PHK 20

1.4K 99 13
                                    

Taekook/KookV

.
.
.
.
.






;

Apartment

Taehyung menunggu kedatangan jungkook, sebab sebelum jungkook pulang ke mansion namja tampan itu mengatakan bahawa dia akan menginap disini bagi menemani taehyung disini.

Tapi lihatlah, sekarang jungkook masih belum pulang di apartmen lagi. Taehyung terpusing-pusing masih menunggu lagi kedatangan jungkook. Kalau dia tak boleh datang aku rasa dia boleh kot, call je or cakap malam ni tak jadi nak menginap. Bisik hati taehyung.

Taehyung membuat keputusan untuk tidur sahaja. Tentang juntkook dia lupakan, mungkin namja itu tidak dapat datang atau sebab jeongguk. Mungkin!


















;

Keesokan pagi, jungkook tidak datang menjenguknya membuatkan taehyung berasa kecewa dengan jungkook. Padahal dia dah rindukan jungkook sangat-sangat. Taehyung tak egois, cuma dia juga perlukan jungkook.

Kalau ada jungkook taehyung rasa selamat sedikit. Taehyung merasakan ada sesuatu yang menganjal dihatinya, sesuatu yang membuatkanya kurang sedap hati. Taehyung membuat keputusan untuk pergi ke mansion jungkook. Lagipun dari apartmen pergi ke mansion jungkook tidaklah jauh.

Taehyung bersiap-siap untuk bertemu dengan jungkook di sana. Sebelum bersiap, taehyung sempat membuatkan sarapan untuk jungkook, juga tak lupa dengan sarapan buat jeongguk.

Walau sebenci mana pun anak itu kepadanya, taehyung tetap menyayanginya. Walau dia tahu jeongguk tak mungkin menerimanya sebagai ibu atau menggantikan kang seulgi.










;

Taehyung tiba sahaja di mansion. Taehyung berjalan ke arah pintu utama. Nampaknya mansion jungkook terlihat lenggang seperti tak ada orang. Macam tulah, lebih tepatnya sunyi.

Taehyung berjalan pelan, lalu menekan bel pintu utama. Tiada sahutan, mata taehyung melirik kearah garaj kereta, kereta jungkook masih ada.

Taehyung memutarkan tombol pintu tersebut, nampaknya tak berkunci. Taehyung masuk dan menutup kembali pintu utama itu. Suasana di rumah agak sunyi. Mungkin jungkook masih tidur, tapi bukan ke? Jungkook ada cakap yang dia akan pergi kerja hari ini. Hm, entahlah.

"Jeongguk?"
Taehyung cuba memanggil putra jungkook. Nampaknya kelibat anak itu muncul diatas. Lalu turun menghampiri pengasuhnya itu. Jeongguk memandangnya dengan tatapan yang jijik.

"Um.. gukkie dah makan?"
Taehyung bertanya kepada anak kecil itu. Jeongguk terlihat sangat angkuh sekali.

"Kau buat apa kat sini, bukan ke aku dah cakap yang aku tak nak tengok kau lagi." Kata jeongguk dengan nada yang sungguh galak sekali. Membuatkan taehyung menunduk.

"Hyung ada bawakkan sedikit sarapan untuk gukkie! Marilah kita makan." Ujar taehyung, anak itu nampaknya menolak pemberian taehyung. Padahal tadi pagi, taehyung masak makanan kegemaran jeongguk.

"Makanlah, hyung masak makanan kegemaran kamu tu." Kata taehyung lagi, tak lama selepas itu, jeongguk menepis makanan itu. Akhirnya, plastik yang berbungkus masakanya itu jatuh tapi tidak berterabur.

"Aku cakap tak nak, tak naklah.. tak faham ke? Kau ingat aku nak sangat ke makan masakan kau." Teriak jeongguk. Taehyung terdiam lalu menatap kearah plastik itu. Perlahan lahan taehyung mengangkatnya lalu di letakkan diatas meja.

[𝐂] 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐚𝐧𝐝𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now