LS 3

26K 933 100
                                    

Sandra memerhati hidangan di atas meja. Bibirnya mengukir senyum. Perfect!

Nasib baikla dia dah pandai memasak berkat tunjuk ajar ibunya.

Seketika muka Sandra bertukar muram.

"Kenapa ayah sanggup buat Adra macamni..? Kenapa ayah sanggup jual Adra? Hanya sebab duit?" bisik Sandra sendirian. Air mata yang hampir menitis diseka kasar. Tangan ligat mencapai pinggan. Disusun di atas meja.

Lupakan kisah lalu, Sandra Elyyana.

Sandra meneliti jam. 4.45 pm. Tak lama lagi baliklah 'tuan' baru dia tu.

Lama tak lama pun, terlelap jugak dia dibuatnya. Terasa bagaikan ada benda sejuk bermain di pipi. Sandra membuka matanya perlahan lahan.

"Bangunlah.." ujar lelaki itu sambil ais dimainkan mainkan di pipi Sandra. Sandra menepis tangan lelaki itu.

"Sejuklah." ujar Sandra sambil menguap. Lelaki itu menggeleng.

Sandra bangun lalu membasuh mukanya di sinki. Mukanya dilap lalu dia berlalu ke meja makan.

"Kau masak?" soal lelaki itu. Sandra angguk.

"Yes. Cooking is better than be a wall." ujar Sandra. Lelaki itu tersenyum nipis. Terhibur.

"Lain kali tak payah masak. Jadi je dinding tu." balas lelaki itu sebelum melabuhkan duduk. Pinggan dicapai lalu mee goreng disenduk ke dalam pinggan. Sandra hanya memerhati.

"Kau tak makan ke?" soal lelaki itu. Sandra menggeleng. Hanya merenung lelaki yang sedang makan. Hensem. Baru dia perasan lelaki ni kacak. Semalam tak perasan pulak. Haha.

"Nama kau apa?" soal lelaki itu tiba tiba. Sandra terdiam seketika.

Haahla, sejak semalam sampailah harini, mereka tak berkenalan langsung. Nama lelaki itu pun Sandra tak tahu.

"Nama I, Sandra Ellyana. Ramai panggil I Adra. Umur I 23 tahun, I.."

"Ha, elokla. Bagitahu aku sekali dengan jantina kau, warna kegemaran kau, makanan favourite kau, ye?" soal lelaki itu sinis. Terus Sandra diam. Jerk.

"Aku Luth." ringkas!

"Luth aje?" soal Sandra. Kelihatan Luth menarik nafas panjang.

"Muhammad Luth Assyarif Bin Muhammad Hadi Assyarif. Ke kau nak nama datuk aku sekali?"

Yes! Selain kacak, lelaki ini juga amat MENJENGKELKAN!! Sandra menjulingkan matanya ke atas. Luth yang memerhati senyum nipis selama 0.001 saat sebelum mukanya kembali beku.

"So.. Kau dah ready ke malam ni?" soal Luth. Sandra tersentak. Ready apa ni?

Setelah hampir lima saat diam, Sandra bersuara.

"Erm.. I nak panggil you apa ni?" soal Sandra perlahan.

"Luth. Just Luth."

"Okay.. Luth. Kalau I nak buat satu permintaan boleh? Satu je. Please.." ujar Sandra sambil melihat wajah Luth. Luth meletakkan garfunya sebelum memandang wajah Sandra.

"What?" soal Luth.

"I nak kita kahwin. Biar apa yang kita buat ni halal. Betul dari sisi agama. Kalau boleh, I nak suami I yang pecahkan dara I. Not a stranger." ujar Sandra. Hanya itu yang dia harapkan.

"Kahwin? What? Are you kidding me? Kau tu kenal aku pun tak berapa lama kenapa tiba tiba nak kahwin? Kau fikir kau siapa?" soal Luth keras. Kemudian dia bangun dan berlalu pergi. Sandra hanya memerhati sebelum wajahnya dipekup. Air matanya menitis laju. Hina sangat ke dia?

PAK!!

Terus Sandra memanggung kepala. Matanya melihat barang yang diletakkan ke atas meja oleh Luth. Fail.

"Apa ni?" soal Sandra pelik. Air matanya dikesat. Luth tidak menjawab malah terus duduk dan menyambung makan mee gorengnya.

Sandra mengambil fail itu lalu dibelek.

"Kalau kau betul nak kahwin dengan aku, sain kertas tu." ujar Luth. Sandra terkedu setelah memerhati apa yang tertulis di atas beberapa helai A4 tu.

1. Perkahwinan tidak perlu diwar warkan kepada orang ramai. Hanya beberapa orang sahaja yang perlu tahu.

2. Tidak boleh tidur sebilik melainkan pihak perempuan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya.

3. Lelaki bebas berpoligami.

4. Kedua dua pihak tidak berhak masuk campur urusan satu sama lain.

"Apa ni?" soal Sandra perlahan. Matanya memandang wajah Luth yang tidak berespresi.

"Contract. You sign it, and we'll get married." ujar Luth. Sandra terdiam. Semua syarat itu okey sahaja baginya, cuma bab poligami tu..

Memang berpoligami itu bagus. Tapi poligami perlukan hati yang ikhlas. Perlukan keredhaan. Barulah kita akan dapat ganjarannya.

"Kenapa? Kau taknak sign? So majlis perkahwinan tu takkan wujud." ujar Luth. Sandra menghela nafas sebelum dia perlahan lahan mengangguk.

"I setuju." ujar Sandra perlahan. Luth tersenyum. Pen dihulurkan kepada Sandra.

Dengan terpaksa, tangannya menurunkan tandatangan di atas kertas A4 itu. Setelah siap, kertas itu dihulurkan kepada Luth. Luth mengambil kertas itu sebelum menelitinya.

Senyum sinis terbias di bibirnya sebelum kertas itu dikoyak. Terbuntang mata Sandra melihat aksi itu.

"You're so funny, girl. Kau ingat aku ni kejam sangat ke? Lagipun, kontrak ni benda kuno. Takde masa lah aku nak buat benda benda klise ni. Asal kahwin paksa, kontrak. Apa kau ingat orang zaman dulu yang kahwin paksa guna kontrak ke? Tak kan?" soal Luth sambil mencampak kertas itu ke dalam tong sampah di tepi sinki. Dia memandang Sandra yang sudah terdiam.

Luth menghabiskan mee gorengnya sebelum pinggan itu diletakkan di dalam sinki. Dia kemudian mencuci tangannya serta berlalu dari dapur. Sandra masih pegun. Entah kenapa, dia rasa lega. Sangat lega.

Tapi tak mustahil Luth boleh menduakan dia. Tengok pada rupa Luth,  dia yakin yang Luth bukan calang calang orang. Mesti dah ada kekasih. Sandra mengeluh sebelum berlalu ke sinki, tiba tiba tangannya direntap.

Terus Sandra menoleh.

"Duduk." ujar Luth sepatah. Bila masa dia masuk ke dapur balik pun tak tahulah.

Sandra duduk di atas kerusi. Mata memerhati Luth yang lincah menyendukkan mee gorengnya ke dalam pinggan. Sandra mengerutkan dahi. Tadi baru lepas makan, kan? Lapar pulak ke mamat ni?

Luth duduk di kerusi sebelah Sandra sebelum kerusi itu didekatkan ke arah Sandra. Mee di dalam pinggan di gulung dengan garfu sebelum disua ke arah Sandra.

"Buka mulut." arah Luth. Sandra statik.

"Bukaklah." ujar Luth geram. Sandra terus membuka mulutnya lalu selamatlah mee goreng masuk ke mulut nya.

Sandra mengunyah perlahan mee goreng itu sebelum dia berlari ke sinki. Dimuntahkan balik mee gorengnya. Luth menjongket bahu.

"Just wanna say, mee kau agak teruk kalini." ujar Luth mendatar sebelum kembali ke ruang tamu. Sandra berlalu ke arah balang perencah sebelum satu balang diambil dan dibelek.

Astagfirullahalazim..

Sandra menepuk dahi. Macamana boleh tertukar garam dengan serbuk ajinamoto ni? Ergh! Teruknya rasa mee tu!

Tapi..

Boleh pulak si Luth tu makan mee tadi? Licin kot sepinggan mee goreng dimakannya!

Take note ya Adra, rasa dulu masakan kau sebelum hidang dekat orang lain!

_______________________________

Maaf utk chapter yg merepek hahah

Luth Sandra [C]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα