Bab 8

188 14 0
                                    

Aleshya Rose
Bab 8

—————

"if you don't have a prince doesn't mean that you're not a princess."

Aleshya Rose

Bantal yang ada di atas katil pantas ku ambil lalu dipeluk ke dada. Malas hendak duduk sekatil dengan lelaki bernama Furqan Haqiem.

Jijik.

Toto yang sudah dihampar lantas aku perbetulkan. Tubuh dijatuhkan di atas toto sebelum menyelesakan diri. Memang gila sebab aku sanggup sakitkan badan ku semata mata tidak mahu sekatil dengan lelaki tersebut.

Kedengaran pintu bilik diketuk sekali sebelum salam diberi. Furqan yang masih bersuit hitam menapak masuk ke dalam.

"Kenapa awak tidur dekat bawah? Tak sakit ke belakang?" soalnya ramah. Mungkin mahu bercakap denganku? Aku hanya berdiam diri. Tidak merespon apa apa dan hanya kaku berbaring di situ.

"Awak tak selesa ke?" Diam. Suasana hening membelenggu di antara kami. Kedengaran hembusan lelah nafasnya sebelum bunyi pintu tandas ditutup perlahan.

Mandi mungkin?

Teringat pada majlis akad nikah yang dibuat semalam. Serta merta pipiku berona merah.

***

"Buka pintu ni Aleshya Rose!" Qurais yang sedang mengetuk pintu di luar aku hiraukan. Ah, suka hati sahaja nak memaksa aku. Dia ingat dia tu siapa?!

Aku tersenyum sinis. Padan muka kau Qurais. Mahu memaksa aku tapi sayang, dua dua kunci yang dikhaskan untuk bilik ini ada pada aku jadi mungkin dia tidak dapat membuka bukan?

Klak

Aku tergamam. Wajah bengis Qurais disertakan dengan wajah risau mama muncul disebalik pintu.

"Kau ingat aku bodoh, Aleshya?" soal Qurais.

"Ya Allah, apa kamu buat ni? Mama ingat apa lah yang jadi pada kamu, Sya. Mujur Is ada kunci ketiga.." Aku terpaku. Kunci ketiga? Aku ingatkan..

Ah, kau memang cari bala Qurais! Aku benci kau!

"Baik kau keluar sekarang sebelum aku seret kau ke bawah." Arah Qurais berselit nada tegas. Mama pula sudah menghampiri aku.

"Mari, Sya."  Tangan mama mula memegang tangan aku. Dapat aku rasa tangannya mengurut tangan aku. Mungkin mahu menghilangkan debaran? Atau menghilangkan rasa marah ku?

"Aku kata bangun ka—!" Belum sempat Qurais menapak ke arahku pantas aku berdiri. Kain baju pengantin yang terlorot sedikit aku genggam kemas.

"Good, now.. kau boleh turun. Kau jangan cuba nak lari eh, Aleshya. Aku dah hire beberapa orang untuk jaga kawasan rumah. Once kau keluar, kau lunyai." Katanya sebelum pergi meninggalkan aku yang terkulat kulat sendiri di sini.

"Kamu jangan kisahkan sangat abang kamu tu. Dia buat semua ni sebab dia sayangkan kamu. Memang tegas di luar tapi dia ambil berat fasal kamu." Aku terdiam. Tangan mama aku tarik sebelum melangkah keluar daripada bilik. Sampai sahaja di ruang tamu, para tetamu yang hadir semua mengalihkan pandangannya ke arah aku.

Aleshya RoseWhere stories live. Discover now