Bab 2

277 17 4
                                    

Aleshya Rose
Bab 2

—————

"if you don't have a prince doesn't mean that you're not a princess."

Aleshya Rose memandang tajam lelaki di hadapannya. Ini kah bakal suami nya? Sudah lah kekampungan, berpakaian ala ala ustaz. Sungguh tidak menepati cita rasanya. Entah entah nanti bila sudah berumah tangga, dirinya disuruh buat itu ini.

Solat dan sebagainya. Ah.. sungguh menyusahkan hidup betul lah.

"Sya, ini lah bakal suami kamu. Nama dia Furqan. Kamu kenal kenal lah dengan dia dulu ya? Mama nak masuk dalam buat kan air dengan kuih muih lain." sejurus selepas habis bercakap, Puan Diyana mula masuk ke dalam rumah meninggal kan anaknya dengan bakal menantu pilihannya.

"Kau pandang apa? Dah puas tenung aku?" Aleshya tersenyum sinis. Apa lah nasib dia bersuamikan ustaz nanti. Nanti mesti nak keluar malam malam susah. Mama memang cari bala!

"ha? Ya..Nama saya Muhammad Furqan Haqiem, boleh panggil Furqan." Furqan tersenyum manis ke arah bakal isterinya itu. Dengan berpakaian baju kurung moden berwarna coklat pekat, sungguh menepati cita rasanya.

Cantik.

Cantik sangat.

"Kau dah tahu nama aku kan? Jadi tak perlu lah aku bersusah payah buka mulut dan menghabiskan air liur untuk kenalkan diri." Aleshya menyilangkan kakinya. Walaupun agak susah dek baju kurungnya, dia buat juga sampai berjaya.

Ini semua mama punya pasal, memaksa pakai baju labuh macam ni, ergh..Serabut! Semua nak dipaksa!

Furqan tersenyum dalam diam, ya..Sudah pastinya dia tahu nama gadis itu.

Aleshya Rose, namanya secantik tuannya. Perempuan yang dia agungkan sejak kecil lagi.  Walaupun dia tahu yang Aleshya mungkin tidak berminat untuk berkahwin dengannya, dia tahu yang pasti suatu hari nanti Aleshya akan menerima dirinya sebagai suami yang sah.

"Hmm, so? Nak buat apa sekarang ni?"Aleshya mengibaskan rambutnya yang berwarna keperang- perangan itu. Cuaca di luar ini sungguh panas, ditambah lagi dengan matahari yang berada tegak di atas kepala menambahkan lagi rasa bahang panasnya.

"Kita bincang baju nikah? Awak nak baju warna apa?" Aleshya hanya menggulingkan matanya sebagai balasan kepada pertanyaan lelaki di hadapannya.

Rasa menyampah itu semakin mendalam apabila lelaki didepannya ini tidak langsung berfikir dua kali ketika Puan Diyana melamar dirinya untuk perempuan seperti dia. Apakah dia tidak tahu bahawa bagai mana perangai Aleshya ketika di rumah? Sungguh gila jika dia tidak tahu.

"Kenapa kau terima lamaran mama?" soal Aleshya sambil mata nya tajam memandang tepat Furqan yang sedari tadi asyik memandang mukanya. Aleshya mula bangun dari duduk menyandar di atas kerusi malas itu. Terasa sakit belakang tubuhnya.

Tiba tiba sahaja wajah Furqan bertukar menjadi pucat. Wajahnya ditunduk ke bawah dan menyebut satu perkataan yang Aleshya sendiri tidak tahu apa kah ia.

"Allah." perkataan itu sekali lagi disebut. Makin berkerut wajah Aleshya apabila Furqan makin menyebut perkataan itu tanpa henti.

"Kenapa kau sebut perkataan tu dan.. kenapa muka kau pucat pulak? Aku nampak macam hantu eh?" tanya Aleshya hairan. Furqan yang tertunduk tadi mula mengangkat wajahnya dan memandang tepat mata Aleshya. Namun, belum sampai beberapa saat, wajahnya ditundukkan kembali.

Kali ini, Aleshya sudah tidak tahan. Orang tanya boleh pulak dia tunduk ke bawah dan sebut perkataan entah apa apa tah.

"Boleh tak awak tolong tutupkan butang atas dekat baju kurung awak tu. Aurat." Aleshya tersentak. Pantas sahaja mukanya dikalihkan ke bawah, untuk melihat butangnya dan ternyata ya, butang baju kurungnya tidak tertutup.

Perlahan, senyuman sinis mula terbit di bibir mungil gadis itu.

"Kenapa? Kau tergoda?" tanya nya sinis.

"Ya Allah, Aleshya.." Aleshya menjeling Furqan tajam.

Alah, setakat satu butang teratas baju kurung tak tutup tak kan lah itu aurat bukan?

Menyampah!

Banyak songeh!

"Dah, aku dah tutup. Serabut betul dengan kau ni, setakat satu butang je kot. Kecoh habis!" mendengar itu, pantas Furqan menaikkan mukanya. Wajah cantik Aleshya menjadi tatapan.

"Kau tak cakap lagi kena kau terima lamaran mama aku. Kenapa kau tak fikir dua kali eh?" Furqan menaikkan satu keningnya. Serta merta satu senyuman terukir.

"Saya tak perlu fikir dua kali untuk benda ni, Aleshya." balas Furqan dengan bersahaja. Songkok di atas kepalanya dibetulkan.

"Tch, tak perlu fikir dua kali? Eh kau tahu tak..disebabkan kau terima lamaran mama aku, hidup aku tak tenang kau tahu tak? Tak tenang! Aku tak boleh keluar malam malam macam dulu, tak boleh enjoy! Aku lemas lah hidup kena kongkong macam ni." perasaan amarahnya makin meningkat, mahu sahaja disembur lelaki dihadapannya tetapi memandangkan mamanya ada dirumah jadi dia membatalkan niat itu.

"Ya Allah." Furqan menarik nafas dan dihembus perlahan. Dia tidak tahu pula disebabkan dia Aleshya Rose hilang waktu enjoy nya.

"Kau sebut lagi perkataan tu siap kau."

"Kenapa pula saya tidak boleh sebut nama tuhan saya? Allah, tu tuhan kita Aleshya." Aleshya menggulingkan matanya. Dia tidak kisah la siapa atau apa yang penting hatinya tidak tenteram.

"Dan ya pasal lamaran tu, saya terima sebab saya rasa yang saya mampu jaga awak, Aleshya.. dan saya rasa yang saya mampu bimbing awak ke syurga." Aleshya tersenyum, atau lebih tepat senyum sinis.

"Kau sanggup terima aku?"

"Ya, saya sanggup." Furqan Haqiem mengangguk sambil memandang tepat mata menawan gadis itu.

"Walaupun aku ni bekas orang?"

**

Aleshya RoseWhere stories live. Discover now