>30<

343 41 35
                                    

Chapter ni maybe last autho update..
Maybelah ye..
Lepas ni saya akan busy dengan belajar.. Jadi stay tune for next chapter..
Tolong laa..
Tolong lah meriahkan ruangan komen..
Tolong sesangat..
Bosanlah korang ni asyik jadi silent je..
Please ya..
Katakan tidak pada silent reader..
Saya gurau..
Apa apa pun enjoy ye..

Special tag : frogji Aisyaholaa

🌹🌹🌹🌹🌹🌹

-Haera pov-


Bangun je dari tidur, aku terus bergerak ke tandas untuk membersihkan diri.

Ouh yaa. Aku tidur di bilik Taehyung disebabkan halmeoni suruh. Taehyung pula kena tidur dengan yang lain dekat bilik kosong. Rumah halmeoni banyak bilik.

Jadi tak kesah nak tidur mana. Tapi tak tahulah kenapa halmeoni suruh tidur dekat bilik Taehyung.

Selesai sahaja membersihkan diri, aku mula bergerak turun ke bawah.

"Ehh Haera. Awal kamu bangun." tegur halmeoni yang tengah menonton televisyen.

"Hee. Saja je bangun awal. Halmeoni tengok apa tu." kata aku dan melabuhkan punggung disebelahnya.

"Halmeoni tengok ni rancangan memasak ni haa. Halmeoni ingat nak masak bulgogi, japchae, ayam goreng pedas dengan stew tauhu untuk tengah hari nanti. Sarapan pula halmeoni ingat nak masak nasi goreng kimchi dengan lempeng kimchi." kata halmeoni. Fuhh bayngkan pun aku dah meleleh. Dah lama tak makan makanan Korea ni.

"Kamu makan kan semua tu Haera." soal Halmeoni. Aku mengangguk laju. Uish gila tak makan.

"Halmeoni jangan risau. Apa yang halmeoni masak. Haera makan." kata aku. Halmeoni tersenyum lega.

"Baguslah macam tu. Lega halmeoni dengar. Haera kamu pandai drivekan." tanya halmeoni. Aku mengangguk.

"Haa kalau macam tu. Jom ikut halmeoni pergi pasar. Barang dapur dah banyak habis ni" kata halmeoni. Aku teruja. Aku hanya mengangguk.

"Okay. Kejap halmeoni. Haera nak amik barang kejap." kata aku dan bergerak ke bilik Taehyung.

Buka sahaja pintu, aku tergamam.

"OH MAK KAU HAERA KU SAYANG! yah! tutup pintu!" jerit Taehyung yang hanya mengenakan boxer.

"Mianhae!" jerit aku.

Dengan sepantas kilat aku menutup kembali pintu bilik. Muka aku dah panas. Jantung aku bagaikan nak tercabut dari badan.

Lepas beberapa minit. Pintu bilik dibuka oleh Taehyung. Jelas mukanya yang kemerahan.

"Kau nak ambil apa tadi" tanya Taehyung lembut. Dia merenung aku. Aku cuba menstabilkan nafas aku.

"b beg a aku" damnnn. Masa ni lah kau nak gagap. Aku menepuk mulut aku.

Dapat aku dengar bunyi tawa Taehyung. Hurm aku rindu nak dengar tawa tu.

"Kejap aku ambilkan. Semua barang kau dalam begkan." katanya. Aku baru teringat psal phone aku.

"Ahh phone aku dekat ( dekat tepi bantal I got it) potong Taehyung. Dia terus masuk semula ke dalam untuk mengambil beg aku.

Aku tak sangka dia masih ingat.

✔ - Mr. Protect - KTH Where stories live. Discover now