PHK10

1.7K 126 8
                                    

Taekook

.
.
.




Jeongguk terjaga dari tidurnya. Dan melihat disisinya terdapat taehyung sedang tertidur pulas bersamanya. Jeongguk duduk lalu bersila diatas katil memerhatikan wajah taehyung.

Sebenarnya, taehyung sangatlah baik. Cuma dia tak mahukan sesiapa yang mengantikan posisi ibunya. Dia tak mahukan ibu tiri.

Walaupun taehyung sangatlah baik kepadanya. Terkadang dia berasa sangat bersalah kepada taehyung kerana melayaninya dengan sikap kurang ajar.

Tapi belaian taehyung, sangatlah sempurna. Dia sabar dalam menghadapi perangai jeongguk. Tak seperti ibunya yang kuat membentak.

Kadang-kadang nampak je ibunya sangat menyayanginya tetapi ibunya juga sering memarahinya ketika dia sedang membuat kerja.

Tapi apakan daya, jeongguk sangat menyanyangi ibunya. Dia mahukan ibu dan ayahnya kembali bersatu semula. Walau ketika dia masih kecil ibu dan ayahnya tidak pernah berbaik. Selalu bertengkar dan bergaduh.

Membuatkan jeongguk sangat bosan hidup. Kawan-kawanya mempunyai ibu dan ayah yang ambil tahu tentang mereka. Menyayangi mereka memberi sepenuhnya perhatian kepada mereka.

Manakala jeongguk?

Keluarganya tak sesempurna dahulu. Ayah dan ibunya sudah lama bercerai dan kini dia tinggal bersama ayahnya. Walau ayahnya tak pernah membentak atau memarahinya. Jeongguk tetap berasa tidak cukup, kerana ayahnya seringkali tiada dirumah.

Sebenarnya jeongguk perlukan kasih sayang dan perhatian ayahnya. Kerana itulah dia sering jadi budak yang kuat memberontak.

Pelan-pelan jeongguk menghampiri taehyung lalu mengusap wajah namja itu dengan lembut.

“Tipulah kalau dia tak cantik! Dia sangat cantik, bahkan lebih cantik dibandingkan ibunya.” Ujar Jeongguk perlahan. Bibirnya menguntumkan senyuman yang lebar. Inilah kali pertama jeongguk tersenyum dengan orang yang asing.

“Eomma?!”
Ujarnya pelan.

.
.
.

Taehyung tersentak lalu bangun dan menggosok kedua matanya. Mencari keberadaan jeongguk. Taehyung berdiri lalu keluar dari biliknya. Hatinya tiba-tiba rasa risau menghantuinya.

“Jeongguk?!”
Panggil taehyung.

“Jeongguk sayang?!!”
Teriaknya lagi. Dan matanya tak sengaja tertoleh kearah seorang budak kecil yang sedang duduk diatas sofa sambil menonton televisyen.

Taehyung menghampirinya dengan lebih dekat. Jeongguk pura-pura tak endahkan taehyung yang datang menghampirinya.

Jeongguk tak berhenti mengunyah gula-gula getah itu. Kakinya kini bersilang lalu diletakkan diatas meja.

“Jeongguk?! Janganlah makan gula-gula getah tu lagi. Tak bagus sebenarnya.”
Ujar taehyung dengan nada yang lembut.

“Biarlah!”
Taehyung menghela nafas panjang. Lalu memaksa untuk jeongguk keluarkan gula-gula getah.

“Keluarkan! Tak bagus makan gula-gula getah itu.” paksa taehyung. Jeongguk memprotes.

[𝐂] 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐚𝐧𝐝𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now