PHK 29

1.4K 80 4
                                    

Jungkook mendiamkan dirinya. Lagi tadi jeongguk memanggil nama ibunya. Terisak-isak dia menangis, Jungkook tak tahu apa yang dia sedang buat.

"Abang dah tak cintakan sayang lagi?"
Masih terngiang perkataan itu. Sebenarnya jujur dia cakap dia memang cintakan taehyung. Dia tak pernah tipu perasaanya. Sebelum ni memang betul dia cintakan seulgi tapi kehadiran taehyung mengubah segalanya.

Cinta yang taehyung berikan tak sama dengan cinta yang seulgi berikan padanya.

Dia dapat rasakan perasaanya pada taehyung luar biasa. Dia mencintai taehyung luar dan dalamnya.

Tapi apa sekarang ni..

Kenapa jadi lain, kenapa kau sebagai suami biarkan isteri kau diambil oleh orang lain.

Jungkook sudah seperti mati kata. Dia tak tahu harus berbuat apa lagi. Kepalanya kusut saat ini.

"Appa..hiks! kita cari eomma!!"
Ujar jeongguk yang menangis terisak-isak itu. Menarik narik lengan sang ayah. Jungkook tidak tahu harus berbuat apa.

















Plak!

Tamparan keras itu mendarat pada pipi jungkook. Siapa lagi kalau bukan sang ayah yang memberikan tamparan itu kepada anak tunggalnya.

Jungkook diam. Tidak bergerak walau seinchi. Sebelum ini dia tak pernah nampak ayahnya marah. Untuk kali ini dia nampak ayahnya begitu marah kepadanya.

"Appa kecewa dengan kau Jungkook!"
Lelaki paruh baya itu tidak menangis. Melainkan wanita paruh baya itu menangis terisak-isak setelag mengetahui menantunya yang telah diambil oleh lelaki yang pernah menghancurkanya.

"Selama ini aku tak pernah didik kau jadi macam ni. Aku bahkan tak sanggup nak anggap kau sebagai anak aku. Sebab tak ada keturunan aku yang macam kau ni!" Sang ayah yang telahpun di saluti dengan kemarahan yang sangat dahsyat.

"Eomma tak sangka kau seperti ini jungkook." Ucap sang ibu yang terdengar seperti rintihan. Jungkook tidak sanggup melihat ibunya yang menangis terisak-isak.

"Kenapa kau tak seperti ayah kau!"
Kata ibunya. Jungkook diam tidak mengatakan apa apa melainkan hanya suara ibunya dan juga ayahnya.

Iya dia tahu dirinya salah saat ini..

Keputusan yang diambil ini adalah salah. Dia tak pernah ada niat nak ceraikan taehyung. Tapi dia hanya ingin memberikan dirinya ruang untuk memikirkan masalah ini dengan jernih.

Katakanlah dirinya sangat pengecut saat ini. Iya dia memang seorang pengecut.

"Ini ke yang kau cakap cinta? kalau kau sendiri tak boleh nak terima kelemahan taehyung.." Ujar sang ibu yang menangis terisak-isak di bahu sang ayah. Suaminya cuba meredakan tangisan isterinya.

"Semua yang jadi itu adalah takdirnya jungkook. Mungkin kau bukanlah yang pertama jumpa denganya. Tapi kau seharusnya bersyukur kerana kau yang terakhir jumpa denganya."

"Mungkin tuhan tidak menjadikan kau pertama untuk taehyung tapi dia menjadikan terakhir buat taehyung. Sebagai seorang suami kau seharusnya melindungi isteri kau. Hanya kerana kau tak boleh menerima masa lalunya. Andai masa tu dapat diputarkan kembali. Dia akan memilih untuk yang pertama jumpa dengan kau. Andai waktu tu dapat diputarkan, dia tak nak hidup dalam keadaan seperti itu."

"Kenapa kau tak boleh terima masa silam taehyung!"Teriak sang ibu. Jungkook menatap ke arah ibunya. Dia ingin menghampiri ibunya dan meminta maaf. Tapi dia tahu itu bukanlah hal yang mudah.

"Kenapa kau tidak seperti appa kau yang menerima eomma dengan hati yang terbuka." Ucap ibunya. Jungkook melirik ke arah ibunya. Dia dapat lihat bertapa hancurnya ibunya saat ini.

[𝐂] 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐚𝐧𝐝𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now