[ 10 ]

292 30 0
                                    

7 . June . 2010

8.20 a.m.

" Min Yoong! "

Yoongi yang sedang ralit membaca komik itu pantas mengangkat wajahnya memandang Hoseok yang tercungap-cungap di depan pintu.

Pantas sahaja Hoseok melangkah menghampiri Yoongi yang masih blur itu.

" Wae? " soal Yoongi.

" Ji-Jimin, kena buli lagi. Parah sangat dah tu. Jomlah tolong dia. "

Yoongi hanya diam membisu. Kepalanya digeleng laju lalu dia kembali membaca komiknya. Hoseok yang sudah bengang itu mengetuk-ngetuk meja milik Yoongi.

" Apa lagi kau nak? " soal Yoongi yang naik bengang.

" Min Jimin kena pukul tu. Jomlah tolong dia. Namjoon dah tunggu dekat belakang bangunan sekolah ni. Jom. " ajak Hoseok sekali lagi.

Yoongi mendengus geram. Matanya dijulingkan ke atas. Komik ditutup lalu disimpankan ke dalam laci. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

" Pagi-pagi macam ni dah susahkan aku. " bebel Yoongi sendirian.

♡♡

" Ah! Appo! Sunbae, jebal lepaskan saya. Saya sakit sunbae. " rintih Jimin yang sedari tadi dipukul oleh Jiwon dan rakan-rakannya.

Jiwon tergelak kecil lalu bercangkung di hadapan Jimin. Kepala Jimin disekehnya membuatkan Jimin pengsan.

" Lembik. Patutlah tak ada sesiapa suka kau. " kata Jiwon lalu menyepak-nyepak kaki Jimin yang sudah pengsan itu.

" Kim Jiwon! "

Jiwon pantas menoleh ke belakang. Senyuman sinis dihadiahkan kepada Yoongi yang sedang memandangnya dengan pandangan tajam. Langkah diatur laju menghampiri Yoongi.

" Wae? Kau kata kau tak kisahkan kalau dia mati? " soal Jiwon cuba menaikkan amarah Yoongi.

" Aku seorang je boleh pukul dia. Bukan kau! " jerit Yoongi lalu satu tumbukan dilepaskan di wajah Jiwon sehingga Jiwon terlanjur ke belakang.

Hoseok dan Namjoon pantas menghampiri Jimin yang sudah pengsan itu.

" Bawa Jimin pergi bilik perubatan. " arah Yoongi.

" Habis kau? " soal Namjoon yang sedang memapah Jimin di sebelah kiri.

" Biar aku ajar setan ni cara sebenar untuk hidup. " balas Yoongi lalu meludahkan liurnya mengena rumput di situ.

Namjoon dan Hoseok mengangguk tanda faham lalu mereka memapah Jimin dan dibawa ke bilik perubatan.

" Apa kau kata tadi? Kau kata aku setan? Siapa yang setan sebenarnya? Kau sendiri yang dera dongsaeng kau kan? " soal Jiwon. Penumbuknya dikepal erat menanti masa untuk mendarat di wajah Yoongi.

Yoongi tergelak kecil. Kepalanya digeleng-gelengkan. " Memang aku yang selalu dera Jimin sebab dia bukan dongsaeng aku dan dia dah buat ramai ahli keluarga aku mati. Tapi aku tak nak sesiapa mati lagi dalam keluarga aku. " balas Yoongi.

" Kau jangan nak berlagaklah, Min Yoongi! Tak lama lagi Park Jimin kau tu akan blah dari life kau juga! " jerit Jiwon lalu melepaskan tumbukkan pada wajah Yoongi.

Yoongi terjatuh mencium tanah. Jiwon pantas menghampiri Yoongi lalu sekali lagi dia menumbuk wajah Yoongi di tempat yang sama.

" Kau jangan ingat kau taiko dekat sekolah ni eh, Min Yoongi! " jerit Jiwon.

Yoongi pantas menyepak alat kelamin Jiwon membuatkan Jiwon terbaring menahan sakit. Perut Jiwon disepak beberapa kali dan pipi Jiwon juga ditumbuknya sedas.

" Jangan kau berani nak kacau aku dengan Jimin lagi! Kau faham tak? " soal Yoongi.

" Kalau aku kacau Jimin juga? " soal Jiwon dengan senyuman sinis.

Yoongi menghampiri Jiwon lalu dia bercangkung dihadapan Jiwon. Senyuman sinis dihadiahkan.

" Kalau kau kacau Min Jimin sekali lagi, aku akan buat kau lagi teruk dari apa yang kau buat dekat Jimin. " bisik Yoongi dengan nada berbaur amaran.

Jiwon memandang Yoongi dengan pandangan tidak puas hati. Yoongi bangkit dari cangkungannya lalu mengatur langkah beredar dari belakang bangunan itu. Tidak betah dia berlama-lamaan di situ.

♡♡

9.45 a.m.

Jimin perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Dipejam celik pejam celik matanya akibat lampu terang yang memancar ke arahnya. Sedang dia cuba mengalihkan badannya ke tepi, secara tak sengaja tangannya terkena kepala seseorang yang sedang tidur disebelahnya.

" Hyu-hyung? "

Jimin bagaikan tidak percaya bahawa Yoongi yang sedang tidur disebelahnya itu. Air mata mula bertakung. Terharu. Senyuman perlahan-lahan terukir di bibirnya.

" Hyung.. " panggil Jimin sambil menggoyang-goyangkan tangan Yoongi.

Yoongi perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Matanya ditenyeh-tenyeh seketika sebelum dia meregangkan badannya.

" Sedar pun kau. " kata Yoongi lalu dia bangkit dari duduknya.

" Hyung selamatkan Jimin ke? " soal Jimin cuba meminta kepastian.

" Habis kau nak harapkan Spiderman datang selamatkan kau ke? " soal Yoongi semula.

Jimin tergelak kecil. Cuba dia mengubah posisinya dari baring ke duduk. Yoongi pantas menghampiri Jimin lalu membantunya untuk duduk.

" Gomawo, hyung. " ucap Jimin perlahan.

Yoongi menganggukkan kepalanya perlahan.

" Hyung tak masuk kelas ke? " soal Jimin dengan kening yang dikerutkan. Pelik lah sebab Yoongin kan kalau boleh tak nak terlepas satu kelas pun.

" Sekarang waktu sivik, songssaengnim tak datang. Daripada aku mengelamun dalam kelas, baik aku datang jaga kau. " balas Yoongi.

Jimin menundukkan wajahnya. Perkataan
' jaga ' itu cukup membuatkan dirinya terharu. Selama dia hidup, ini kali pertama dirinya rasa dilindugi semula sebelum kematian Yoon Ji.

Air mata jatuh setitik membasahi pipi mulus itu. " Yah. Asal kau menangis pula ni? " soal Yoongi sambil menghampiri Jimin.

Jimin tersenyum seraya mengangkat wajahnya memandang Yoongi.

" Gomawo, hyung. "

To Be Continued❤

#2 brother  [ C ]Where stories live. Discover now