada masalah dengan kau! Dengan family kau! Kau tau tak siapa yang langgar appa kau tu? Appa aku yang langgar! " luah Jiwon. Naik turun nafasnya menahan amarahnya.

Yoongi memegang pipinya. Pandangan dialihkan ke arah Jiwon. Appa?

" Apa maksud kau ha?! " soal Yoongi seraya bingkas bangkit dari jatuhnya.

" Heh. Kau tau tak appa aku terlanggar appa kau time tu? Appa aku takut so dia lari dari tempat kejadian tu. Time tu aku ada sekali! Lepas tu, esoknya appa kena tangkap masuk lokap sebab kes langgar lari! Sekarang dia dah mati sebab sakit tua, dan ni semua salah family kau! " balas Jiwon.

Yoongi menggeleng laju. Rambut Jiwon dicengkamnya kuat. " Salah appa kau sebab langgar appa aku! Kalau tak kedua-dua appa kita akan hidup lagi dan aku takkan benci Jimin! Aku takkan menyesal macam sekarang! Semua salah kau! "

Bbuk!

Yoongi rebah tatkala sekali lagi pipinya ditumbuk dengan lebih kuat oleh Jiwon. Mana taknya, saiz badan mereka amat berbeza dan ketara sangat. Tak mustahil Yoongi akan rebah di tangan Jiwon.

" Jiwon-ah, geumanhae! Mati anak orang tu nanti! " ujar Hanbin seraya memeluk Jiwon dari belakang. Cuba untuk menenangkan rakannya itu.

" Yoongi hyung, neo gwaenchana? " soal Junhoe seraya cuba membantu Yoongi untuk bangun.

Yoongi menjeling Jiwon tajam. Cuba dia bangun dengan bantuan Junhoe. Langkah diatur menghampiri Jiwon dengan pandangan tajam. Hanbin pula masih lagi memeluk Jiwon dari belakang.

" Aku pernah katakan hari tu yang aku tak nak kau buli Jimin dah. Kalau tak aku akan buat lagi teruk, kan? "

Bbuk!

Satu tumbukan dihadiahkan pada Jiwon. Sedang Jiwon memegang pipinya, Yoongi pantas menyepak alat kelamin Jiwon membuatkan namja itu tergolek-golek atas lantai menahan sakit.

Yoongi pantas mengambil kesempatan itu dan duduk di atas Jiwon. Wajah Jiwon ditumbuknya beberapa kali.

" Yoongi geumanhae! " Hanbin kini cuba meleraikan Yoongi dari Jiwon.

" Lepaskan aku lah! " jerit Yoongi. Cuba dia menolak Hanbin ke tepi tetapi ternyata Hanbin lebih kuat dari dirinya.

Junhoe pantas menghampiri Jiwon yang sedang menahan sakit itu.

" Hyung, omo! Parahnya. " ujar Junhoe sambil menyentuh-nyentuh kepala Jiwon yang mula mengeluarkan cecair merah itu.

" Tepilah budak! " marah Jiwon lalu Junhoe ditolaknya ke tepi.

Jiwon pantas mengambil kerusi kayu, diangkatnya lalu dihantuknya kuat mengena kepala Yoongi.

Bbuk!

Yoongi rebah. Matanya berpinar-pinar. Semua benda seakan-akan berpusing-pusing di matanya.

" Hyung! " Junhoe pantas menolak Jiwon ke tepi dan cuba menenangkan Jiwon. Hanbin pula pantas mengerah seorang pelanggan di situ agar menelefon ambulans.

" Kau takkan bahagia dengan Jimin selagi aku hidup! Kau dengar tak?! " jerit Jiwon.

Yoongi menutup matanya perlahan sebelum dibuka kembali. Tenaganya di kerah agar dapat bangun dengan kepala yang sakit teramat itu. Langkah di atur laju menghampiri Jiwon dengan sebuah botol soju di tangan kanannya.

Pplang!

Jiwon pula yang rebah. Badannya tersandar ke dinding dengan kepala yang berdarah akibat dipukul oleh Yoongi dengan botol soju.

Serpihan botol soju yang pecah itu tertusuk ke dalam tangan Yoongi tetapi dia menahan sakitnya.

" Aku akan pastikan Jimin bahagia lepas
ni. " bisik Yoongi perlahan.

Akhirnya dia turut rebah akibat dari kesa hantukkan dari Jiwon sebentar tadi. Tapak tangannya pula tidak habis-habis mengalirkan darah.

" Jimin. "

♡♡

13 . June . 2010

10.30 a.m.

" Hyung.. Bangunlah.. " rintih Jimin perlahan.

Wajah Yoongi yang mulus itu ditenungnya sayu. Kepala Yoongi kini berbalut begitu juga dengan tapak tangannya. Tangan kirinya pula dicucuk dan dimasukkan air.

" Jimin, uljima. Hyung tak apa-apalah. " pujuk Namjoon sambil menepuk-nepuk bahu Jimin.

Jimin menggeleng kecil. Air matanya tidak henti dari mengalir keluar.

" Sebabkan Chim lah hyung sakit macam ni. Chim tak suka tengok orang yang Chim sayang sakit. " ujar Jimin sambil menyeka air matanya.

Namjoon dan Hoseok masing-masing mengeluh kecil. Pandangan mereka hanya tertancap pada  Yoongi yang masih tidak sedarkan diri itu.

" Bangunlah Yoongi. "

To Be Continued❤

#2 brother  [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang