Bab 10

161 7 2
                                    

Aleshya Rose
Bab 10

----

"if you don't have a prince, doesn't mean that you're not a princess."

-Aleshya Rose

"Nanti mama balik lambat. Kamu jaga diri ya? Jangan dibuli nya suami kamu tu." Aku menggulingkan matanya. Kenapa eh orang dalam rumah ni semua mahu tuduh dia bukan bukan tanpa bukti?

Semak ah!

"Ya."

"Papa dengan Qurais pun balik lambat juga, ada makan malam dekat kompeni." Aku hanya mengangguk tanpa reaksi. Apabila mata bersatu dengan mata Qurais, pantas aku alihkan. Kejadian beberapa minggu lepas meninggalkan kesan yang amat dalam..

Dalam hati aku.

Ingat senang mahu memaafkan? Sorry , pergi mampus.

Papa dan mama yang sudah keluar dari rumah ini aku hantar dengan pandangan mata. Qurais yang mula mula membontoti langkah mereka, mula merapati diri aku. Dia tersenyum sinis sambil mendekatkan wajahnya.

"Ehem, sama macam mama.. kau jangan pula buli Furqan ya? Kau buli siap kau." Gertakan daripadanya buatkan aku terasa mahu gelak. Apa dia ingat aku takut? Senyum sinisnya aku balas namun tak lama selepas itu pelukan tiba tiba di bahu buatkan aku tergamam.

"Jangan risau la, Niel.. Isteri aku baik orangnya." Dapat aku lihat senyuman manis Furqan menghiasi wajahnya. Apabila Furqan memandang aku, dia mengenyitkan sedikit matanya sebelum memandang kembali pada Qurais yang sedang memandang aku tajam.

"Heh, kau jangan manjakan dia sangat, bro. Sekali sekala kena ajar juga." Aku mengetap bibir geram. Tangan sudah digenggam sekuat yang mungkin.

"Jang-"

Tidak mahu mendengar selebihnya, pantas aku angkat kaki naik ke bilik. Pintu dihempas sekuat mungkin. Menunjukkan rasa marahku terhadap Qurais. Ergh.

Sudah la malukan aku, apa lagi yang Qurais ini mahu? Tidak puas kah hati dia menghina dan memalukan aku depan Furqan? Rasanya memang sakit hingga mampu menitiskan air mata tapi entah kenapa, tubir mata sudah kering sehingga sudah tidak mampu untuk mengeluarkan air mata.

Haih.

"Aleshya.." Ketukan di pintu menyebabkan pandangannya drastik di alihkan pada pintu.

"Saya masuk eh?" Aku menjeling pintu tajam. Tadi Qurais, sekarang Furqan.. apa lagi dua orang ni mahu?

"Hm, Aleshya.."

"Kau nak kata apa ha? Nak malukan aku ke? Nak gelakkan aku ke? Blah la." Satu jelingan tajam aku hadiahkan padanya. Furqan tanpa banyak cakap, terus melabuhkan punggungnya pada katil.

"Saya.. haih, macam mana nak cakap eh?" Furqan yang sedang menggaru kening itu aku pandang lama. Comel, tapi itulah.. tetap aku benci.

"Awak janganlah terasa dengan Qurais ya? Dia bergurau je tu.. saya tahu dia sayangkan awak." Aku terus menghamburkan gelak. Kuat dan sinis.

"Bergurau? Sayang? Eh apa kau kata tadi.. kau tahu dia sayang aku? Wow, kau tuhan ke tahu segala benda?" Sinis dan tajam. Furqan yang tergamam itu aku pandang sekilas.

"Sudah la Furqan. Tiada guna kau beristerikan aku. Cerai jel-" tiba tiba sahaja diriku dipeluk olehnya. Tergamam. Entah kenapa dengan tubuhku, tiba tiba sahaja tidak boleh gerak.

"Tolong.. janji dengan saya yang awak tak akan sebut perkataan cerai tu lagi. Saya ikhlas jadikan awak isteri saya.. tiada istilah seperti terpaksa." Rintih suaranya berkata.

Aleshya RoseWhere stories live. Discover now