BAB 6

186 13 0
                                    

Firas dan Farizah berjalan beriringan untuk ke pintu pagar sekolah. Farizah yang hanya diam selepas keluar dari Bilik Disiplin tadi, membuatkan Firas agak gelisah. Ibu marah ke? Sedih? Kecewa? Banyak persoalan yang bermain di minda Firas. Dia mengusap tengkuk. Tak tenang pula dirinya. Dia berfikir sejenak. Kalau lah dia tidak provoke Najwan ketika itu, tiada lah dirinya dibelasah. Kalau lah dia tidak memanggil Najwan 'bodoh', tidak lah Najwan mengamuk. Kalau lah dia biarkan sahaja Najwan dan terus ke kantin membeli nasi bajet, mesti sekarang ini dirinya sudah kenyang. Iya, seorang Firas Amsyar sangat lapar. Tapi apa yang paling penting sekarang ini adalah ibunya. Firas pasti ibunya sedang menahan marah. Iyalah, mak siapa yang tidak marah apabila anaknya terlibat dalam kes pergaduhan. Firas mengeluh. Dia rasa semua ini salah dirinya.

"Ibu..." Firas memanggil sekaligus memberhentikan langkah mereka. Farizah menoleh. Wajah ibunya yang tidak beriak menyukarkan Firas untuk mentafsir perasaan ibunya. Tekaknya terasa kelat untuk bersuara.

"Fi minta maaf, ibu." Ucapnya sambil merenung lantai, tidak berani mahu bertentang mata dengan ibunya. Tidak mahu juga melihat wajah kekecewaan yang terpamer.

"Tadi Cikgu Rohana ada bagitahu ibu yang Fi cuba nak mempertahankan Kid, kan?" Laju Firas mengangguk kepala.

"Apa yang Fi buat tu betul dan ibu tak marah pun. Tapi,ibu sedih tengok keadaan Fi." Ujar Farizah sambil menilik wajah anaknya yang lebam. Terserlah riak kerisauan yang terpamer. "Kesian anak ibu." Farizah mengusap lembut pipi kiri Firas.

Segaris senyuman terlukis di bibirnya selepas mendengar kata-kata itu. Dia mencapai tangan ibunya yang sedang mengusap lembut pipi kirinya lalu digenggam perlahan. Ibu jarinya mengusap tangan Farizah.

"Ibu jangan risau lah. Dia tumbuk tak kuat mana pun. Setakat lebam ni, apalah sangat. Esok hari elok dah. Ibu jangan risau, okey?" Dia cuba menyakinkan Farizah. Tidak lama kemudian Farizah mengangguk sambil tersenyum tawar.

"Okey lah, ibu balik dulu. Fi ada kelas tambahan kan?" Firas mengangguk. Kalau diikutkan bisikan syaitan di sebelah kirinya, mahu sahaja dia ponteng. Tak mahu memasuki kelas dengan wajahnya yang lebam.Tapi dia teringat pula pesanan Cikgu Rohana sebentar tadi, membatalkan niatnya.

Selepas menemani ibunya sehingga ke pagar sekolah, Firas terus menuju ke kelasnya untuk menghadiri kelas tambahan bagi subjek Matematik Tambahan.

"Petang-petang belajar Addmath." Gumam dia perlahan. Dalam perjalanan, dia menangkap kelibat Akid sedang berdiri di bawah gajah menyusur sambil membaca info di papan kenyataan. Akid menoleh apabila menyedari kehadirannya.

"Kau baca apa?" Firas soal sambil turut membaca info yang dibaca oleh Akid.

"Aku tunggu kau lah,gila. Lambat sangat." Ujar Akid. Firas mencebik. Dia tidak menyuruh Akid menunggu pun. Mereka berjalan beriringan ke kelas.

"So apa jadi kat Wan?" Akid tanya.

"Kena gantung lah"

"Kau?" Firas tidak menjawab sebaliknya dia hanya tersenyum senget. Melihat reaksi rakannya itu, Akid ketawa mengekek. Lengan kanannya melingkar pada bahu Firas.

"Kau memang gila. Plan kau mana pernah tak jadi. Macam mana lah kau boleh tahan diri kau tu. Kalau aku, dah lama si bangang tu masuk hospital kena tibai dengan aku." Ujar Akid. Disebabkan Firas langsung tidak mencederakan Najwan, dia terkecuali dalam hukuman 'gantung sekolah' selama 3 minggu.

"Tapi asal tak kena buang terus? Serabut lah dia tu." Akid tetap tak puas hati.

"Okey lah tu, untuk orang yang pentingkan akademik dalam hidup dia. Kena gantung 3 minggu confirm 'koyak'." Balas Firas. Akid di sebelah mengangguk faham. Baru sahaja mereka ingin menaiki tangga, Firas memberhentikan langkah.

KATARSISWhere stories live. Discover now