Bab 1

643 24 0
                                    

Aleshya Rose
Bab 1

—————

"if you don't have a prince doesn't mean that you're not a princess."

Aleshya Rose meneguk minuman keras itu dengan rakus sekali. Rambut perangnya diserabutkan. Lagaknya seperti orang yang tak waras kerana terlampau mabuk.

"Rose, are you okay?" Aleshya menolak badan lelaki itu yang menegurnya itu. Siapa lagi kalau bukan Endryan? Pantas sahaja kakinya dihayun keluar dari kelab yang bingit dengan bunyi muzik walaupun pagi sudah hampir menjelma. Kali ini, fikirannya sangat kusut. Mengenangkan apa yang ibu nya mahu.

Ergh, kahwin?

"Babe? Are you okay? Endryan cakap kau macam mabuk tadi, er..dia ada cakap juga you tolak dia.  Rambut you..Ergh serabai nya." Aleshya membiarkan rakannya Dhea Dilayla membetulkan rambutnya. Berkali kali ayat keramat yang terkeluar dari mulut ibunya terngiang ngiang di kepala.

"Sya, kalau begini lah perangai kamu, mama akan kahwinkan kamu dengan anak kawan mama. Kali ini mama serius, there's no turning back. Lusa mama akan berbincang dengan aunty Qalisya untuk satukan kamu dengan anak dia."

Argh, serabut!

Rambut yang sudah dibetulkan oleh Dhea itu diserabutkan kembali. Kelihatan Dhea merengus lalu masuk kembali ke dalam kelab.

Aleshya terduduk sambil memeluk lututnya. Kepalanya juga dipegang, telinga nya ditutup dan dia juga menggeleng laju untuk hilangkan benda itu. Bagai perkara itu akan terus menghantui hidupnya.

"Mama, Sya masih muda kot, biar lah Sya enjoy dulu."

"Masalah nya 'enjoy' kamu itu lain macam. Kamu pergi kelab Sya! Kelab!"

"Hannan kan ada!"

"Mama nak kamu, bukan Hannan!"

Bum!

Aleshya mendesis sakit apabila terasa badannya ditolak kasar ke dalam kereta. Lihat sahaja dalaman kereta itu sudah tahu yang kereta ini kepunyaan abangnya, Qurais Daniel.

Aleshya memandang seat pemandu apabila pintu di seat itu mula ditutup.

"Kau gila, Sya?!" Qurais memandang tajam adiknya. Baginya, Aleshya ini sudah keterlaluan. Perangai tidak boleh bawa bincang!

"Gila apa Is?! Gila apa?!" ikutkan hati Qurais, mahu saja dilempang muka adiknya. Kurang ajar!

"Kau tahu sekarang pukul berapa? Pukul empat pagi, Sya! Empat pagi! Kau tu dah nak kahwin, jaga lah diri kau sikit! Jangan nak pergi kelab bagai." Aleshya menggulingkan matanya. Suka hati dia lah nak buat apa pun, itu hak dia. Ada dia kacau orang lain? Tak ada bukan?

"Yang kau gedik sangat tu kenapa? Suka hati aku lah, ni cara hidup aku. Mama yang nak kahwinkan aku, kahwinkan je lah. Aku kisah apa? Janji syaratnya aku boleh sentiasa enjoy life aku." bibirnya tersungging senyuman sinis. Dia tidak kisah jika perkahwinan ini tak membabitkan cara hidup dia, tapi kalau membabitkan cara hidup dia..tunggulah.

"Haish! Cakap dengan kau ni, boleh jadi gila aku!" Aleshya mendecit geram. Mukanya kembali dipalingkan ke muka 'abang kesayangannya' itu.

"Then what happen? Kau gila tak?" Qurais menarik nafas panjang dan menghembusnya dengan kuat. Sakit betul hatinya mengenangkan sikap biadap dan bercakap tanpa fikir dahulu Aleshya Rose.

Qurais mula menekan minyak dan kereta Mercedes Benz itu laju membelah jalan.

*****

"Kamu yakin nak kahwin dengan dia, Qiem?" Furqan mengangguk sambil tersenyum. Telinga nya juga sudah bertukar kepada warna merah.

Malu mungkin?

"Kalau macam tu mama dah tidak boleh buat apa apa, keputusan di tangan kamu." Puan Qalisya memandang anak teruna nya. Ragu ragu hendak menerima lamaran teman baiknya, Diyana untuk melamar Furqan untuk anak perempuannya, Aleshya.

Bukan dia tidak tahu bahawa Aleshya itu macam mana. Perangai, bukan seperti perempuan yang hendak dia buat menantu. Iya, siapa yang mahu menantu nya keluar pergi kelab..minum arak, merempit dan balik bila jam sudah menginjak pukul empat?

Mahu sahaja dia tolak tapi memandangkan Diyana dan Marzuki sudah menolong keluarga mereka ketika susah dahulu, dirinya juga tidak boleh membuat apa apa mahupun satu bantahan. Bukan mahu memperjudikan anaknya, tidak. Dirinya tidak pernah terfikir pun hendak berbuat begitu. Lagipun, Furqan pun setuju untuk menerima lamaran Diyana lagilah dirinya tidak boleh membuat apa apa.

Puan Qalisya tersentak apabila terasa tangannya diusap perlahan oleh seseorang. Dirinya memaksa satu senyuman terbit di bibir, tidak mahu anaknya melihat wajahnya yang sudah keruh memikirkan perihal yang bermain di benak fikirannya.

"Mama, mama jangan lah risau ya? Qiem tahu yang mama tak berkenan dengan Aleshya, tapi Qiem janji yang Qiem akan ubah dia. Qiem akan ubah dia jadi umat yang taat pada tuhannya, anak yang taat pada ibu bapanya dan isteri yang taat pada suaminya." kata Furqan sambil memandang ibunya yang kelihatan seperti kurang berkenan dengan Aleshya.

Puan Qalisya menahan tangisnya. Dia gembira yang Furqan Haqiem jadi begini. Walaupun keluarga mereka tidak berada, tapi Furqan dapat didikan agama yang cukup. Buktinya, Furqan sudah menjadi orang yang berguna dan mempunyai kerja yang bergaji besar.

"Mama yakin dengan apa yang Qiem pilih, janji dengan mama yang Qiem akan menjaga dia..jaga makan minum dia, beri nafkah yang secukupnya kepada dia." Puan Qalisya mengusap kepala anaknya. Tidak cukup dengan itu, dahi anaknya dikucup dengan syahdu. Perit rasanya hendak melepaskan anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang sejak dari kecil.

"Ya, Qiem janji yang Qiem akan jaga dia, bimbing dia ke syurga."

**

Aleshya RoseWhere stories live. Discover now