Bab 1❤

78.5K 2.1K 131
                                    

Mafia² yang berada didalam markas tidak berani mengangkat muka apabila their leader tengah naik darah.

"Aku tak kira, korang semua ambik bahagian masing² dan bawak si tak guna tu hidup²!" anak² buahnya sudah terbiasa dengar jerkahan seperti itu tapi takkan nak mati kat tangan leader pulak kan.

"Baik Tuan Qiz." serentak anak² buah The Qiz bersuara dan keluar dari bilik itu.

Tinggallaa leader of The Qiz dengan Mike, orang kanan merangkap kawan baiknya.

"Qiz, kau okay tak ni? Aku tengok muka kau pucat je ni?" soal Mike. Qiz kelihatan seperti menahan kesakitan. Hanya Mike sahaja yg berani tegur dan gurau senda dengannya, tu pun ketika mereka berdua duaan.(Aip jgn pikir lain.😂)

"Aku okay je." tipu Qiz sambil memegang bahagian perut. Takkan laa nak tunjuk lemah pada orang bawahan kan.

"Kau pergi balik laa, nanti aku call Dr Ameer check kau kat rumah. Kat sini kau jangan risau, aku uruskan." Mike risau kalau² Qiz jatuh sakit dan lambat sembuh. Ini kali pertama Qiz dapat kecederaan paling parah stakat dalam dunia mafia ni.

"Thanks bro. Apa² inform aku." Qiz bergerak menuju keluar dari markas. Qiz sebenarnya diberi cuti selama seminggu untuk kecederaan tu tapi degil nak jugak kerja.Dia baharu sahaja sedar koma seharian, luka² dan jahitan² dibadan pun masih merah.(😂)

***

Qiz memejam matanya kerana terlalu penat dengar Dr Ameer berleter macam mak nenek.

"Tengok, luka kena tembak pun dah terbukak. Haishh, bagi je si Mike tu uruskan masa kau sakit ni" Dr Ameer ialah doktor peribadi si Qiz merangkap abang iparnya. Jadi sememangnya dia pun turut memahami tentang 'pekerjaan'.
Qiz ni.

"Kau ni kuat membebel laa. Dah² shuhh² aku penat. Mesti kau ada suntik aku kan." tetiba pulak Qiz menguap. Qiz menarik selimut sehingga paras dada setelah Dr Ameer mengemas barang² rawatan.

"Macam ni laa adik ipar, masa nak je cari. Bila dah tak nak halau macam kucing kurap." rajuk si Dr Ameer.

"Sentap pulak abang doktor sado ni. Yelaa terima kasih abang ipar kesayanganku." ucap Qiz dengan suara garau + suara gedik.

"Eeee.. Geli aku." Dr Ameer sudah tidak tahan geli dengan leader mafia tetiba jadi sotong kurita.
Dr Ameer keluar dari bilik Qiz dan menutup pintu bilik itu.

"Haa, macam mana dengan Raf tu?" soal isteri Dr Ameer merangkap kakak Qiz. Dia baharu sahaja siap memasak bubur untuk adiknya,Qiz. Kalaulaa Qiz sudah ada isteri, senang kerjanya tidak susah untuk buat bubur kepada Qiz.

Lagipula Qiz sudah berganjak usia 27tahun dah sesuai kalau nak berumah tangga.

"Macam biasa laa, degil. Bila entah luka² tu nak sembuh kalau sakit² pun still nak pergi 'tempat' tu.

Mata Dr Ameer melilau dalam rumah milik si Qiz.

"Abang cari apa?" Qis Raizsha Alexander turut melilau seperti suaminya. Ada apa kat dapur ?.

"Mana anak² kita?" dari tadi lagi Dr Ameer tidak terlihat kelibatan anak² nya itu.

"Tu kat ruang tamu. Main apa entah kat depan tu." Dr Ameer segera mendekati anak kembarnya yg berusia 3thun itu.

***

Kelihatan orang² sudah melangkah keluar dari kawasan perkuburan.

"Ibu. Kenapa tinggalkan Shaza kat sini." ratap si anak di kubur mak. Tersedu sedan dibuatnya. Hanya ibu sahaja yg dia ada tapi sekarang? Ibunya juga tinggalkan dia seorang.

"Ibu dah janjikan nak jaga Shaza." suaranya serak² akibat menangis terlalu lama. Kini Shaza hanyalaa seorang gadis yatim piatu yg tinggal bersama ayah tirinya, Ayah Ri.

"Dah jom balik! Kau ratap kat sini pun bukannya ibu kau boleh hidup." kasar sungguh bicara si Ayah Ri. Dia merentap kasar lengan yg berlapik baju kurung lusuh itu dengan kuat.

Shaza yg sudah tiada kekuatan untuk membantah hanya ikut sahaja langkah menjauhi kubur ibunya itu. 'Shaza datang esok pulak ya, ibu tunggu Shaza tau.'
Semakin lama semakin kecil kubur ibu dipandangannya.

Sesampai sahaja di perkarangan rumah kayu itu, Shaza terus melangkah laju dan mengurung diri didalam bilik tidur.

Gambar ibu yg kelihatan gembira bersamanya ketika dirinya berusia 7thun dipandang dan didakap erat. Peritnya tak terkata.
Akhirnya Shaza terlelap dengan sisa air mata yg masih membasahi pipinya.

***

"Malam ni kita gerak. Jangan ada satu pun yg buat kesilapan." kata leader dengan tegas.

Mereka 'The Qiz' mula membuka langkah kearah 'gua' musuhnya.

***

Shaza tersedar dari tidur apabila suara² yg bingiy menerjah ke pendengarannaya. Dia membuka sedikit pintu bilik, diintainya.

Kelihatan beberapa orang yg berwajah bengis sedang mengerjakan Ayah Ri dengan kejam.Kedengaran Ayah Ri mengerang kesakitan. Shaza jatuh simpati dengan keadaan ayah tirinya walaupun tidak pernah dilayan dengan baik oleh Ayah Ri.

Tindakan Shaza untuk keluar dari bilik itu terhenti apabila seorang lelaki yg mengerjakan ayahnya itu bersuara.

"Aku dengar kau ada anak perempuan?" sengihan jahat dari si jantan tak guna tu.

"Tu bukan anak aku laaa!" Ayah Ri masih menafikan. Dan sekali lagi di tumbuk bahagian rahangnya.

Dalam pada yg sama, Shaza merasakan dirinya sudah tidak selamat berada disini. Tanpa membuang masa, Shaza terus melarikan diri dengan melompat bahagian tingkap. Nasib baik tingkap rumah kayu tu rendah ja.

Shaza terus melarikan diri kedalam semak samun tanpa berpaling ke belakang. Shaza hanya terus berlari walaupun dia tidak mengetahui dimana dia berada.Dia perlu keluar dari hutan kecil ni secepat mungkin.

Sesekali dia mengesat air matanya yg mengalir "Ya Allah, kuatkanlaa diri ini menempuh segala dugaanMu." Hari semakin senja dan sukar untuk Shaza meneruskan lariannya. Dia terlalu penat.

***

Group 'The Qiz' sudah mula bergerak ke sarang musushnya. Sesiapa yg membawa masalah dengan 'The Qiz' kuburlaa rumah baharu tuk diorang.

"Wehh Alex, betul ke ni jalan nk ke markas tu? Asal seram je jalan ni." si Mike menyoal Alex yg duduk ditepinya.

"Betulla, ni kan location Black yg bagi." sambil menunjukkan phone miliknya kepada Mike.

"Apasal laa orang tua ni letak markas dikawasan seram macam ni. Hish." penakut rupanya si Mike ni, harap je orang kanan leader mafia. (😂)

Team 1&2 sudah meninggalkan mereka jauh dibelakang. Untuk terkam sarang kali ini, mereka tidak memerlukan banyak anak buah.Group kecil je ni.

"weii, tukar jom." Mike menyuruh Alex menggantikan tempatnya untuk pemanduan itu. Dia dahh naik seram dengan kawasan ni.

"Kau jangan nak mengada ngada Mike. Penakut. Baik tak payah jadi Mafia." Alex pulak bersuara.

Qiz yg duduk dibaahgian belakang hanya menggelengkan kepala. Nasiblaa ada orang kanan macam ni.

Tiba² sesuatu melintasi dibahagian hadapan kereta yg dipandu oleh Mike. Mike apa lagi, terus berhenti mengejut.

"Wth!" carut Qiz serta Alex. Yelaa bawak kereta macam kena kejar polis last² berhenti macam ada gaung kat depan tu. Taknya terdorong ke depan.

"Wehh, ada benda melintas laa. Kau pergi tengok." arah Mike dalam ketakutan. Pondan.

"Asal aku lak, Kau laa." kata Alex. Qiz sudah naik berang dengan kedua duanya. Dengan beraninya dia terus keluar dari kereta. Nak harapkan dua ekor kat depan ni jangan haraplaa.

Qiz terkejut melihat 'sesuatu' yg dikatakan itu ..........

Macam mana? Enjoy tak..hahaha.. Kalau ada silap mana² harap diamaafkan laa ye..
Kalau nak tahu apa itu 'sesuatu'.. Sila ke chapter seterusnya.. Hope enjoy.
Jangan lupa vote okay.
*HM*
Rafael x Humaira.💕

He's MAFIA  [DONE] ✅Where stories live. Discover now