>13<

329 41 7
                                    

-Haera pov-

Sampai sahaja dekat kelas terus aku melabuhkan punggung di tempat aku.

Penat bhai lari. Aku tengok kelas still kosong lagi. Halah maklumlah sekolah aku ni dia punya waktu rehat sampai sejam. Cikgu pun macam tak nak je masuk. Meeting memanjang.

"Huh... huh laju bhai kau lari" kata Jimin bila dia dah duduk kat tempat dia. Dia menarik nafas panjang dan lepas.

"Fuhh.. bukan kau ada asthma ke. Tak rasa semput ke" sambungnya lagi lalu terus merampas air mineral yang ada dekat atas meja aku.

Ehh mamat ni.

"Hahaha.. semput tu ada la jugak. Well ni Haera lah atlet sekolah. Jangan pandang rendah okay." kata aku dengan nada berlagaknya tak leh bawak bincang.

Jimin memandang aku dengan muka meluat.

Kuajo pendek ni. Takperlah aku dah biasa sgt tengok muka dia yang hodoh ni.

Jelingan tajam aku berikan pada Jimin. Tetiba pintu kelas dibuka dengan kasar dan muncul lah seorang manusia tengah berlari ke arah aku.

Sapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook.

"Noona!" jeritnya sambil berlari slow motion ke arah aku. Dah mula dah drama dia.

Wahai adik kembar aku mu jangan risau noona mu ni tak larat dah nak lari.

Terus tubuh kecil aku di peluk oleh Jungkook. Wow ketat bhai. Tak nak lepas ke apa ni.

"Kook...no-noona.. t-tak... boleh.. bernafas" kata aku tersekat sekat. Tapi manusia didepan aku ni makin dieeratkan lagi pelukan dia.

Kau nak bunuh noona kau ke woi. Aku pukul pukul badan Jungkook tapi dia buat derk je. Bahenol betul.

Tetiba ada satu tangan menarik Jungkook dengan kuat. Maka pelukan pun terlerai. Fuhh udara udara. I need oxygen. Gerangan yang menarik Jungkook tadi pula ialah Kim Taehyung.

Dia memandang Jungkook tajam. Jungkook pula tersengih kambing.

"Kau nak bunuh noona kau ke woi" fuhh. Abang Tae kita marah lah. Kecut gegirl.

Jungkook mengosok pelan belakng lehernya.

"Hehe mian noona. Kook waras lagi nak bunuh noona kita ni" kata Jungkook lalu menyerabaikan rambut aku.

Jinjja this kid. Adik sapa ni sila kutip.

Tetiba aku rasa macam ada aura yang tak dapat dikenal pasti di sekeliling aku. Apakah.

Aku memandang member yang lain. Pahal diorang senyap je ni. Dah kenapa pandang aku mcm nak bunuh. Aku buat salah apa. Kejap nak ingat balik.

"Kau okay?" lamunan aku terhenti bila Taehyung duduk di hadapan aku. Fuh takde tempat lain ke.

"Eo ha aku okay..Eh btw Thanks utk roti dgn air tadi." kata aku pada Taehyung. Dia tersenyum kecil.

"My pleasures. Anything for my fiance." kata Taehyung dengan nada tenang tak seperti pahi tadi. Fuh ni misi nak ngorat aku ke apa.

"Err.. guys asal pandang aku mcm tu." kata aku pada diorang semua.

Tanpa amaran terus lengan aku kena cubitan dari Yaerin.

"Auuww! Yah! Sakitlah pabo! Apa masalah kau sial!" jerit aku pada Yaerin. Aku pandang Yaerin tak puas hati sambil gosok lengan aku.

"Masalah aku kau. Lain kali tak reti nak cakap ke cincin kau tu longgar. Dah takde mulut dah ke nak cakap." marah Yaerin sambil menyindir aku. Eh minah ni kecik besar je aku tengok.

✔ - Mr. Protect - KTH Where stories live. Discover now