BAB 6

4.4K 292 138
                                    







"ESOK, kita akan tengok cincin lain, ya."

"Untuk bulan ini, I akan tulis pasal women solo backpacker. What makes a woman, a great traveller."

"Semuanya perlu siap by the end of this month. By hook or by crook, The Red Collection will be launched on the first March."

"Kak Ara cantik. Share lah rahsia."

Bermacam-macam suara yang menjengah gegendang telinga, aku biarkan sahaja. Sambil membawa diri melewati masa-masa itu. Aku dan Muzaffar, bahagia bersama. Aku dan editor The Ladies, satu majalah wanita yang menjadikan aku sebagai salah seorang kolumnisnya. Aku dan pasukan The Cotton Paradise, syarikat milik ibu dalam mesyuarat. Aku dan gadis-gadis muda dalam fan-meeting. Semuanya tampak jelas dalam ingatanku. Seolah-olah sedang melihat adegan filem dalam pawagam. Ya, sebegitu sekali jelasnya!

Tetapi sayang...

Aku senyum pahit. Masih memandang jauh dan kosong ke hadapan. Aku tahu ingatan yang jelasnya serupa berlaku semalam itu, sudah lama berlalu pergi. Seperti pengakhiran aku dan Muzaffar yang tidak bersatu, entah apa yang sudah jadi kepada Just Inara dan The Red Collection? Apa khabar blog kesayanganku? Apa khabar kerjayaku? Apa khabar seluruh kehidupanku empat tahun yang lalu?

Ketika itu, aku berada di kemuncak. Mengecapi kejayaan dan kebahagiaan. Tetapi sekarang? Apa yang sudah jadi? Apa yang sudah jadi?!

Tidak kira berapa banyak sekalipun aku menyoal dalam diri, yang aku dapat sebagai jawapan cuma kekosongan semata-mata. Tidak kira macam mana sekalipun aku cuba tarik memori hilang ini, yang aku dapat cuma sakit kepala semata-mata.

Sudahnya, aku di sini. Duduk macam orang tolol, memakai persalinan serba hitam, dikelilingi pakaian suram yang berterabur. Berserabut semuanya.

Serupa aku.

"Ara..."

Aku menggerakkan anak mata ke muka pintu yang terkatup. Terasa kosong muka ini memandang ke situ.

"Ara, keluar makan, sayang..."

Hujung bibirku herot sebelah. Apa yang tidak kena dengan semua orang? Asyik menyuruh aku makan sahaja!

"Ara, buka pintu ni..." Permintaan ibu berkumandang lagi. Siap dengan tombol pintu yang cuba dibuka-buka.

"Ara, kenapa diam? Jangan buat ibu risau macam ni."

Suara ibu kedengaran semakin terdesak. Hendak tak hendak, aku mengangkat punggung dan menapak ke pintu. Sampai di situ, aku membukanya. Tanpa menanti ibu mengata apa-apa, aku memaling badan masuk semula ke dalam. Ekor mata sempat menangkap muka Gibran di sebalik pintu.

Serius.

"Ya Allah! Apa ni, Ara?" Pertanyaan ibu kedengaran agak kuat dari belakang.

"Ara cari baju." Aku menjawab senada.

"Cari baju apa sampai macam ni?"

Aku menghenti langkah dan berpusing menghadap ibu. Ibu kelihatan sedang tunduk mengutip baju-baju yang bertaburan atas lantai.

"Ara cari baju Ara." Agak tertekan jawapanku. Tangan ibu serta-merta kaku. Sejenak, ibu membatu sebelum lambat-lambat menegakkan badan dan melihat kepadaku.

"Ini bukan baju Ara. Ara tak pakai..." Kata-kataku terhenti. Tenggelam celah dada yang mula memberat dengan emosi. Aku kemam bawah bibir dan menyambung langkah, melepasi kain-kain atas lantai dan akhirnya duduk di birai katil.

"Apa lagi yang jadi dalam empat tahun ini, ibu?"

Aku ingin menanya terus-terang begitu. Tetapi entah kenapa, lidahku terasa berat benar. Aku tiba-tiba jadi takut. Bagaimana kalau apa yang keluar dari mulut ibu, benar-benar satu lagi berita buruk? Yang tidak mungkin aku terima, dan akhirnya kami bertikam lidah lagi?

MEMORI INARA (Published)Where stories live. Discover now