>10<

384 41 8
                                    

-Yaerin pov-

Peluh didahi aku lap. Jantung aku rasa macam nak keluar je dari badan.

Bila pintu rumah kami dah dibuka, mummy terlopong dengan luas.

Kau bayangkan rumah kitaorang ni punya bersepah lain macam au.

Kusyen sofa ada yang dekat depan tangga, depan pintu, atas meja makan, belakang tv.

Kotak pizza pula bersepah dekat meja ruang tamu. Bawah meja pun ada weh.

Apa yang kita orang buat semalam ni. Mabuk ke..

"HAN YAERIN! HAN YAERAN! JEON HAERA! JEON JUNGKOOK!" jerit mummy aku. Dengan segera kita orang beratur didepan dia.

Masing masing menundukkan kepala. Takut dengan kesingaan mummy aku.

Tanpa sebarang amaran. Mummy menarik telinga kami bereempat.

"Auu auu mummy Han appoo.. Mama tolongg" rengek Haera. Dia meminta tolong mama dia. Mama Jeon hanya mengangkat bahu.

Hahaha padan muka kamu.

"Apa yang jadi dekat rumah kamu ni. Kamu minum ke. Bersepahnya ya tuhan." bebel mummy aku. Aku perasan Haera tengah berusaha nak lepaskan diri dari tarikan telinga mummy.

And dia berJAYA.. What mcm mana dia buat sia. Selama aku hidup ni tak pernah berjaya nak lepaskan diri.

"Hee mummy. Mummy tanya anak dara mummy tu. Haera tak tahu apa2 sebab Haera tidur awal semalam." kata Haera. Dia mengelat wehh. Aku tau lah semalam kau demam. Haishh.

Mummy melepaskan terlinga kami bertiga. Fuh merah teruks telinga masing masing.

"Hee mummy. Mana ada kita orang minum. Kita orang kan bawah umur. Hee kita orang gi kemas sekarang." kata aku dan menarik tangan Haera. Dia melembikkan badan dia.

Ouh kau nak mengelat. Haha jangan harap.

"Haih apa nak jadi dengan budak budak ni." kata daddy. Dia dah biasa sangat dengan perangai anak kembar nya dengan perangai anak buah kembarnya.

"HAHAHHAHAA aigoo" gelak papa Jeon pula.

"Ish kau ni sapu lah sana. Tengok aku yang demam ni pun terjebak sekali. Benda sia korang buat semalam. Haish nak demam balik ahh. Mama tengok diorang ni buli Haera." bebel Haera dan sempat dia mengadu dekat mama dia. Haish budak ni.

"Diamlah buat jerla kerja kau." kata aku. Aku menyapu kakinya akibat geram dengan perangai dia ni.

"MAMA TENGOK YAERIN NI!" jeritnya. Aku menutup telinga aku. Ya tuhan suara kau ni. Aku rasa bangtan yang dekat sebelah ni pun boleh dengar weh.

[manakala bangtan yang disebelah.]
-Hyung dengar tak suara orang menjerit tu.
-Biarkan Seok. Jangan tegur.


🍀🍀🍀🍀

"Kamu berempat malam ni pakai baju yang mama Jeon dengan mummy letak dekat bilik masing-masing. Malam ni kita kekuar nak jumpa kawan lama kita orang." kata mummy semasa kami sedang menikmati makan tengah hari.

"YES MADAM!" kata kami berempat serentak dan menyambung kembali makan.

Apa lah agaknya sampai nak kena pakai baju yang mummy suruh tu.

-Time skip malam-

"Mama kena pakai dress ke. Alaa tak boleh ke pakai seluar jeans dengan tshirt biasa." rengek Haera dari bilik dia. Kuat betul suara kau sampai dekat bilik aku pun boleh dengar.

✔ - Mr. Protect - KTH Where stories live. Discover now