BAB 9

171 9 3
                                    

- FIRAS -

Selesai membaca surah Yassin di sebelah katil Along, aku dan ibu meletakkan surah tersebut di atas meja. Tangan kiri Along dicapai lalu digenggam lembut oleh Ibu. Mata Ibu merenung sayu Along yang masih terlantar di atas katil. Sudah hampir seminggu Along terlantar di hospital sejak kemalangan itu. Sehingga sekarang tiada tanda untuk Along akan sedar. Seperti yang diperkatakan oleh Doktor Abdul, Along koma.

"Along,bangun la...mak rindu..." Kata ibu sayu sambil mengucup tangan Along. Melihat ibu, aku pula yang sebak. Aku merenung wajah pucat Along. Aku bersandar pada kepala kerusi dan terus memejam mata. Tak mahu melihat suasana sedih ni. Tiba-tiba pintu bilik wad terkuak. Terpacul Dhani di depan pintu bersama satu bungkusan plastik di tangan. "Assalamualaikum" Dia beri salam dengan ceria bila nampak ibu dan aku.

"Waalaikumsalam" Dhani berjalan dan meletakkan bungkusan plastik tersebut di atas meja. "Ni, saya ada beli Apam Balik untuk mak cik dan Fi."

"Susah-susah je, Dhani." Balas Ibu. Aku terus mencapai bungkusan plastik itu, membuka bungkusannya dan terus menyambar Apam Balik yang gebu itu. Mamat ni tahu-tahu je aku lapar. Aku menangkap pandangan Dhani yang menjeling melihat kelakuan aku. Rasanya dia tengah judging aku. Ibu pula menggeleng kepala melihat aku yang sedang mengunyah. Apa? Kenapa? Nak makan pun tak boleh?

"Tak susah mana pun. Lagipun saya kesian tengok mak cik dan Fi, keluar masuk hospital nak jaga Fareeq." Jawab Dhani.

"Tak perlu kesian la, Dhani. Dah ni tanggungjawab mak cik dan Fi untuk jaga dia." Ujar Ibu. Seterusnya, mereka berbual kosong dan aku pula sibuk menjamah Apam Balik. Orang tua tengah berborak, jangan menyampuk. Tak lama kemudian, telefon Ibu berbunyi minta diangkat. Telefon ibu yang terletak di atas meja dicapai dan terus menjawab panggilan.

"Waalaikumsalam, Kak Cik?" Ibu sapa. Oh, Mak Uda rupanya.

"Hah? Accident?" Jelas riak terkejut ibu. Dhani dan aku saling berpandangan sebelum kembali merenung ibu. Aku berhenti mengunyah. Terus takde selera nak makan apabila melihat muka Ibu yang kelihatan risau.

"Okay-okay, nanti Kak Izah datang" Jawab ibu kepada Mak Uda di corong telefon. Panggilan dibatalkan.

"Kenapa dengan Mak Uda?" Aku soal. Ibu mencapai beg tangannya lalu memasukkan telefon bimbit tadi. "Mak Uda accident. Tapi nasib baik tak teruk sangat katanya, cedera ringan."

"Mak Uda bawa motor ke?" Aku soal lagi. "Ha'ah, dia kan pergi kerja bawa motor. Ibu nak pergi ambil dia ni kat hospital. Dhani, boleh tak hantar Fi balik?" Ibu sudah bangun dari kerusi. "Boleh je, Mak Cik. Buat masa ni saya free." Jawab Dhani.

"Okay, thank you. Fi, Ibu mungkin balik lambat sikit. Jadi, jangan tunggu ibu, ya?" Aku mengangguk faham. Selepas itu, Ibu keluar dari bilik wad.

"Harap Mak Uda kau takde apa-apa lah." Kata Dhani sambil mengambil tempat di atas kerusi ibu tadi. Risau juga aku selepas mendengar Mak Uda accident. Tapi ibu kata yang keadaan Mak Uda tidak beberapa teruk, lega hati aku sikit.

"Firas" Dhani panggil aku sambil menghulur tangan kanan pada aku. Aku mengangkat kening. Pahal mamat ni? Nak apa? Tanpa berfikir panjang, aku letak tangan kanan aku di atas tangannya. Dia pandang aku pelik.

"Aku nak telefon Fareeq lah." Dhani tepis tangan aku. Mendengar itu, muka aku membahang. Bangang juga aku ni. Tak teringat langsung pasal telefon Along yang dia minta. Aku rasa kebodohan Akid melekat kat aku lah.

"Cakap lah awal-awal. Ni kau hulur tangan je. Mana aku faham." Marah aku, untuk mengawal rasa malu. Aku menyeluk seluar jean dan mengeluarkan telefon bimbit milik Along lalu dihulur pada Dhani. Dia menyambut sambil menggeleng kepala, pelik melihat perangai aku. Tanpa membuang masa dia terus membuka telefon Along, mencari sebarang info atau hint bagi menangkap dalang kemalangan yang dirancang tersebut.

KATARSISWhere stories live. Discover now