Bab 11

157 17 1
                                    

Aleshya Rose
Bab 12

————

"if you don't have a prince, doesn't mean that you're not a princess."

Aleshya Rose

Aku hanya mendiamkan diri dan berjalan berseorangan di belakang. Membiarkan 'pasangan' di hadapan bertukar tukar cerita, hmm mungkin melepaskan rindu? Tidak aku sangkakan yang Hannan sudah kenal Furqan malah lebih lama dari tempoh aku mengenalinya.

"Furqan." mereka hanya setia berbicara tanpa menoleh sedikitpun kepada aku. Terasa sedikit apabila disisihkan begini.

Lagi lagi dengan suami sendiri pula tu. Tch.

"Abang, masa Anna dekat sana kan.. tak sangka jumpa orang ala ala arab." kata Hannan kepada Furqan. Dengar nada gembiranya buatkan aku terasa meluat. Ditambah lagi dengan senyum manisnya yang menggeletis itu..

Ergh.

Sudah lah bercerita tentang perkara bodoh, sudah sah sah pergi Mesir.. memang la jumpa orang ala ala arab. Sudah la memanggil Furqan abang. Tak sedar diri yang Furqan tu sudah bergelar suami kepada aku ke apa?

"Abang ni.. sampai hati tau abang tak bagitahu Anna yang abang kahwin dengan kak Sya." Aku menggulingkan mata. Gedik tahap gaban! Cakap sahaja ingin menjadi ustazah. Tak guna belajar tinggi tinggi sampai ke Mesir kalau perangai tak serupa ustazah.

"Abang pun mana tahu yang Anna ni adik kembar isteri abang. Patut lah muka nak dekat iras iras. Nasib tak tersalah orang." Furqan ketawa perlahan. Selepas itu, dia memandang aku dengan senyuman manisnya. Pandangan berharap yang diberikan aku jeling laju sambil memeluk tubuh.

"Antara Anna dengan kak Sya kan.. mana lagi cantik dekat mana abang?" soalan cepumas yang keluar di bibir Hannan buatkan Furqan terpaku sebentar. Jika memilih isterinya, mungkin teman baiknya ketika menuntut di Mesir akan tidak puas hati. Jika memilih Hannan pula, berkemungkinan hubungan nya dengan isterinya tidak akan membaik.

"Soalan apa yang Anna tanya ni.. mesti lah abang pilih isteri abang." jawab Furqan sambil tangannya memeluk perlahan pinggang ku. Wajah Hannan yang sudah tergamam itu aku pandang dengan sinis. Kau main main dengan orang yang salah Hannan.

"Dulu abang kan selalu pilih Anna.." nadanya mula bertukar sedih. Furqan menghela nafas halus. Pegangannya pada pinggang aku dikemaskan.

"Itu kan dulu, sekarang abang dah kahwin. Jadi abang kena utamakan isteri abang." Jawapan Furqan buatkan aku terpaku. Dia utamakan aku?

"Kau tak payah nak buat drama sendu tak berbayar kau dekat sini." Akhirnya aku mula masuk campur hal mereka. Makin dibiarkan makin jauh nanti apa yang dijadikan tajuk perbualan.

"Hmm, sibuk je." Ucapan Hannan buatkan aku tersengih sinis. Ini lah perangainya kalau berada di depan aku. Serupa setan! Jikalau berada di hadapan mama, papa, Qurais serta orang orang lain semuanya dia baik sampaikan semut pun pijak tak mati mati.

"Jangan banyak songeh boleh tak? Dah kira baik aku yang tolong ambilkan kau.. kalau tidak, alamatnya kau balik jalan kaki sendiri. Kalau ada duit balik guna grab tu." Balasku spontan. Wajah nya yang mula menunjukkan ketidakpuasan hati buatkan merengus puas kerana dapat menitik noktahkan dia.

Ingat dia boleh main main? Silap orang, Hannan.

Namun, senyuman aku mati tiba tiba apabila terasa tanganku digenggam Furqan lembut sambil mengurut sedikit. Mungkin mahu mengingatkan aku bahawa sekarang kami berada di tempat awam jadi tak elok bergaduh.

"Jom lah balik, nanti nak sambut kepulangan Anna lagi.." kata Furqan perlahan sambil melepaskan genggaman tangannya. Beg beg Hannan mula diangkut sebelum meninggalkan aku dengan Hannan sendiri.

"tak sangka aku yang sejalang jalang perangai kau.. jalang lagi bila kau ni jadi perampas." Hannan mula berlalu meninggalkan aku disitu.

Dari kata katanya aku sudah tahu yang dia sudah menaruh hati pada Furqan.

"May the best woman win, Hannan Rose." Kali ini aku bertekad untuk mendapatkan hati Furqan demi maruah aku. Tempoh yang berbaki lagi dua bulan setengah menjadi tiket untuk bekerja keras.

Kau salah lawan orang, Hannan.

***

Akibat rengekan Hannan, kami tiba di shopping kompleks yang berada di berdekatan. Katanya ingin membeli sesuatu untuk seseorang dan pastinya seseorang itu Furqan. Lihat saja lah, dari masa kami tiba sedari tadi.. tidak habis dia memperagamkan pelbagai benda pada Furqan. Tidak cukup dengan baju.. ada juga dia suruh cuba jam tangan. Yang pelik, semuanya ingin sama sampaikan case dan wallpaper telefon pun ingin ditukar untuk buat gambar mereka berdua. Yang buatkan aku tergelak apabila Furqan drastik menolak kerana ingin menjaga hati aku sebagai isterinya.

Kalau dilihat balik, kerdilnya aku. Terasa dipinggirkan dengan Furqan walhal aku ini isteri dia dan bukannya Hannan. Dilayan sahaja kemahuan Hannan.

"Abang... abang nak makan apa ni?" Soal Hannan. Sekarang, kami berada di medan selera. Perempuan munafik ini kata lapar, tapi tidak nya membeli makanan.. hanya menatap wajah suami aku sahaja.

"Abang makan apa apa je. Aleshya nak apa?" Soalan Furqan aku hanya diamkan sahaja. Terasa berat mulut hendak menjawab.

"Ermmm, abang mesti nak nasi goreng pattaya kan? Itu kan favourite abang masa kat Mesir." Hannan mula tersengih seperti kerang busuk dan itu membuatkan aku memandangnya jengkel. Makcik yang menjaga cashier sudah pandang pandang ke arah kami.. atau lebih tepat ke arah Furqan dan Hannan.

Jahilnya aku sebagai isteri.. makanan kegemaran suami pun tidak tahu.

"Hmm.. itu dulu, sekarang abang suka makan masakan isteri abang." Aku memandang Furqan dengan pandangan pelik. Sudah tiga minggu berlalu dan aku tidak pernah memasakkan apa apa kepadanya.

Dia ni sengaja ke?

Atau dia nak perli aku?

"Ehem, maaf ya nak mencelah.. makcik nak tanya pasangan sejoli ni nak order apa? Dari tadi asyik bahaskan.. aish sweet lah suami kamu dik.. Siap buat pickupline pada kamu." Mendengar itu, Hannan pantas tersenyum sambil memandang aku sinis.

Tidak mahu sakit hati, aku mula berura ura ingin pergi dari situ. Sudah la dipalau, pangkat isteri diambil oleh orang lain.

Urgh.

Belum sempat aku ingin menapak pergi, Furqan sudah mengapai lembut pergelangan tanganku. Tidak cukup dengan itu, ditunjuknya kepada makcik di hadapan.

"Maaf makcik, makcik dah silap ni.. sebenarnya ini isteri saya.. bukan dia." Jawapan Furqan buatkan mulut aku tiba tiba gatal untuk ukir senyum manis semanis manisnya!

One for me and zero for Hannan.

Dapat ku lihat kemuraman di wajah Hannan. Makcik di depan itu pula sudah tercenggang. Mukanya sudah merah. Malu mungkin.

Aku senyum sinis.

"Maafla ya nak.." Furqan hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Erm, tak apalah.. Anna rasa Anna tak lapar lah pulak." Aku mendengus geram. Dia ni sengaja menyusahkan aku ke apa?! Pandangan tak bersalah itu dia beri kepada Furqan.

"Hmm.. kita balik lah ya?" aku mula menapak laju meninggalkan mereka. Malas juga mahu melayan drama seposen yang tidak tahu bila hendak habis ini.

Biar lah hero dengan 'heroin' sendiri yang tamatkannya.

Sesungguhnya aku memang malas!

****

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aleshya RoseWhere stories live. Discover now