BAB 1

376 14 1
                                    


- FIRAS -

Aku menongkat dagu membuang pandangan ke luar tingkap,merenung langit. Cahaya matahari yang memancar tepat ke muka tak dihiraukan. Seekor burung gagak hinggap di atas sebatang pokok, tidak lama kemudian haiwan tu terbang bebas ke udara.

"Bestnya kan jadi burung?" Aku menoleh ke sebelah. Akid turut juga melemparkan pandangan ke luar tingkap, seperti aku. Matanya yang agak kuyu kerana baru lepas bangun tidur. Backpack miliknya dipeluk seperti bantal.

"Boleh terbang bebas. Pergi luar negara pun tak payah guna passport. Hidup pun cari makan je, tak payah fikir masalah manusia. Lepas tu boleh berak di atas kepala manusia yang kita tak suka." Sambungnya lagi. Aku pandang di pelik. Mamai ke apa? Bangun-bangun je merepek nak jadi burung.

"Tapi yang tak bestnya jadi burung, burung cepat mati. Ada manusia yang dengki dengan kehidupan dia. Aku pernah nampak sorang budak lelaki ni tengah melastik burung pipit yang hinggap kat dahan pokok. Lepas tu burung tu jatuh..."

Akid pandang aku. "Kau nak tahu tak budak tu buat apa lepas tu?" Aku mengangkat kening, memberi tanda untuk dia meneruskan cerita. "Budak tu pij-"

"Okey, itu sahaja untuk hari ini,sila buat homework yang saya bagi tadi. Esok saya nak tengok. SPM lagi beberapa bulan je. Tolong buat ulangkaji." Arahan Cikgu Ros mengganggu Akid untuk menyambung cerita.

"Yes! Dah habis" Kata Akid perlahan. Cerita budak dan burung pipit tadi tergantung begitu sahaja. Takpe lah, aku pun tak nak ambil tahu.

"Bangun!" Arah ketua kelas, Fawwaz. Aku turut bangun dari kerusi. "Terima kasih,cikgu!" Laungnya lalu diikuti aku dan rakan sekelas. Cikgu Ros hanya mengangguk kepalanya lalu beredar. Jam menunjukkan pukul 1.20 petang. Aku mula mengemas barang-barang yang berselerak di atas meja lalu dimasukkan ke dalam backpack hitam Adidas milik aku.

"Kau nak pergi mana? Lepas ni ada kelas tambahan." Akid soal aku apabila melihat aku mengemas barang.

"Ponteng." Balas aku sepatah.

"Ponteng je kerja kau." Dia meletakkan kepala di atas meja kembali lalu melelapkan mata. Aku mencebik.

"Kau tu tidur satu hari time kelas." Aku pakai beg dan bersedia untuk pergi dari situ. "Jap lah, cibai! Aku nak ikut" Akid bangun dan mula mengemas barang-barangnya. Aku tahu dia memang akan ikut. Dia dan aku lebih kurang sama je.

"Korang nak pergi mana?" Bella menghalang. Dia berdiri di depan aku.

"Toilet" Jawabku. "Tak payah tipu aku, Firas. Pergi toilet pun bawa beg?" Soalnya lagi sambil merenung backpack aku. Akid berdiri di sebelah. Lengannya berehat di bahu kiri aku sambil mata merenung tajam ke anak mata gadis di depan kami ni.

"Suka hati kita orang lah nak bawa masuk beg dalam toilet. Apa masalah?" Akid menyampuk.

"Masalah lah, aku sebagai penolong ketua kelas kena pastikan korang masuk kelas. Nanti cikgu tanya aku kenapa aku tak halang korang ponteng. Aku juga yang kena."

Aku dan Akid berkerut mendengar penjelasan Bella lalu menoleh ke arah Fawwaz yang sedang berbual dengan Nik di tempat duduknya.

"Fawwaz rilek je." Akid bersuara.

"Itu Fawwaz, dia tak buat kerja pun as class monitor." Bella tetap melawan. Aku mengeluh. Malas betul nak bertekak dengan perempuan. Bukan boleh menang pun.

"Fawwaz!" Aku panggil. Fawwaz menoleh ke arah kami dan mengangkat kening.

"Kita orang nak ponteng." Straight to the point aku berkata. Senang. Dahi Fawwaz berkerut. "So? Apa kena mengena dengan aku."

KATARSISWhere stories live. Discover now