Bab 6

252 11 3
                                    

Aleshya Rose
Bab 6

————

"if you don't have a prince, doesn't mean that you're not a princess."

Aleshya Rose

Sedar tak sedar lagi dua hari perkahwinan aku dengan ustaz tu. urgh, ini semua sebab Qurais. Kalau tak disebabkan dia mengadu pada papa yang aku keluar malam tak ada lah papa batalkan pertunangan dan percepatkan tarikh nikah.

Nonsense!

"Sya..kan mama suruh ambil kain meja dekat belakang tu. Kenapa duduk tercegat je dekat sini ni?" Aku hanya menggulingkan bebola mata berulang kali.

"Malas." Jawabku sepatah.

"Haish, pergi ambil sekarang. Kamu ni, ni majlis kamu tau..kenapa tak nak sumbang tangan ni? Kalau tak suka pun, atleast tolong lah sikit sikit yang mana yang mampu tu. Jangan tunjuk perangai kamu sangat, Aleshya." Aku menarik nafas panjang. Wajah mama yang kepenatan itu aku pandang tajam.

"Mama, ini semua bukan kehendak dari Sya tau. Mama yang aturkan sesuka hati mama lepas tu paksa paksa Sya. Sya terima sebab dah tak ada cara lain, itu je. And yeah, pasal majlis ni..siapa suruh awalkan? Patutnya ada lagi sebulan kalau tak percepatkan. Sekarang tengoklah, tak cukup tangan nak buat kerja. Look, ma.. Sya penat dengan semua ni." Terangku dengan geram. Penat, penat dengan cara kehidupan sekarang ni. Hidup dikongkong, tiada kebahagiaan.

Betul lah kata orang, duit tak mampu beli kebahagiaan. Papa kerja.. balik malam, mama busy dengan butik and that fucking stupid brother, Qurais.. kerja dan balik cari pasal dengan aku.

Urgh.

"No excuse.. Pergi ambil kain tu sekarang juga." Arah mama tegas lalu pergi dari situ. Aku hanya duduk diam tanpa bergerak sedikit pun. Sudah namanya malas, memang mesti lah malas.

Mataku terus dikalihkan pada Furqan yang sedang membantu membuat persiapan di dewan besar ini. Mulutnya tidak lekang dari menyedekahkan senyuman kepada orang yang berada di sekelilingnya.

Sayang.. lelaki sebaik dia dapat perempuan yang jahat macam aku. Kalau dibandingkan aku dengan Hannan, mati hidup balik pun orang akan memilih dia sedangkan aku? Masih terkapai kapai di lembah dosa.

"Aleshya.." Suara perlahan itu berjaya membuatkan aku tersedar dari mengelamun.

"Aleshya Rose." Aku memandang lelaki itu dengan pandangan pelik. Bukan tadi dia ada dekat penjuru dewan ke..? Bagaimana?

"Hmm, kau nak apa?" Tanyaku malas. Kalau dia datang ke sini mesti ada apa apa yang mahu dibincangkan.

Kahwin.

"Mama suru—"

"What? Mama? Cuba kau cakap sekali lagi."

"Ya, mama.."

"Siapa?"

"Puan Diyana..? Err, mak awak.." Furqan menggaru kening. Tak kan la Aleshya tidak kenal ibu kandungnya sendiri? Apa aku salah cakap ke?

Aku mendengus geram. Sudah la membuatkan aku marah padanya disebabkan hal kahwin ni, boleh pula dia tambahkan lagi dengan memanggil mama as  'mama' nya.

"Siapa kau nak panggil mama aku sebagai mama kau? Cermin diri sendiri dulu." Aku tersenyum sinis apabila melihat wajah Furqan sudah berubah. Apa dia ingat aku redha sahaja dengan perkahwinan ni?

Hell no!

"Apa yang salah? Saya suami awak juga nanti." Balasnya tenang sambil memandang ku dengan pandangan redup

"Suami atas kertas. Please take note, Muhammad Furqan Haqiem." Aku tersenyum bahagia. Rancanganku bermula sekarang. Rancangan untuk berbincang bincang dengan Furqan supaya melepaskan aku selepas tiga bulan berkahwin.

"Suami atas kertas? Apa yang awak cakapkan ini, Aleshya." Sungguh Furqan tidak mengerti, suami atas kertas? Bukan suami..sampai akhirat?

"Yup! Suami atas kertas, kau suka kan? Apa kata kalau..lepas kita berkahwin, lepas tiga bulan kau jatuhkan talak pada aku. I mean kau ceraikan aku. Faham? Faham faham je lah apa yang aku kata." Wajah terkejut Furqan aku hiraukan. Sudah ku pasti ini reaksi nya. Apa yang aku perlu tunggu adalah selama tiga bulan tu and then i'm free!

Title 'janda' bukan masalah bagi aku lagipun aku masih bergetah. Itu yang aku suka, harap harap la.

"Tak, saya tak suka. Kenapa awak tiba tiba cakap pasal cerai ni? Kita tak nikah lagi kan? dan ya, pasal cerai tu..saya tak kan ceraikan awak selepas tiga bulan. Benda ni tak betul, Aleshya Rose." Susahnya mamat ni. Apa yang susah sangat? Dia pun tiada rasa cinta lagipula aku yang terpaksa ini.. lagila tiada secebis perasaan langsung kepada dia. Nonsense!

"Apa salah saya, Aleshya? Kenapa awak benci sangat pada saya?" Furqan menunjukkan wajah berharap. Benci sangatkan gadis ini kepadanya? Kalau ya, apa salah yang dia buat? Adakah ia besar? Berat?

Aku tersenyum herot, atau lebih kepada tepat, sinis. Ya, soalan ini lah yang aku mahu.

"Kau nak tahu apa salah kau? Akhirnya Furqan, kau akan tahu juga jawapan kenapa soalan ni. yes, salah kau ya? Sejak kau muncul dalam hidup aku, kau haru birukan life aku so kau diisytiharkan sebagai penyemak secara tidak langsung dalam hidup aku. Aku tak kenal kau dan aku memang tak nak langsung kenal kau." Aku berhenti seketika untuk mengambil nafas dan menenangkan diri. kalau ikutkan diri aku, boleh je aku jerit dekat sini.

"Kalau tak disebabkan perangai bodoh kau, hidup aku mesti aman, bahagia je sekarang ni.. tapi tengok lah, tengok semua ni. Tengok sendiri dengan mata kau apa yang jadi. Tiada siapa yang salah melainkan kau. Kau yang buat aku benci pada kau jadi kau kena tanggung sendiri, stupid." Aku pantas menjauhkan diri daripadanya.

Bahunya aku langgar kuat sebelum menjelingnya tajam. Kaki diangkat lalu berjalan pergi ke arah belakang untuk mengambil kain alas meja untuk makan makan pada hari persandingan yang berlangsung sehari selepas majlis nikah.

Perasaan dia? Apa aku mahu kisah. Dia mahu menangis ke apa ke, aku tak akan pernah kisah. Bila kahwin, hal dia.. dia yang cara. Hal aku.. aku yang cara.

Furqan Haqiem yang berdiri statik di situ tanpa bergerak mengukirkan senyuman nipis. Tipu lah kata yang dia sedikitpun tidak terasa. Sesungguhnya dia amat terasa dengan ayat yang keluar daripada mulut bakal isterinya. Selama ini, dipanggil bodoh pun dia tidak kisah.

Sebab nya satu sahaja,

Sayang.. ya sayang. Kuatnya perasaan yang Allah hadirkan. Sekelip mata sahaja dirinya terjatuh sayang pada wanita yang baru sahaja dia kenali dua bulan lepas.

Ya Allah, kalau betul bakal isteri ku, Aleshya Rose ialah penyambung tulang rusuk kiriku, maka Engkau permudahkan lah jalan kami menuju ke alam kebahagiaan. Jika bukan, jauhkan lah perasaan ini dari terus berkembang. Jauhkan lah perkahwinan ini dari diteruskan.

"Furqan?" Lelaki itu tersentak sedikit. Pantas dia memalingkan muka pada Dato' Quraish.

"Ya? Papa nak suruh Furqan buat apa apa ke?"  Dato' Quraish memandang lama bakal menantunya sebelum menghadiahkan satu anggukan.

"Apa?"

"Kalau papa minta benda ni dari kamu boleh?" Perasaan was was yang dihadirkan oleh syaitan pantas Furqan tepis. Sebuah anggukan diberi tanpa berfikir panjang.

"Papa nak.."

****

Aleshya RoseWhere stories live. Discover now