BAB 11

147 10 1
                                    

Masuk sahaja Zarin ke dalam bilik, dia terus mencampak beg sekolah ke atas katil. Tudung sekolah berwarna putih dicabut lalu mengelap peluh yang merinik di ubun dan dahi. Mana tidaknya, dia baru sahaja mengayuh basikal sejauh 2 KM dari sekolah ke rumahnya. Tambahan pula dalam cuaca panas membahang ini. Bukan tak mahu menunggang motosikal, dia cuma malas mahu mengambil lesen. Jadi dia membuat keputusan untuk mengayuh basikal sahaja.

Telefon Huawei nova 7i miliknya dicapai. Baru sahaja dia ingin menekan icon Instagram, dia teringat sesuatu. Icon note ditekan, terdapat satu sahaja nota yang ada iaitu sebaris nombor telefon. Tanpa melengah masa, Zarin menekan 'copy' nombor telefon tersebut lalu beralih ke 'contact' pula.

Create new contact

Paste

Save

Seterusnya, Zarin menekan ikon Whatsapp. Nombor yang baru sahaja disimpan, dicari. Muncul sahaja, Zarin terus menekan Display Picture milik nombor tersebut. Paparan menunjukkan seorang lelaki dalam lingkungan awal 30-an tersenyum sambil memegang sebuah kamera Nikon Z9.

"Fotografer ke?" Tebak Zarin. Dia membaca nama yang terpapar pada profile tersebut.

~Mikha Abbas~

Seterusnya, dia menekan pula ikon Facebook. Dia tidak pasti cara ini akan berjaya atau tidak. Nama 'Mikha Abbas' ditaip pada ruang carian. Muncul beberapa pemilik nama 'Mikha Abbas' tetapi malangnya, Zarin tidak jumpa orang yang dicari. Puas dia meneliti satu per satu gambar yang terpamer. Tiada satu pun yang seiras dengan dengan 'Mikha Abbas' yang dicari.

"Ke dia ni ada nama lain?" Zarin berfikir sejenak.

"Mikha...Mikhael?" Tebak dia. Sekadar mencuba nasib, dia menaip pula nama 'Mikhael Abbas' di ruang carian. Muncul beberapa profil pemilik nama 'Mikhael Abbas'. Segaris senyuman terlukis di bibir Zarin apabila melihat satu gambar profil yang sama digunakan oleh 'Mikha Abbas' pada profil.

"Bingo"

Click

Terpapar halaman profil milik lelaki 30-an itu. Jari ibunya menatal paparan skrin ke bawah sekaligus mematikan senyuman di bibir. Matanya tak lepas merenung pada hantaran yang pertama muncul di halaman profil lelaki tersebut.

__________________________________

IDENTITI MAYAT RENTUNG DIKENAL PASTI

__________________________________

Berkerut dahi Zarin membaca headline artikel tersebut. Dia tahu kes ini, kes yang berlaku beberapa minggu yang lepas. Zarin terus menatal lagi ke bawah.

__________________________________

@Azman Mat Jusoh

Semoga arwah @Mikhael Abbas di tempatkan dikalangan org2 yg beriman.

__________________________________

Zarin terkedu seketika membaca satu hantaran dari pemilik akaun Azman Mat Jusoh itu.

"Kejap, takkan lah..." Dia terus menekan artikel tadi. Anak matanya bergerak kanan ke kiri ketika membaca setiap patah perkataan dari artikel tersebut.

"...Identiti mayat rentung telah dikenal pasti sebagai Mikhael Bin Abbas, 31,...

Zarin tergamam. Tidak menyangka bahawa pemilik nombor telefon ini adalah mangsa yang terlibat dalam satu kes pembunuhan yang berlaku beberapa minggu yang lepas.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KATARSISWhere stories live. Discover now