PHK14

1.5K 117 14
                                    

Taekook

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Keesokan harinya, taehyung menyiapkan sarapan pagi. Dari semalam hingga ke pagi ini, jungkook masih belum pulang lagi.

Jungkook tak beritahu dia tentang apa apa pun. Dan pagi ini, membuatkan taehyung cukup risau. Kebiasaanya kalau jungkook tak pulang malam. Dia akan beritahu taehyung. Tapi tak pulak.

“Hyung?!”
Taehyung merasa dirinya terpanggil kemudian menoleh kearah meja makan.

“Yes? Sayang.”
Iya itu jeongguk yang sedang menyantap sarapan pagi itu dengan penuh berselera.

“Mana appa?! Appa masih tidur lagi ke?!”Ujar Jeongguk. Taehyung mengelengkan kepala, serasanya dia tak perlu menipu anak kecil ini.

“Appa tak de sayang.. Dari semalam appa keluar dan tak pulang pagi ini.”kata taehyung. Raut wajah jeongguk berubah lalu taehyung mendekat jeongguk dengan lebih dekat.

“Appa kemana?! Hyung..”
Katanya dengan nada yang lirih. Dia tak mahu jeongguk bersedih. Kerana inilah kali pertama jungkook tinggalkanya selain dari kerja.

“Appa ada kerja sayang dekat pejabat. Semalam ada emergency sedikit, jadi mungkin hari ini appa tak dapat pulang ke rumah. Janganlah risau nanti tak lama appa baliklah ke rumah ye..”Pujuk taehyung, akhirnya jeongguk mengangguk tanda dia faham. Taehyung mengeluh lega, dia tahu kalau jeongguk jenis memang keras kepala, tak mungkin nak dengar apa yang taehyung katakan.

“Habiskan sarapan. Kemudian kita akan pergi ke sekolah. Nanti kalau appa dah balik, hyung beritahu kamu ye.”Ujar Taehyung sambil mengelus rambut jeongguk dengan kemas. Jeongguk mengangguk kemudian menghabiskan sarapanya.

Tak lupa taehyung untuk menyediakan bekal makanan untuk jeongguk. Lama kelamaan jeongguk sudah terbiasa makan bekalan yang dibawa olehnya.

.
.
.
.
.
.


Selepas sahaja mengantar jeongguk ke sekolah. Taehyung memulakan harianya macam biasa. Kemas rumah besar ini, bukan sebab nak gaji di naikkan atau apa. Cuma dah terbiasa bagi taehyung.

Dalam sibuk mengemas, taehyung terdengar bunyi kereta sedang masuk ke dalam garaj kereta. Taehyung yang berada dibilik jeongguk terus belari ke bawah.

Taehyung melihat jungkook berjalan masuk kedalam rumah dengann keadaan yang sedikit kacau.

Baju yang sedikit renyuk juga dengan tali leher yang tidak di betulkan dengan rapi seperti semalam. Kancing baju jungkook yang teratas juga tidak terpasang.

Rambutnya kusut masai,

Bibir yang sedikit bengkak.

Ia taehyung sedang sibuk memerhatikan jungkook. Dari hujung rambut sampailah hujung kakinya.

“T-tuan?!”
Sambut taehyung jungkook berjalan mendahuluinya dan tidak menghiraukan ucapan taehyung tadi.

“Tuan Jeon!”
Taehyung sengaja menekankan sedikit suaranya membuatkan jungkook menghentikan langkahnya. Kemudian menoleh kearah taehyung lalu memberikan tatapan yang tajam.

“Kau nak apa!”

“Kenapa tuan baru balik pada waktu macam ni.”Tanya taehyung jungkook hanya berdengus menyampah. Kenapa dengan jungkook sebenarnya, selalunya dia tak akan macam ni.

[𝐂] 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐚𝐧𝐝𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now