Bab 5

206 12 0
                                    

Aleshya Rose
Bab 5

—————

"if you don't have a prince, doesn't mean that you're not a princess."

Aleshya Rose

Aku membentak geram apabila dipaksa pergi ke butik. Dijeling sedikit Furqan yang sedang khusyuk memandu kereta. Tidak cukup dengan jeling aku pura pura pandang ke sebelah kanan untuk melihat kereta yang berada di sebelah sana walhal aku sedang memandang tajam Furqan.

Furqan tidak tenang, ini semua kerana dia dapat rasa yang gadis di sebelahnya memandangnya tajam sedari tadi lagi.

"jangan lah pandang macam tu, segan saya." aku menggulingkan mata. Saya, awak ei..menggelikan.

"kau tak menyesal ke nak kahwin dengan aku?" Furqan kelihatan tersentak sebentar namun pantas dia ukirkan senyuman pada gadis itu walaupun matanya menghadap ke depan.

"tak." aku mendengus kasar. Pandanganku kembali terarah pada jalan raya yang kelihatan agak desak dengan trafik.

"sudah lah, Furqan. Aku tahu lah kau terseksa kan? Entah entah kau dah ada girlfriend lepastu mama kau paksa kahwin kan?" Dapat ku dengar Furqan menghembuskan nafasnya.

Sabar, Furqan. Selagi kau boleh sabar, sabar je.

"saya tak ada pun teman wanita." aku mencebik. Ya lah sangat kalau dia tak ada 'teman wanita'. Menipu lebih, acah!

"kau tipu kan?" aku terus menerus mendesak Furqan. Aku mahu dia berikan jawapan selain 'tak'.

"haih, kita dah sampai." Furqan menarik handbreak kereta nya dan terus mematikan enjin kereta. Pantas sahaja kakinya dihayun keluar daripada kereta.

Aku mengetap bibir. Berani dia tinggalkan aku dekat sini?

Tak guna!

Aku mula keluar dari kereta lalu pintu itu aku hempas kuat. Furqan menoleh ke arah aku namun aku hanya biarkan je. Laju kaki aku nenapak masuk ke dalam butik meninggalkan dia di belakang.

"selamat tengah hari cik Aleshya." pembantu mama iaitu Aina tersenyum manis ke arah aku. Dijeling sebentar sebelum melabuhkan duduk di sofa. Majalah majalah yang berada di meja kaca itu aku belek belek. Langsung tak hirakan Furqan yang sedang berdiri itu.

"selamat tengah hari, er..Encik ni siapa ya?" belum sempat Furqan menjawab soalan Aina, aku sudah menjawab.

"dia datang sini nak cari baju pengantin, dah kau pergi tolong dia sana. Jangan kacau aku." pandangan memujuk yang diberi oleh Furqan aku jeling. Dia yang nak sangat kahwin kan? Kahwin la kau seorang!

Kedengaran Furqan mengeluh perlahan sebelum mengikuti langkah Aina.

"Sya..Kenapa kamu biarkan bakal suami kamu macam tu? Kalau ya pun, tengok lah sama ada tepat dengan cita rasa kamu tau tidak. Nanti, kalau tak tepat kamu juga melenting itu tak kena ini tak kena." aku menarik nafas. Ya, semua yang dikata oleh mama memang betul tapi disebabkan ego aku biar kan sahaja.

"kamu tu dah la cerewet orangnya, kesian pada Furqan." aku menjeling tajam mama. Kalau dah tahu aku cerewet kenapa nak paksa paksa aku? Nak kongkong hidup aku?

Stres bercakap dengan orang yang tak reti bahasa ni.

Stres!

"dah, jangan pandang mama macam tu. Pergi tengok Furqan sana." pemergian mama aku hantar dengan mata. Beberapa minit kemudian aku mengeluh.

Lelaki ni, pergi cuba baju atau buat baju? Lama!

Akibat geram, aku mula bangun dari sofa dan pergi ke arah baju pengantin lelaki. Kelibat Aina aku cari untuk bertanyakan tentang Furqan.

"Aina." gadis yang berusia 21 tahun itu memandang aku dengan senyuman manis terlakar dibibirnya. Baju baju yang dipegang olehnya aku jeling sekilas. Sudah tentu itu baju Furqan.

"ya cik? Nak apa?" aku tersenyum nipis ke arahnya sebagai balasan. Entah kenapa, cara gadis muda setahun itu menyebabkan aku terasa ingin membalas balik senyumannya walaupun nipis. Aina apa lagi, tergamam melihat aku. Barangkali terkejut kerana selama ini aku hanya bersikap coldhearted terhadap semua pekerja. Sapaan dan senyum semuanya aku tidak buat selain jeling.

"Furqan mana?" tanya ku acuh tak acuh. Habis hilang sikap aku yang sebentar tadi.

"err, encik Furqan ada dalam bilik salinan. Tukar baju mungkin." senyuman nipis Aina hadiahkan buat aku. Bilik salinan yang berada di hadapan mata aku pandang sebelum mengangguk kecil ke arah Aina.

"cik Aleshya tak mahu lihat lihat baju dulu ke? Lihat lihat warna dia..Atau design?" aku mengangguk sebelum pergi ke arah timur yang menempatkan baju pengantin. Ditinggalkan Furqan sendirian.

Lagi bagus kalau aku cari dahulu, kalau tunggu Furqan..Makin lama lah gamaknya aku terpaksa duduk dekat sini.

Haish!

"ini dia design baru. Renda renda yang berada di pinggang ditambah, manik pula dikurangkan." aku melihat dengan teliti baju pengantij yang berwarna putih gading di hadapanku.

Cantik, memang cantik tapi aku tak suka.

"Aina, kalau aku buat request fasal baju boleh kan?" Aina mengangguk. Senyuman penuh makna terukir.

"aku nak suruh kau buat baju pengantin macam ni tapi kain dia berwarna hitam pekat, boleh?" Aina kelihatan tersentak dengan pertanyaan aku. Aku pula hanya senyum sambil menunggu kata kata putusnya.

"boleh itu memang boleh cik Aleshya, tapi..." terus mati senyuman ku. Pandangan tajam dihalakan pada gadis itu.

Aku hanya minta kain warna puih gading itu ditukar kepada warna hitam, apa yang susah sangat?

"saya takut kalau Puan Diyana marah. Sebab tadi dia ada pesan kalau cik minta warna yang pelik pelik dia suruh saya hiraukan." aku sudah menahan marah. Berani mama?!

Tangan dikepal penumbuk dan wajah Aina aku pandang tajam.

"kalau aku suruh kau buat tu, buat je lah! Apa yang banyak songeh sangat kau ni? Mama aku bayar gaji kau kan! Aku anak dia jadi dengar lah cakap aku!" bahu Aina sedikit tersentak apabika terdengar tengkingan aku. Pekerja lain pula sudah mula duduk ditepi, tidak mahu masuk capur urusan aku mungkin.

"Aleshya." dari jauh, Furqan yang sedang berbaju putih gading dan bersampin emas berjalan kearah aku. Senyuman yang terukir di bibirnya aku balas dengan jelingan.

Nampaknya kau bahagia nak kahwin dengan aku.

Gila.

"ya Allah..Aleshya, Aina. Apa jadi ni?" pertanyaan mama aku hiraukan. Biar budak depan ni yang balas sendiri!

"err, s—saya.." percakapan Aina yang tergagap gagap itu membuatkan aku tersenyum sinis.

Tahu takut, heh.

Lain kali, fikir sebelum bercakap..Sekarang kau dah terima bala. Padan muka!

"Aleshya, ni mesti salah kamu kan?" aku mengangkat kening. Masakan salah aku pula sedangkan Aina yang menolak request baju aku!

"lah, Sya just minta baju pengantin warna hitam pekat je pun. Tak ada salahnya bukan?" mama menarik nafas sebelum memandang aku dengan mata redunya.

"ya, memang lah tak salah pun pilihan kamu..tapi ingat lah yang majlis ni majlis kahwin bukan majlis orang meninggal." aku agak tersentak dengan kata kta yang dilontarkan oleh mama. Cepat cepat aku cover muka.

"tapi, Sya yang nak kahwin. Ini majlis Sya jadi Sya berhak pilih warna apa pun." balasku untuk menutup rasa sentap.

"hitam emas, get it? Warna tu untuk hari persandingan nanti." aku tersenyum puas.

"okay then."

********

Aleshya RoseWhere stories live. Discover now