BAB 4

229 11 2
                                    

- FIRAS -

Aku menaiki tangga bangunan blok B dengan langkah longlai. Hala tuju aku ialah ke kelas 5 Al-Farabi. Sepanjang aku bersekolah, tak pernah lagi aku jalan dengan bersemangat ke kelas. Siapa je suka pergi sekolah? Beritahu aku? Dah lah kena bangun awal pagi dengan mengantuknya lagi. Tapi mengantuk tu salah aku, pagi tadi aku tidur pukul 3, lepas balik dari lepak dengan Red dan Akid. Nak buat macam mana, aku ni night person. Seorang yang aktif di waktu malam. Kan bagus kena pergi sekolah waktu malam. Fokus lah juga aku belajar. Tapi tak semua macam aku. Ada yang manusia yang 'wajib' tidur tepat pukul 10 malam, orang itu adalah Nik.

Aku tak tahu macam mana dia boleh tidur on time. Itu sebab mata dia selalu bercahaya macam lampu kereta. Aku pernah cuba cara dia, tapi 2 jam aku termenung pandang siling. Banyak kali aku bergolek-golek atas katil tapi tetap tak boleh tidur. Akhirnya aku bangun dan study. Yes, aku study. Jangan ingat aku lahir je terus pandai. Aku ada usaha juga. Berbalik cerita tidur tadi, mula-mula aku ingat mungkin aku mengalami insomnia. Tapi bila difikirkan balik, selepas balik dari sekolah aku terus tidur sampai azan Asar. Selepas solat Asar, aku sambung tidur sampai azan Maghrib pula. Aku tahu tak elok tidur selepas azan Asar jadi jangan ikut tabiat aku. Oleh itu, 'waktu rehat' aku adalah pada waktu siang. Kadang-kadang aku tertidur di dalam kelas ketika cikgu mengajar dan aku pastikan cikgu takkan perasan. Aku tak nak lah buat cikgu kecil hati bila tengok anak murid dia tidur ketika dia bersungguh mengajar. Tak berkat ilmu, tak pasal-pasal aku fail SPM.

Langkahku terhenti seketika apabila terselisih dengan seorang gadis berambut panjang yang diikat ekor kuda, di tengah koridor. Aku ke kiri ingin berjalan melepasi gadis itu, pada masa yang sama gadis itu turut ke kiri. Dia ke kanan, aku juga ke kanan. Dia yang dari tadi menunduk kepala, mendongak pandang aku. Pandangan kami bersabung. Awkward. Aku sebagai lelaki gentleman memberi ruang kepadanya untuk meneruskan langkah.

"Thanks" Ucap si gadis ketika melepasi aku. Aku abaikan dan sambung berjalan. Mata aku menangkap sosok tubuh seorang lelaki berbangsa india di tepi koridor. Dia tersenyum manis tenung aku. Sudah, sejak bila dia berdiri kat situ?

"And that's how I met your mother, son." Sam jalan beriringan dengan aku. Aku mencebik. Dah agak dia akan kata macam tu. Malas nak layan.

"Are you gay?" Soalan Sam membuatkan aku pandang dia dengan muka tak percaya.

"What the heck?"

"No lah, sepanjang I kawan dengan you, I tak pernah nampak you shy-shy cat dengan mana-mana girl. Bukannya takde girl yang nak kat you,bro. Banyak, beratur! Tapi you ignore je, macam tadi. Sometimes, I confuse dengan you punya sexual orientation." Balas Sam selamba.

Kesitu pulak mamat ni. Disebabkan aku tak tunjuk sebarang tarikan pada perempuan dia cop aku sebagai gay. Aku ada je perempuan yang aku suka, tapi macam tu je lah. Usha dari jauh, tapi takde lah sampai nak meluahkan perasaan. Aku tak rasa nak memiliki dan dimiliki buat masa ni. Cewahh...

"Listen,Samuel. Aku nak kau ingat sampai kau mati. Nama aku, Firas Amsyar Bin Rasyid. Gender, male. Sexual orientation, heteroseksual. Aku tertarik pada perempuan dan bukannya lelaki. Faham?"

Sam mengangguk kepala. "Understood"

Sampai sahaja di kelas 5 Al-Farabi, kami terus masuk ke dalam. Suasana hingar bingar dengan suara para penghuni kelas ini. Ada yang duduk dalam bulatan, ada yang merayau-rayau dan mengusik orang lain. Dari jauh aku nampak sekumpulan lelaki sedang rancak berbual di tempat duduk Akid. Helai tawa mereka boleh dengar sampai ke luar. Melihat air muka Akid yang masam mencuka, aku dapat agak apa yang mereka bualkan. Aku tersengih. Mesti borak pasal hal pagi tadi.

"Hero-hero dah sampai!" Jerit Lee apabila nampak aku dan Sam sedang berjalan ke arah mereka. Semua yang berada di kelas pandang kami. Eii...kepala mangkuk ni.

KATARSISWhere stories live. Discover now