PHK16

1.5K 98 2
                                    

Taekook

.
.
.
.
.
.

Jungkook dan taehyung tiba dihadapan sekolah jeongguk. Baru sahaja taehyung ingin membuka pintu jungkook meraih lengan taehyung.

"Cium?!"

"Yakh! Jeon jungkook.. Macam mana kalau jeongguk nampak nanti."

"Tkpelah.. Lagipun inikan calon baru eommanya."

"Sudahlah Jungkook."
Taehyung ingin melepaskan lenganya dari jungkook. Tetapi jungkook berdegil untuk tidak melepaskan taehyung.

"Sayang please.."

"Please apanya."

"Kisseu"

"Mengadalah."

Taehyung menolak jungkook menjauh darinya. Lalu berjalan meninggalkanya,jungkook tetap tidak berputus asa. Selagi dia tidak mendapatkan ciuman dari calon isterinya itu.

Taehyung yang sedang sibuk menyiapkan makanan untuk petang ini. Pemuda jeon itu tak berhenti menganggu pemuda yang manis ini. Melontarkan perkataan yang membuatkan namja manis ini bersemu merah.

"Tae!"
Panggil jungkook dengan nada yang lembut. Sang empunya nama menoleh.

"Jom kahwin."
Taehyung hampir menjatuhkan pinggan yang berada ditanganya itu. Bukan kerana apa, dia cuma berasa sangat terkejut apabila mendengar dua perkataan yang keluar dari mulut jungkook.

"J-jungkook?"
Ujar taehyung. Jungkook menghampiri taehyung lalu memeluk pinggang ramping taehyung dan mengeratkan pelukanya. Dagunya diletakkan di bahu taehyung.

"i need you tae.. Aku serius dengan apa yang aku katakan."

Debaran semakin terasa didada taehyung. Gemuruh sedang menghantuinya saat ini. Dia tak tahu bagaimana hendak mengungkapkan perasaanya saat ini. Sama ada dia gembira atau sedih mungkin juga takut.

"J-jungkook.. S-saya."

"Kenapa kau tak nak berkahwin dengan aku ke taehyung." tanya jungkook dengan pantas taehyung mengelengkan kepalanya.

"Tidak! Bahkan saya nak sangat berkahwin dengan awak jungkook. Cuma saya takut."

Pemuda bermarga jeon itu memainkan jari-jemari taehyung untuk menghilangkan kegugupan taehyung terhadapnya.

"Takut apa tae?!"
Tanya jungkook.

"Saya takut.. Jeongguk tak akan terima akan kehadiran saya. Mungkin jeongguk menerima kedatangan saya sebagai babysitternya tapi bukan sebagai ibu tirinya."

Jungkook terdiam. Benar kata taehyung, bagaimana kalau jeongguk dapat tahu hal ini. Dan berkemungkinan juga dia menerima atau tidak akan menerima taehyung sebagai eomma barunya.

"Jeongguk akan menerima kau tae. Dia akan menerima kau dalam menjadi sebahagian keluarga jeon."

"Bagaimana kalau jeongguk tak akan menerima saya."

Jungkook terdiam. Entahlah, dia harus memikirkan ini. Walau bagaimana pun dia mencintai taehyung lebih dari segalanya. Dan jeongguk pasti akan menerima taehyung. Kerana jungkook tidak mahu berpisah dengan anaknya.

"Janganlah khuatir sayang! Aku akan pastikan jeongguk akan menerima kehadiranmu. Dan kau hanya perlu berkerja keras sedikit untuk lebih mengambil hatinya tae." ujar jungkook. Taehyung mengangguk lemah lalu menunduk, sebenarnya dia cintakan jungkook. Sangat mencintai pemuda bermarga jeon ini. Apakan daya, dia harus bersama-sama mencipta benteng untuk melindungi kedua cinta mereka.

[𝐂] 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐚𝐧𝐝𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now