Bab 3

241 14 0
                                    

Aleshya Rose
Bab 3

—————

"if you don't have a prince doesn't mean that you're not a princess."

Aleshya Rose

Aku mula bangkit daripada baringan. Segala sakit di kepala dan tubuh aku hiraukan. Kali ni, perasaan benci dan amarah yang sedikit tadi mula menjadi lebih banyak. Marahnya pada mama dan bencinya pada lelaki bernama Furqan Haqiem.

Gambar gambar yang dihantar oleh Dhea itu aku tatap geram. Argh, benci nya kalau macam ni. Dhea ini sengaja mahu menaikkan perasaan marah aku. Gambar yang menunjukkan dirinya bersama Endryan yang sedang berpelukan mesra menyambut parti hari jadi di kelab.

Dan semestinya aku tahu lah siapa yang menyambut hari jadi itu, siapa lagi kalau bukan gadis yang bernama Dhea Dilayla? Hanya gadis itu sahaja yang acap kali menyambut hari jadi di kelab. Kadang kadang bukan hari jadi nya pun, hanya sekadar parti rancak dan berakhir pada pukul empat ke lima pagi.

Bosan tetapi lagi bosan kalau berada di rumah. Hari hari mendengar bebelan, ergh serabut!

Ini semua salah mama, disebabkan dirinya mempelawa Furqan untuk tidur dirumah ini satu malam tak adalah aku terasa rumah ini sempit. Furqan juga salah sebab dia memilih untuk setuju dengan pelawaan mama dan akhirnya aku yang jadi mangsa, aku yang jadi mangsa tidak boleh ke kelab. Mama kata yang aku kena jaga perangai depan bakal suami.

Ish aku tak hadap pun lah acah terpaling sempurna tu!

Pantas kaki dibawa ke beranda. Ingin menghirup udara segar walaupun jarum jam sudah menginjak ke pukul 12 tengah malam. Aku mengeluh halus, ikutkan hati mahu sahaja aku membantah habis habisan tetapi disebabkan mama aku, aku sanggup pilih untuk teruskan. Mengenangkan Furqan, amarah ku tiba tiba je rasa hendak meletup tapi segera ku tahan.

Mengikut kata mama tadi, Furqan menginap di bilik tetamu, maksudnya mesti di bilik sebelah aku kan? Lelaki bodoh, sanggup memperisterikan perempuan macam aku. Gila ke apa?

Bukannya dia tidak tahu bahawa aku macam mana, mama pun sudah beritahu perangai aku serta cara hidup aku macam mana tetapi lelaki yang bernama Furqan ini memang tidak makan saman!

Mengingatkan kejadian petang tadi, membuatkan bibir aku tersungging senyuman sinis.

**

"Dan ya pasal lamaran tu, saya terima sebab saya rasa yang saya mampu jaga awak Aleshya dan saya rasa yang saya mampu bimbing awak ke syurga." Aku tersenyum, atau lebih tepat senyum sinis.

"Kau sanggup terima aku?"

"Ya, saya sanggup." Furqan Haqiem mengangguk sambil memandang tepat mata menawan gadis itu.

"Walaupun aku ni bekas orang?" Furqan kelihatan tersentak apabila soalan itu terkeluar daripada mulut aku.

Memang sudah jadi niat aku untuk kenakan dia. Untuk jadikan dia berasa jijik untuk memperisterikan aku. Well, siapa yang sanggup ambil perempuan yang dah jadi bekas orang bukan?

Lagipun, aku hanya bermain sahaja, macam yang aku cakap tadi lah, untuk kenakan dia. Aku masih ada maruah. Walaupun aku selalu pergi ke kelab, aku bukan jenis perempuan liar yang menjual tubuh seperti Dhea. Kalau setakat sentuh sentuh biasa, aku okay.

Sangkaan ku mula meleset apabila Furqan menghadiahkan aku satu senyuman manis. Adakah lelaki ini tidak berasa jijik?

"Saya tak kisah." aku mula mengetap bibir. Apa lelaki di hadapanku sudah tidak waras? Dia tak kisah? Tak kisah?

Betul betul tak kisah?

"Kau tak jijik dengan aku?" soalku hairan. Wajah Furqan yang putih tanpa ada kecacatan itu aku pandang.

"Saya tak kisah." aku mengetap bibir. Jawapan yang sama lagi!

Bukan ini yang aku mahu, bukan ini yang aku nak sebagai jawapan!

"Kau tak... tak takut ke maruah kau tercalar bila berkahwin dengan perempuan liar seperti aku? Yang tak ada maruah lagikan pula tak beradab. Tak malu ke ha?" Furqan hanya tersenyum manis. Songkok yang berada di kepalanya di betul kan kembali sebelum wajah aku ditatap.

"Saya tak kisah, Aleshya Rose." aku memukul sedikit meja kayu itu. Walaupun sakit tapi tak sesakit hati aku ini. Mukanya yang biasa biasa sahaja tadi mula berubah cuak.

"Awak okey, Aleshya?" soalnya prihatin.

"Tak, aku tak okay selagi kau tak batalkan perkahwinan ni. Aku tahu kau terpaksa dan tersepit antara mama aku dengan life kau. Kenapa kau tak tolak je lamaran tu? Kenapa?!" aku menaikkan sedikit nada. Biar dia tahu yang aku sedang sakit hati sekarang ni huh!

"Saya tak kisah."

"Saya tak kisah, saya tak kisah, saya tak kisah, Aleshya Rose dan saya tak kisah. Apa kau ni tak ada ayat lain ke untuk balas kepada persoalan aku? Kau ni, haish..Entahlah aku nak cakap macam mana." aku menjeling tajam Furqan. Sikapnya yang bersahaja buatkan aku terasa hendak meletus sahaja amarah. Terasa meluap luap hendak memarahi dirinya.

"Look, saya sendiri yang terima lamaran Puan Diyana untuk kahwin kan saya dengan awak, Aleshya. Saya tak kisah langsung tentang masa silam awak dan saya tak kisah langsung pasal semua benda ini. Yang saya tahu saya terima sebab saya mahu memperisterikan awak, Aleshya. Saya sumpah, bila awak jadi isteri saya nanti..saya janji untuk tak akan kongkong awak. Saya akan jaga awak san saya akan bimbing awak masuk syurga." Mendengar itu, hati aku pantas berdebar. Atma aku mula terusik dengan kata katanya. Cepat cepat aku buang jauh.

Hah, mungkin dia sengaja nak goda aku dengan ayat dia. Ingat aku tergoda ke? Ni Aleshya la. Baru sahaja aku ingin membalas, mama sudah datang dengan pinggan yang penuh dengan kuih muih serta cheesecake kegemaran ku.

"Kamu berdua sudah habis bincang?" akibat malas hendak menyoalkan tentang ini, pantas aku mengangkat kaki untuk naik ke bilik. Panggilan daripada mama aku hiraukan.

—————

"Bodoh betul, nama je ustaz tapi tak boleh bezakan mana yang bagus, baik dibuat isteri mana yang tidak." aku tergelak seorang di beranda. Mana mungkin orang dengar sebab rata rata di kejiranan orang kaya ini sudah tidur.

"Aleshya." pantas aku kalihkan wajah ke kanan. Terkejut bukan main apabila melihat Furqan Haqiem yang masih tidak tidur.

"Kenapa tak tidur lagi? Dah malam ni. Tak baik untuk kesihatan awak. Lagipun, sekarang ni malam..sejuk takut nanti awak demam." katanya prihatin. Sedikit sebanyak aku terusik dengan kata katanya. Seolah olah ada sesuatu yang menjentik tangkai hati untuk..Ergh, entah lah. Aku sendiri tidak pasti.

"Suka hati aku lah nak tidur ke apa ke nak demam ke apa ke, ada aku cari pasal dengan kau? Tak ada kan? Okey chaw!" pintu sliding door itu aku tutup dengan kuat. Kalau pecah, aku tidak kisah. Itu bukan masalah aku.

Tanpa aku sedar, Furqan masih lagi berdiri di luar. Masih lagi memandang tempat aku berdiri tadi. Bibirnya terukir satu senyuman manis.

*****

Aleshya RoseWhere stories live. Discover now