BAB 14

3.4K 210 97
                                    




SILING tinggi itu, aku pandang. Terkelip-kelip, kosong tanpa perasaan. Sama kosong dengan otakku sekarang. Tidak aku rasa apa-apa. Sepertinya apa yang tertinggal dalam diriku, sudah disedut keluar oleh perempuan berbaju merah.

Zup!

Bulu romaku tiba-tiba meremang. Hanya dengan mengingatinya sahaja, sudah cukup untuk menghadirkan semula rasa gerun. Lantas, aku mengepal selimut di belah kiri dan kanan. Cuba bertahan. Cuba menghambatnya jauh-jauh. Pergi! Pergilah ketakutan ini. Tolong pergi!

Namun, makin aku berusaha, makin aku dapat rasa tubuhku menggeletar. Ditambah pula, dengan bayangan demi bayangan dia yang melintas dalam fikiran. Berderu-deru, bermacam rupa, tanpa henti.

Nafasku mula rasa tersekat-sekat. Jantung rasa sukar mengepam udara. Setiap inci tubuh pula rasa kejur tidak mampu digerak.

Serupa manikin yang sedia untuk dimusnahkan.

"Ya Allah, Ara!"

Satu suara menerjah anak telinga. Aku menggerak bebola mata ke arah tuan empunya badan. Gibran bergegas meletak dulang atas meja kopi dan kemudian berlari ke arahku. Tidak sampai satu minit, dia sudah pun ada di sebelahku, duduk di birai katil, membantuku bangun dan bersandar di kepala katil. Aku merelakan sahaja, sambil cuba menarik nafas yang pendek. Desah nafasku kuat memenuhi ruang bilik.

"Breath, Ara...breath..." Telapak tangan Gibran mengusap-ngusap belakangku.

Aku mengikut. Dada turun naik menyedut udara. Seketika berlalu, aku mula bertenang. Nafasku semakin rata dan teratur. Sesudah itu, aku mendongak kepada Gibran. Hanya untuk menerima kedua-dua belah tangan Gibran yang sampai ke pipiku. Dikapit kemas, tetapi lembut.

"Are you okay?" Lembut juga, dia menyoal.

Aku senyum hambar. Kepala diangguk sekali.

"Okey sikit..."

Belum pun habis jawapanku, tubuhku terdorong ke hadapan. Ditarik ke dalam rangkulan jantan Gibran. Sangat ketat dia memeluk.

Aku terkesima.

"Don't. Don't do that. Ever again." Bisikan Gibran berbunyi tepi telinga. Berat dan bergetar.

Aku masih kaku dalam pelukannya.

"You have no idea..."

Suara Gibran mati sekejap.

"Betapa terkejutnya abang bila lihat Ara tak ada kat rumah. And on top of that!"

Dia tiba-tiba meleraikan rangkulan dan menolak tubuhku ke belakang. Kami jadi berpandangan antara satu sama lain.

"Abang jumpa Ara dalam keadaan macam tu. Apa yang Ara fikir? Abang dah pesan banyak kali, kan? Jangan keluar rumah!!!"

Bahuku terhenjut menerima tengkingannya yang lantang. Selama mengenali dia, inilah kali pertamanya dia menaikkan suara sebegitu sekali. Aku termangu-mangu melihat, bersama kelopak mata yang mula bergetar. Bibir juga begitu.

Anak mata Gibran membesar sesaat. Dia kemudiannya meraup wajah, sebelum mengambil tanganku dan menggengamnya.

"Sorry, abang tak berniat untuk tengking Ara. Abang cuma risaukan Ara. Abang takut apa-apa jadi pada Ara. Cukuplah..."

Sejenak, dia mengemam bibir.

"Cukuplah apa yang jadi selama ini. Cukuplah abang beberapa kali hampir kehilangan Ara. Just...not again. Not anymore..."

Gibran menyudah bicara dengan menundukkan kepala ke bawah. Bahunya juga jatuh tanpa semangat. Ketenangan yang selalu dia tunjuk kepadaku selama ini, tiba-tiba sahaja lenyap tanpa bayang.

MEMORI INARA (Published)Where stories live. Discover now