Bab 7

199 13 0
                                    

Aleshya Rose
Bab 7

----

"if you don't have a prince, doesn't mean that you're not a princess."

-Aleshya Rose

Cahaya daripada lampu kamera yang menembusi kornea mata membuat aku mendengus geram. Perjalanan untuk ke pelamin di atas pentas seakan akan jauhnya beribu kilometer. Ya, hari ini persandingan. Majlis akad nikah sudah dibuat semalam.

"Awak, senyum sikit boleh tak?" Furqan bersuara lembut bersama dengan pandangan redupnya. Aku menjelingnya tajam. Tangan kanan yang dilingkarkan pada lengannya aku berusaha untuk tarik.

Kalau tidak disebabkan paksaan campur gertakan mama dengan papa sudah lama aku tidak bagi tangan padanya. Teringat pada malam sebelum hari pernikahan, hari dimana aku merancang strategi untuk melarikan diri pada malam tersebut kerana tidak sanggup untuk kahwin.

Namun harapan punah serta merta apabila Qurais sudah pun membayar bodyguard yang badannya belaka besar besar jika dibandingkan dengan badan kecilku. Lihat sekali sahaja, jika aku pergi mungkin sudah lunyai aku dibuatnya.

Jahanam punya Qurais!

"Aleshya, duduk lah." aku tersentak apabila suara itu menyapa telinga. Pantas aku memegang sedikit kain labuh baju pengantin yang berwarna hitam pekat itu. Ya, mama kotakan janji dia untuk membuat pakaian yang berwarna hitam mengikut kehendak aku. Aku tersenyum kecil.

"Hmm, cantik pun kalau senyum macam tu. Tak ada lah nampak macam terpaksa sangat." senyuman tadi mulai pudar.

"Kau siapa nak kata aku cantik? Ya, dan pasal terpaksa tu. Memang aku terpaksa pun." aku menjeling Furqan tajam. Benci sangat pada lelaki yang berada di kerusi sebelah ini.

"Erm, cik Aleshya.." aku kalihkan mata pada Aina yang sedang mengibas. Kening dijungkitkan sekali.

"Err, Puan Diyana suruh cik senyum." kelibat mama aku cari laju. Pabila mata ku bertemu matanya, satu jengilan mata diberikan pada ku.

Ah sudah, malang sungguh.

Perlahan, aku cuba tersenyum manis ke arah tetamu yang hadir.

"You look beautiful." aku tergamam, namun senyuman tadi masih lagi tidak pudar.

"Kan aku kata jangan cakap aku cantik."

"Aleshya, saya kata 'beautiful' bukan cantik."

"Sama juga kan?!" aku menjerit dalam bisikin. Lelaki ini sengaja mahu menaikkan darah manis aku. Bila lah majlis ini hendak habis, serabut pula bila kamera itu asyik menangkap gambar nya sahaja.

Silau.

Furqan hanya diam tanpa balasan. Suka, kalau dia mengusik isterinya. Suka benar kalau melihat wajah bengis itu, suka sangat.

Comel.

"Apa pasal kau senyum ni? Buat tebiat?" mata tajam Aleshya Rose yang menikam tajam matanya dia hiraukan. Baginya mata tajamnya itu seolah olah memberi pandangan menggoda buatnya.

Aih, Furqan.. jauhnya kau berfikir ya?

Furqan tergelak kecil. Dia membetulkan sedikit songkok yang hendak terjatuh. Tidak dihiraukan muka bersama telinga yang sudah memerah sekarang ini. Sudah lah putih wajahnya, mustahil kalau tidak nampak dengan jelas merahnya bukan?

Aku menjeling tajam Furqan. Sakit benar hati ini dengan perangai selamba badak dia. Sudah la pertanyaan ku tidak dibalas, tergelak seorang diri dicampur lagi dengan blushing secara tiba tiba.

Ah, gila sungguh.

Tidak menghiraukan Furqan, aku memanding Aina yang tidak berhenti memandang pengapit lelaki. Kalau tidak silap aku, namanya Yusuf Zafran. Satu lekuk lesum pipit yang berada di pipi kanannya membuatkan aku terpaku. Ah, hensemnya dia bila senyum. Hati aku menjadi tidak keruan apabila mata aku bertemu mata lelaki yang bernama Yusuf Zafran. Pantas aku mengalihkan wajah.

Apa yang kau buat ni Aleshya Rose? Suami kau ada depan mata boleh pula kau usha orang lain. Ah, kenapa tidak dengan Yusuf Zafran sahaja aku berkahwin?

"Erm, tak baik tau pandang lelaki lain lama sangat tapi kalau saya, awak nak pandang tak kelip pun tak apa." aku berdecit. Sibuk sahaja lelaki ini. Nak pandang dia? Urgh, dari elok mata aku berwarna putih bertukar jadi warna hitam.

"Eh, tak mahu aku pandang kau. Buatnya kalau aku termuntah siapa nak lapkan? Kau? Huh. Ingat ya.. kau suami atas kertas je. Perkahwinan ni perkahwinan kontrak. Cukup cukup tiga bulan, kau ceraikan aku." aku tersenyum manis ke arahnya sebelum mataku beralih memandang sekeliling dewan yang sudah mulai dipenuhi jiran jiran serta pekerja mama, papa serta kawan kawan Qurais.

Furqan terdiam. Hatinya disapa rasa pilu. Ingatkan mahu memikat buah hatinya alih alih dijawab. Perkataan cerai buatkan Furqan terasa mahu menangis. Bukannya dia tidak nampak yang Aleshya memandang Yusuf sejak dari tadi. Sekali pandang sudah tahu yang isterinya ada hati pada Yusuf.

Furqan jeles, ya jeles.

"Qan, asal kau ni? Tadi elok je senyum ni tiba tiba kau tunduk bawah tu pehal? Tak sabar firstnight eh?" muka Furqan tak usah ditanya, sudah merah menyala. Aish, Yusuf ni nama sahaja ustaz tapi mulut tak ada insurans!

"Hahaha, kan aku dah kata mesti tak sabar firstnight punya. Cis, kawan aku dah maju la.. bila lagi turn aku eh?" Furqan tersengih. Terdapat satu idea untuk mengenakan kembali sahabat baiknya sewaktu menetap di Mesir.

"Tu, Aina ada. Dari tadi dia pandang kau. Tak terjatuh hati ke?" Furqan menjungkitkan kening berulang kali sambil memandang ke arah Yusuf Zafran yang tersentak apabila disoal olehnya.

"Ha kau memandai je." mata Yusuf Zafran bergerak memandang Aina yang sedari tadi memandang ke arahnya. Apabila mata mereka bertemu, pantas Aina larikan.

Aih Aina, malu pula kau ya?

"Tak mahu cuba ke?"

"Kau ni, aku ni ustaz tau. Tak main la anak dara orang.. habis aku kena kejar dengan selipar jepun dengan bapak perempuan tu nanti, Hahaha." Yusuf Zafran tergelak dengan lawak yang dibuatnya sendiri. Teringat pula kejadian sewaktu dia belum bergelar ustaz dan berperangai seperti badboy, masa itu hanya Allah je tahu betapa lajunya jantung dia berdegup apabila dikejar oleh seorang pakcik kerana mengacau anak daranya.

"Haih, kau ni macam macam arr, Zaf." Zafran tergelak kecil. Pada waktu yang sama, aku memerhati segala pelakuannya. Wahai hati, tolonglah kau bertahan. Debaran di dada amat menyesakkan bila melihat wajah lelaki itu.

Kalau dilihat balik, memang Furqan mempunyai ramai peminat. Lihat sahaja lah masa aku berjalan untuk ke pelamin atas pentas tadi, tidak boleh dikira dengan jari aku mendapat jelingan maut daripada sepupu kedua belah keluarga ku.

Cis, kalau mereka mahu sangat pada Furqan.. ambil saja lah. Walaupun dia suami aku, layanan, panggilan serta cara percakapan masih sama. Tiada istilah mahu bahagia hingga ke akhirat dengan lelaki bernama Furqan Haqiem ini.

Akan ku pasti, benda itu berlaku.

*****

Aleshya RoseWhere stories live. Discover now