>18<

331 41 0
                                    

-Haera pov-

Sedar je aku dari pengsan. Aku terkejut bila pandangan aku sekrang ni ialah muka Taehyung.

Awat dekat sangat ni. Err kejap kat mana ni.

"Sedar pun kau. Kenapa tak bangun esok je" kata Taehyung sedas. Dia memandang aku kosong. Apa kena dengan dia ni.

"Kalau bagi kau tunggu aku sedar tu satu bebanan better kau blah lah. Aku tak de masa nak gaduh dgn kau." kata aku balk. Aku menjeling dia yang seakan terpana dgn kata aku tadi.

Aku cuba untuk duduk tapi aku rasakan sakit dibahagian perut aku. Tak guna kau Jennie. Pikir perut aku apa bola ke siak.

"Noona gwenchana?" soal Jungkook risau. Dia segera membantu aku untuk duduk. Aku hanya mengangguk bila malas nak bersuara.

"Bagi tahu aku sapa yang buat kau mcm ni" kata Taehyung. Aku memandang dia dgn pandangan tak percaya. Dia risaukan aku ke.

"Jangan fikir yang aku risaukan kau eh. Membazir masa aku je. Aku just nak tahu sapa yang buat kau sampai jadi macam ni." kata Taehyung lagi. Aku berdecit. Tak guna punya tunang. Dia baca fikiran aku ke apa.

"Kalau aku bagi tahu kau nak percaya ke. Aku rasa tak" kata aku balik. Berkerut Tae dibuatnya. Bukan Tae sorang yang lain pun sama.

"Apa kau cakap ni" soal Tae pelik.

"Ex kau yang buat aku mcm ni. Tch tak mungkin la kau percayakan." kata aku sinis. Aku bermain dengan jari aku.

Taehyung memandang aku tajam. What marah ke aku ckp benda betul.

"Jangan nak merepek lah. Dia takkan buat kau macam tu." kata Taehyung. See aku memang dah agak. Dia takkan percaya. Park u.

"Nak kata bebal tak juga. Nak kata bodoh nanti marah. Aku cakap benda betul. Sapa je yang tak puas hati dgn aku kalau bukan ex kau ha" kata aku balik. Aku memandang dia malas.

Jimin, Jungkook dengan Yaeran hanya mampu diam. Tak mampu untuk bersuara dgn situasi tegang itu.

"Ye lah tu. Ntah ntah kau upah orang untuk belasah kau then nanti kau tuduh Shie Tan yang buat. Tu kan plan kau sebenarnya." kata Taehyung dan tergelak sinis. Dia memeluk tubuhnya lalu memandang aku dengan pandangan atas bawah.

Aku mengeluh. Nak gaduh dgn dia pun takde guna. Membazirkan air liur aku je. Dah la tengah haus ni.

"Hurm nampaknya kau dah tau plan aku. Pandai jugak kau ni kan. Then kenapa kau risaukan aku. Kata I will protect you lah I'm promise lah. You know what. Kau dengan kata2 kau tu boleh gi mampus. And nampak pintu tu. Dipersilakan keluar and pergi dekt ex kau. Aku tak halang." kata aku sinis. Aku saja mengiyakan kata dia tadi. Malas nak bagitahu hal sebenar. Tae tergamam bila aku cakap macam tu.

Ingat aku tak dgr dia cakap apa masa dalam kete. Sorry Tae even aku pengsan aku boleh dengar dengan jelas apa yang kau cakap. Aku memandang dia yang masih tak bergerak dari tadi.

"Asal kat sini lagi. Tak nak keluar ke. Kalau tak nak tak pe biar aku yang keluar. Rasa panas pulak dalam wad ni." aku segera bangun dan menuju ke pintu. Yaeran sempat memegang lengan aku. Aku menepis lembut.

Dengan kaki yang terseliuh aku gagahkan jugak diri aku untuk berjalan. Buka sahaja pintu terpanculah hyung line dan Yaerin.

Aku memberikan senyuman tipis dan terus berlalu pergi.

"Yah! Haera! Jeon Haera!" jerit Seokjin. Tapi apakah daya Haera menghiraukan dia. Baru je dia nak pergi ke arah Haera tapi Yaerin menahannya.

"Takper biar aku yang tengok dia." kata Yaerin dan terus mengikut jejak Haera dari belakang.

✔ - Mr. Protect - KTH Where stories live. Discover now