BAB 26❤️

19.6K 847 16
                                    

   Rafael melangkah masuk kedalam
villa dan disapa seseorang dari belakang. "U pergi mana?" sergah Amelia dari belakang. Rafael mengurut dadanya kerana terkejut. Tak dibukanya lampu. Buat apa Amelia duduk dalam gelap ii macam ni. "U tak balik lagi? Dah malam ni." tanya Rafael sambil melepaskan badannya ke sofa.

"Tak. I nak tidur sini." Rafael yg baru sahaja ingin menutup mata tidak jadi bila dengar ayat itu. "Malam ni tak boleh. Kan mama i ada kat atas tu." jelas Rafael yg mula menutup matanya perlahan lahan. "Alaa kalau nk ikutkan mama u tu, sampai bila pon dia tetap ada kat sini." Rafael bangun dan mengheret lengan Amelia keluar dari villa itu.

"Kalau u betul ii nak kawen dengan i. Lain kali ikut je cakap i. Jangan nak memandai buat itu ini sendiri." kata Rafael dengan tersirat. Tujunya tentang surat penceraian itu. Dia akan cuba buat apa sahaja asalkan Amelia tidak ganggu Humaira lagi. Walaupon nyawanya sendiri terpaksa melayang.

"Yelaa ii. I balik dulu. Jumpa esok kat butik. Ambil baju pengantin." pesan Amelia yg tersenyum dengan penuh tersirat. Rafael hanya merenung tajam kearah Amelia. Kalau diikutkan hatinya dah lama dia tembak je terus Amelia ni.

___

Humaira yg sedang memberi makan kepada ikan didalam kolam ditegur oleh mak cik Eton. "Humaira rasa macam mana sekarang, dah okay?" tanya mak cik itu sambil melihat ikan ii di kolam dihadapan rumahnya.

"Okay je. Baby kuat." Senyuman pahit terhias dibibir Humaira. "Hari takbpayah laa pergi kerja err. Duduk rumah rest. Kesihatan baby lebih penting." arah Puan Zaiton. "Hmmm.. okay." Humaira hanya mengikut sahaja pesanan mak cik Eton.

"mak cik ada benda nak cakap ni." cakap mak cik Eton dengan ragu ii. "Apa dia?" soal Humaira sambil mengalihkan pandangannya kepada mak cik Eton pula. "Apa kata kalau Maira balik kerumah suami Maira. Bincang elok ii dengan dia. Selesaikan apa yg terpendam selama ni. Tu semua bukan untuk orang lain. Untuk maira dan suami Maira jugak, baby pon sama. Dia ada hak rasa kasih sayang seorang ayah." jelas mak cik Eton.

Humaira yg mendengar hanya mendiamkan diri. Diri masih belum bersedia untuk menghadap Rafael. Lagi ii sekarang ni Rafael sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan itu.

"Bagi Humaira masa sikit. Humaira tak sanggup nak tinggalkan mak cik Eton." seraya memeluk dari tepi untuk pujuk mak cik Eton. "Haa yelahh." mak cik Etok menepuk nepuk perlahan dibahu belakang Humaira.

Dari jauh, Amelia menyaksikan 'drama' dari Humaira dan mak cik Eton. "Kau jangan gembira sangat, hidup kau dan anak kau takkan lama." Terus pedal minyak ditekannya. Amelia meninggalkan kawasan perumahan itu.

___

Rafael masih lagi termenung dimeja meeting itu. Sejak mesyuarat berlangsung tadi, dia tidak memberi sepenuhnya tumpuan terhadapa perbincangan. "Woii." sergah Mikael.
"Asal aku tengok kau termenung sini, termenung sana." tanya Mikael.

"Aku tengah risaukan Humaira." jawab Rafael. Jelas dimatanya menunjukkan dia betul ii risau akan Humaira dan anaknya. "Bukan ke kau dah pulih?" soal Mike tentang ilmu hitam yg digunakan oleh Amelia.

"Memanglaa tapi aku masih perlukan Ustaz Irham tu. Aku takut tiba ii perasaan tu datang balik. Aku tak nak sakitkan isteri aku lagi." Jelas Rafael sambil mengeluh. "Apa kata kau bawa balik Humaira tu ke rumah mama kau." pesan Mike kepada Rafael.

"Kenapa?" soal Rafael kepada Mike. Baginya Humaira akan selamat sebab jauh dari Amelia. "Aku dapat tahu dari anak ii buah kita, Amelia sering pergi ke perumahan Puan Zaiton tu. Aku risau Amelia ada rancangan tersendiri. "Okay. Nanti aku pikirkan macam mana." kata Rafael seraya melangkah keluar dari bilik meeting itu bersama Mikael dibelakangnya.

"Aku nak kau perketatkan lagi kawalan keselamatan Humaira selepas ni. Aku tak nak apa ii yg terjadi pada dia dan anak aku." Arahan dari Rafael diangguk oleh Mikael sebagai menerima arahan itu tanpa bantahan.
Staf yg berada disitu menunduk hormat kepada Rafael.

___

Humaira mula meng'onn kan tv. Siaran drama korea ditujunya. Selepas beberapa jam layan drama korea akhirnya Humaira terlelap diruangan itu.

Bunyi ketukan dipintu menyedarkan Humaira dari lenanya. Humaira membuka pintu. Terpacul seorang lelaki di hadapan pintu itu. Terkejut Humaira melihatnya. "Macam mana boleh tahu saya kat sini?" tanya Humaira kepada Rafael.

"Takkan isteri sendiri tinggal kat mana pon aku tak tahu?" soalan Humaira dibalas soalan. Humaira mencebik bila mendengar perkataan isteri keluar dari mulut Rafael. "Jom beli barang baby. Tak nak ke?" ajak Rafael setelah Humaira tidak berkata apa ii.

"Memang saya nak beli pon tapi bukan dengan awak." baru sahaja Humaira ingin menutup pintu tetapi sempat dihalang oleh tangan sasa Rafael. "Awak buat apa ni?" Humaira sudah melangkah kebelakang disebabkan Rafael membuka semula pintu itu. "Jumpa anak aku." seraya meletakkan tangannya ke perut Humaira. Cepat ii Humaira menepis tangan itu.

Rafael maju kehadapan menyebabkan Humaira terpaksa berundur kebelakang. "Keluar laa. Nanti jiran ii nampak." kata Humaira yg cuba menolak lengan Rafael tapi masih tiada hasil. Tidak berganjak sedikit pon. "Kenapa pulak? Tak salah kan?" soal Rafael dengan tersenyum sinis.

Sudah lama dia rindukan wajah Humaira yg tengah cuak bila sedang takut. "Keluar laa, nanti Amelia tahu. Saya xnak dia apa ii kan anak saya." jelas Humaira sambil mengusap perutnya. "Anak kita. Bukan anak kau sorang. Aku akan dapatkan kau balik. Dan satu lagi, nafkah kau tetap aku jalankan walaupon kau tinggal kat sini" Terus sahaja Rafael keluar dari rumah itu.

Humaira cepat ii tutup pintu. "Maafkan mama. Mama tak sanggup kehilangan baby. Papa baby tamak. Semua dia nak." riak sedih mula muncul di wajah Humaira.

"Tapi betul jugak kata Raf tu. Baby, nanti kita pergi cari barang ii baby okay?" Humaira cuba bercakap dengan kandungannya. Dia menapak ke tingkat atas setelah mematikan televisyen yg dari tadi bersiaran.

___

Humaira menghidangkan air diatas meja makan. mak cik Eton, Adam serta Nadira baharu sahaja turun dari tingkat atas. "Maira ni, kan mak cik Eton dah pesan jangan buat kerja, kamu tu dah nak sarat tu haa.. Dah laa masak banyak makan malam ni." bebel mak cik Eton.

"Maira saja je. Lagipon kan Adam dan Nadira datang. So Maira masakla banyak sikit. Maira kesian tengok mak cik Eton masak selepas balik kerja." jelas Humaira. Kini gelaran Humaira pula duduk di meja makan. Nadira mengambil beberapa pinggan nasi dan dihidang diatas meja itu.

"Maira tak nak start pergi beli barang baby ke?" soal Nadira. Seperti dia pulak tak sabar untuk menunggu kelahiran si kecil. "Sebenarnya tadi Rafael ad datang sini." semua orang dimeja makan menanti ayat yg seterusnya dari Humaira. "Dia ajak Humaira pergi dengan dia beli barang baby." jelas Humaira sambil menguis nguis nasi dalam pinggan.

Mereka bertiga tersenyum mendengar berita itu. "Maira pergi je laa. Kan suami ajak tu." kata mak cik Eton. "Tapi Maira tak selesa pergi berdua je dengan dia. Yelaa, kami kan dah nak berpisah." teringat pula pada surat cerai itu. "Takpe. Nanti Nad ambil cuti, Nad temankan dengan Adam. Okay?" cadang Nadira. Humaira tersenyum mengangguk.

Mereka berempat menjamu selera yg dimasak oleh Humaira pd malam itu.













Chapter kali ni kita semua relax iii dlu yerr. Author anggarkan bberapa chpt je lg nk tamatkan crita ni tp bila scroll kan balik crita ni ,bnyk plk kess ii yg tergantung sepi mcm tu je , nanti author cover balik n korang tunggu baca jer.😉

He's MAFIA  [DONE] ✅Where stories live. Discover now