Bab 9

175 12 7
                                    

Aleshya Rose
Bab 9

————

"if you don't have a prince, doesn't mean that you're not a princess."

—Aleshya Rose

Aku menggeliat kecil apabila mendengar sayup sayup suara seseorang sedang mengejutkan aku. Tanpa melihat wajah tersebut, aku mula bangun dari baringan dan menguap besar. Mata dipisat berulang kali untuk menghilangkan kantuk yang menyerang di mata. 

Furqan yang melihat adengan itu tersenyum kecil. Haih, perangai serupa budak. Tidak mahu melengahkan masa, lengan isterinya ditepuk sedikit bagi mengejutkan nya untuk solat Subuh.

"Aleshya.."

Aku memisat mata sekali lagi. Pinggang yang terasa sakit aku urut berulang kali. Mungkin disebabkan aku tidur di lantai? Tapi kenapa?

Urgh, terasa sengal pula di bahagian belakang badan. Ini mungkin disebabkan aku terjatuh katil.

"Aleshya, bangun lah. Dah pukul berapa dah ni.. nanti habis waktu." Aku cuba mencelik mata mencari dimana datangnya suara garau tersebut.

Aku tergamam.

"kau.." Jariku ditunding ke arahnya.

"Asal kau ada kat dalam bilik aku?! Keluar!" Furqan yang melihat keadaan itu terus berasa pelik. Pelik kerana isterinya tiba tiba tidak ingat bahawa mereka sudah sah menjadi suami isteri.

"Kita—"

"Aku kata keluar kan..?" Aku terkaku apabila Furqan bertindak drastik memeluk badan ku. Aneh, aku tidak menolak apatah lagi meracau seperti orang gila beberapa minit lepas. Yang peliknya, pelukan dia buatkan aku berasa selesa.

Selepas beberapa minit berada dalam posisi tersebut, aku mulai menolak perlahan tubuhnya.

"Now, explain." Kataku tegas kepadanya.

"Kita baru sahaja kahwin, Aleshya. Awak dah lupa?" Aku tergamam. K—kahwin? Bila? Oh.. Aku menganggukkan kepala menandakan aku lupa perihal tersebut.

"Haih.." Terdengar Furqan mengeluh perlahan. Sedih? Sedih bagi dirinya kerana Aleshya lupa benda penting sebegini. Ini baru permulaan, kalau sudah lama lama berumah tangga kemudian?

Mungkin dia lupa juga?

Astagfirullah, Furqan.. tak baik kau berprasangka buruk pada isteri kau.

"Hmm, kau nak apa kejut aku pagi pagi buta macam ni?" Soalku hairan. Sesekali aku menguap sambil terkedip kedip mata menahan kantuk.

"Saya nak ajak awak solat Subuh sebab tu lah saya kejutkan awak. Nanti pergi ambil wuduk dulu lepastu saya menyusul." Furqan berkata tenang sambil matanya redup menikam mataku.

"Malas lah, Furqan. Kalau kau nak solat kau solat lah seorang. Aku mengantuk." Serentak dengan itu, aku terus baring ke atas toto empuk ini. Tidak kisah lagi dengan sakit belakang, asalkan aku dapat hilangkan rasa mengantuk dengan tidur lena tanpa gangguan.

"Pergi solat dulu, Aleshya. Kalau awak nak tidur pun tidur lah lepas siap nanti." Furqan tidak berhenti memujuk aku supaya solat. Ah, apa hebat sangat kalau solat? Setakat tunduk lepastu sujud kat atas karpet berbentuk masjid.. dapat apa?

"Kan aku kata malas. Kau tak faham bahasa ke?" Nada ku masih sama seperti tadi. Hanya mendatar kerana malas hendak bertekak dengan Furqan pagi pagi ini. Campur sekali, aku mengantuk jadi disebabkan itu aku tiada tenaga.

"Pergi lah." Lenganku di usap perlahan. Tidak selesa dengan usapan tersebut, pantas aku tarik lenganku kasar daripadanya sebelum bangun dari baring. Furqan aku jeling tajam sebelum menapak masuk ke dalam bilik air.

Aleshya RoseWhere stories live. Discover now