BAB 8

183 10 3
                                    

- AKID -

"Mayat abang kami ditemui dengan M.O yang sama dengan arwah ayah kau. Bakar dan seterusnya disorok didalam tong." Sambung Zarin. Suasana jeda seketika. Aku lihat Firas, dia menguak rambut ke belakang, seakan memikirkan sesuatu. Aku pulak rasa serba-salah. Zarin dan Zhafran ni pun, tak rasa awal ke nak bagitahu dia. Aku tahu Firas tengah marah kat aku. Oleh itu, aku tak berani masuk campur.

"So korang nak cakap pembunuh arwah bapak aku dan arwah abang korang adalah orang yang sama?" Firas memecah kesunyian. Zarin dan Zhafran saling berpandangan sebelum mengangguk perlahan.

"Tak mustahil, kan?" Ujar Zhafran. Firas diam. Kami bertiga menunggu balasannya. Tidak lama kemudian, dia mengeluh. "Okey, let say pembunuh tu orang yang sama. Korang nak buat apa?" Terkedu kami bertiga mendengar respons dia.

"Kita siasat" Balas Zhafran sepatah.

"Siasat?" Firas tersenyum sinis. "What are we? Playing a detective?" Dia sarcasm. "Kau banyak sangat tengok movie ni, bro." Firas dan ayat sarkastiknya berpisah tiada.

Aku mengetap bibir. "Habis tu kau nak biarkan bangsat tu terlepas macam tu je?" Aku bersuara. Dia jeling aku, marah lagi agaknya.

"Kau diam" Kata Firas dingin. Aku terus mengunci mulut.

"Hei" Firas panggil Zarin dengan muka serius. Zarin mengangkat muka, membalas renungan Firas.

"Aku rasa ni first time kita jumpa tapi soalan pertama yang kau tanya adalah pasal bapak aku yang kau sendiri tahu dia dah takde. Kau tak rasa ke soalan kau tu agak..." Firas tersenyum sinis. "...ridiculous?" Zarin kekal tidak beriak. Tapi aku tahu dia rasa serba-salah.

Melihat tiada tanda dari Zarin untuk bersuara, Firas bangun dari sofa. Aku cepat menahan dia. "Kau nak pergi mana?" Risau pulak aku, marah lagi ke dia ni?

"Balik"

"Kau bukan nak minta tolong-"

"Tak jadi" Dingin sahaja Firas potong aku. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, Zarin terlebih dahulu memanggilnya. Firas menoleh. Zarin bangun dari duduk, ingin berdepan dengan Firas. Dia merenung Firas untuk beberapa saat sebelum bersuara.

"Aku minta maaf" Di sebalik wajah tenang Zarin, jelas terpancar riak serba-salahnya. Aku yakin permohonan maafnya ikhlas dari hati. Melihat tiada tanda dari Firas untuk bersuara, dia menyambung.

"Aku betul-betul minta maaf sebab tanya soalan yang sensitif macam tu...tanpa memikirkan perasaan kau. I'm so sorry." Ucap Zarin bersungguh-sungguh. Aku menoleh ke arah Firas, ingin mendengar balasannya. Dia mengangkat kening.

"Ak.. aku pun nak minta maaf. Sebab ceritakan hal peribadi kau kat orang lain." Aku juga melakukan hal yang sama. Firas pandang aku dengan muka selamba sambil memeluk tubuh. Kerek betul.

Firas mengeluh. "Yelah, it's okay. No hard feelings." Ujarnya pada Zarin, dia menjeling aku sambil lengan kirinya melingkar pada tengkuk aku. "Aku maafkan kau kali ni. Lain kali kalau kau buat lagi, aku rembat kau." Kata Firas berbaur ugutan. Aku hanya tersengih.

Firas mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Telefon Samsung Galaxy J7 dihulur pada Zhafran. Aku pasti itu telefon mak dia. Tapi kenapa dia nak bagi pada budak Zhafran ni?

"Mak aku lupa password, kau tahu macam mana nak unlock?" Soal Firas. Zhafran buat muka blur. Pelik apabila diminta begitu. Dia bukan tahu benda-benda macam ni.

"Eh bangang, bukan dia lah." Kata aku. Firas pandang aku dengan dahi berkerut. "Habis tu siapa?" Tiba-tiba Zarin menyambut telefon Samsung Galaxy J7 Pro yang dihulur pada Zhafran tadi. "Aku" Ucapnya selamba. Aku mengangguk kepala tanda setuju. Memang dia yang tahu benda-benda macam ni. Firas kelihatan bingung.

KATARSISWhere stories live. Discover now