>11<

341 40 6
                                    

-Haera pov-

Aku terkejut bila didepan aku sekarang ni ialah Kim Taehyung. Okay what is going on here. Aku rasa mama ada plan something bhai.

"Okay memandangkan semua dah ada kat sini. Apa kata kita makan dulu then baru lah kita bincang" cadang papa dan disambut dengan anggukan parents yang lain.

Sampai sahaja makanan, Jungkook terus mengambil steak aku. Aku just memandangnya pelik. Aik kebulur sangat ke dia ni sampai steak aku pun dia nak kebas.

Selepas itu, Jungkook meletakkan steak yang sudah siap dipotong dihadapan aku.

"Nah. hehhe Kook potongkan" katanya dengan sengihan bunny.

"Aiguu sweetnya dia. Thanks brother" kataku lalu menyerabaikan rambutnya.

Taehyung memandang kami dengan pandangan what - the - hell. Aku tahu kau jeles so diam jerla.

Mama dengan papa tersenyum bila lihat kemesraan anak kembarnya. Dah macam bukan adik beradik hubungan kita orang ni. Tengoklah baju pun nak sedondon.

"Amboi sweetnya kamu berdua ni. haha comel je aunty tengok" seloroh omma Kim yang dari tadi perhatikan kami.

Kami hanya tersenyum malu.

"Diorang berdua ni memang mcm ni. Sweet terlebih. Ni kalau ada oppa diorang ni. Lagi bersemut rasanya" seloroh mama pula. Yang lain hanya gelak bila mendengar perlian mama tadi.

Bila mama dah memerli hurm terus ssup ke hati.

Habis sahaja makan malam. Papa pun memulakan perbincangan yang ditunggu tunggu oleh mereka semua.

"Papa Jeon nak bincang pasal apa ni" soal Yaeran yang dari tadi firasat ingin tahunya makin membuak.

"You're guys future" jawab papa berkias. Berkerut dahi aku bila papa cakap mcm tu.

"What my future" kata ku. Kening sebelah dijongketkan.

"Ye sayang. Mama dengan papa nak tunangkan kamu dengan salah sorang dari anak puan Kim." jelas mama. Makin terkejut aku bila mama cakap aku akan ditunangkan dengan salah sorang anak Puan Kim. Okay but sapa orang tuu!

"Apa tu-tunang! Ma Pa are you serious? But with who?" soalku lagi. Aku tak nak duh. And mintaklah bukan Taehyung si mamat beku ni.

"Mama srs sayang. Dengan Kim Taehyung" Jawab mama.

🌹🌹🌹🌹

-Taehyung pov-

"Mama srs sayang. Dengan Kim Taehyung."

Pftt. Habis tersembur air yang aku minum tadi bila aunty Jeon sebut nama aku.

Kejap...kejap

Aku kena bertunang dengan perempuan depan aku ni!?

"MWO!" jerit aku dengan Haera serentak.

"Omma! Tae kena tunang dengan dia ni ke" kata aku tak puas hati dan memandang Haera atas bawah.

Haera memandang aku dengan pandangan yang menjengilkan.

"Ye sayang. Omma nak kamu dengan Haera disatukan. Tae terima ya" jawab omma ku dengan nada yang lembut. Aku memandang appa minta kepastian. Dia hanya mengangguk.

Aku memandang hyung2 aku. Diorang memberikan pandangan terima - jerla - Tae padaku.

Mata aku teralih pula pada Haera yang di hadapan aku. Dia menggelengkan kepalanya sambil itu matanya dipejamkan kepada aku.

✔ - Mr. Protect - KTH Where stories live. Discover now