BAB 2

285 17 0
                                    

- FIRAS -

Suasana di hospital pada pukul 1 pagi sangat sunyi dan suram. Orang normal seperti aku akan rasa seram sejuk bila berada di sini pada waktu begini, tetapi hari ini tidak. Aku sedang duduk diatas kerusi di ruang menunggu hospital. Kepala aku tunduk merenung kosong lantai hospital. Degupan jantung aku yang berdegup kencang tadi mula reda sikit. Aku merenung tangan yang menggeletar.

"Pergi toilet, basuh tangan." Kawan Along, Dhani mengarah. Aku mendongak memandang dia dengan mata yang sembab kemudian aku mengalih pula pada tapak tangan aku. Ada darah kering di situ, darah Along. Aku mengetap bibir.

"Nanti mak kau dah sampai, aku comfort dia. Don't worry." Dia sambung. Memikirkan ibu, lagi lah membuatkan aku nak menangis. Selepas eksiden itu, aku terus menelefon ambulans. Dalam perjalanan ke hospital, aku menelefon ibu pula. Melalui corong telefon ibu menangis selepas aku menjelaskan apa yang terjadi. Dalam waktu yang sama, telefon milik Along berdering. Panggilan dari Dhani ingin membincangkan hal kerja mungkin. Terus aku bagitahu dia. Tidak lama kemudian, dia sampai ke hospital.

Dhani tepuk bahu aku. Aku akur. Dengan langkah yang berat aku membawa diri ke tandas. Aku berdiri di depan sinki. Wajah di pantulan cermin aku renung. Mata aku merah dan sembab, rambut berselerak, baju aku ada kesan darah Along. Aku menghembus nafas berat. Tanpa membuang masa aku membuka pili air dan membasuh tangan dan muka. Rambut diraup ke belakang. Setiap kali aku memejam mata, memori Along dilanggar berlayar di fikiran.

Aku keluar dari tandas melangkah ke ruang menunggu. Suara ibu kedengaran dari situ, aku mempercepatkan langkah. Sampai sahaja disana aku lihat ibu menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh Dhani dan Mak  Uda. Mata aku berkaca semula.

"Ibu..." Aku panggil perlahan. Ibu menoleh, dan terus meluru memeluk aku. Aku balas pelukan dia. Erat. "Firas okey? Ada cedera tak?" Soal ibu sambil menilik wajah aku. Raut wajahnya penuh dengan kerisauan dan kesedihan. Tangan ibu aku pegang sambil menggeleng kepala. Tidak lama kemudian seorang doktor lelaki keluar dari bilik yang Along masuk tadi.

Dhani dan aku terus meluru kearahnya. "Macam mana doktor?"

" Ada keluarga pesakit di sini?" Doktor itu menyoal sambil memandang kami semua.

"Saya mak dia dan ni adiknya." Ibu kedepan lalu menggenggam tangan aku, tidak sabar ingin mendengar keadaan Along. Doktor itu mengangguk sebelum dia menghela nafas berat. Melihat reaksinya, aku tidak keruan.

"Baik lah, anak puan agak kritikal ketika sampai di hospital. Tapi dengan kuasa Tuhan, dia kembali stabil. Walau bagaimanapun kami masih perlu sentiasa pantau perkembangan pesakit. Kami pindahkan anak puan ke Unit Rawatan Rapi." Mendengar itu, kami sedikit risau. Kritikal? Aku meraup muka. Ya Allah, tolong lah abang aku. Melihat air muka doktor lelaki ini membuatkan aku tidak tenang.

"Kenapa doktor? Ada apa-apa lagi?" Aku mendesak. Dia melihat kami dengan wajah yang susah di tafsir. Doktor lelaki menarik nafas sebelum bersuara.

"Disebabkan impak daripada kemalangan, sebahagian otak anak puan telah mengalami kecederaan yang agak serius. Selain itu, kesan dari gegaran otak dan pendarahan yang sangat luas daripada kemalangan telah menyebabkan kesedaran anak puan terjejas."

Aku berkerut. " Maksud doktor...abang saya..." Aku tak mampu meneruskan kata, takut apa yang aku fikir ini salah. Doktor itu seperti dapat mengagak apa yang aku ingin katakan. "Ya, abang awak mungkin mengalami koma."

"Astaghfirullahalazim" Mengucap kami semua apabila mendengarnya. Ibu mengurut dada. "Ya, Allah...Fareeq." Rintih ibu. Aku mengusap bahunya agar dia bertenang.

"Berapa lama dia...koma." Aku menyoal. Doktor itu menggeleng kepala. " Wallahu a'lam, saya tidak berani memberi jaminan. Kita serahkan semuanya kepada Allah. Saya sebagai doktor hanya melakukan sehabis baik untuk kesihatan pesakit, Inshallah. Saya minta puan dan adik banyakkan berdoa dan bersabar." Aku mengangguk perlahan. Sedikit sebanyak membuatkan aku bertenang. Kemudian kami dibawa untuk melihat keadaan Along di ICU.

KATARSISWhere stories live. Discover now