LS 30

20.2K 647 96
                                    

Dua minggu kemudian..

Sandra melangkah ke pintu apabila terdengar bunyi loceng

Pintu dibuka. Hampir ternganga apabila melihat Riana.

"Ria?" soal Sandra perlahan. Riana tersenyum nipis.

"Puan Adra." sapa Riana perlahan. Sandra menoleh ke belakang. Tepat. Luth berada di belakangnya dengan mata yang sedingin ais merenung ke arah Riana.

"S... Saya nak mintak maaf. Saya tahu saya dah banyak susahkan hidup Puan Adra dan Encik Luth. Saya hampir runtuhkan masjid yang korang bina. Saya harap korang dapat maafkan saya." kata Riana lembut.

"Balik." ujar Luth sepatah.

"Luth.." tegur Sandra. Luth menjeling ke arah lain.

"Kau beruntung sebab aku tak bunuh kau, sundal. Kalau tak sebab Adra yang taknak aku bunuh kau, aku dah lama bunuh kau tau? Tapi kau? Apa yang kau buat? Kau guna ilmu hitam untuk dapatkan aku! Kau ingat aku ni apa? Kau ingat, kalau kau guna sihir dekat aku, aku akan cintakan kau lah? Eh, boleh pergi mampuslah! Betina sundal macam kau ni kau ingat aku berkenan? Jangankan berkenan, nak bercakap dengan kau pun aku rasa muak lah! Muak!"

"Luth, dahla tu..." ujar Sandra sambil memegang lengan Luth. Ingin menenangkan Luth yang kelihatan berapi itu.

"Kau dengar sini baik baik, astro Ria. Kalau kau taknak aku bunuh kau betul betul, kau berambus dari sini. Jangan pernah tunjuk muka kau depan aku dan Adra. Aku jijik. Perempuan murah macam kau, cuma sampah dalam mata aku. Bukan setakat sampah, tapi tahi!" hina Luth. Hilang sabarnya dengan Riana.

Riana tersenyum pahit.

"Saya faham. Jangan risau, saya takkan ganggu hidup Encik Luth dengan Puan Adra lagi. Lepasni muka saya takkan ada dekat sini lagi." ujar Riana.

"You nak pergi mana?" soal Sandra lembut. Riana hanya tersenyum sebelum tiba tiba siren polis kedengaran. Sandra dan Luth memandang ke arah kereta polis yang berhenti di rumah mereka.

"Riana.." ujar Sandra perlahan. Tidak percaya dengan apa yang gadis itu lakukan.

"Cik Riana, anda ditahan kerana tuduhan merogol. Sila ikut kami ke balai untuk siasatan lanjut." ujar Syafiq formal sambil menunjukkan lesen polisnya. Riana mengangkat kedua tangannya lalu Syafiq menggari tangan gadis itu.

Sempat Riana tersenyum manis dan ikhlas sebelum dia masuk ke dalam kereta polis.
___________________________________

"Tak sangka dia sanggup serah diri pada polis." ujar Sandra setelah keadaan agak reda.

"Baguslah. Biar je dia mampus dalam penjara tu." ujar Luth. Dendamnya masih tersisa. Sandra menghela nafas sebelum mengusap pipi Luth

"Apa kata you maafkan Riana? At least hati you tak berdendam lagi. Lupakan yang lalu. Kita bina balik semuanya." ujar Sandra. Luth tergelak sinis.

"Pardon? Kau ingat macamtu je ke aku nak maafkan dia? Dia hampir buat aku hilang kau. Sebab dia, kau terseksa. Sebab dia, aku kejam dengan kau." ujar Luth.

"Tapi tak salahkan, kalau you maafkan dia. Dia dah sedar silap dia. Dah serah diri pun." ujar Sandra memujuk. Luth merengus.

"Dia dah rogol aku. Semuanya sebab dia." ujar Luth sambil memicit dahi.

"Habistu kalau I pulak yang rogol you, you marah tak?" soal Sandra nakal. Luth terpinga pinga.

"Apa kau cakapkan ni?" soal Luth pelik. Sandra mendekati Luth.

"I dah habis waktu pantang tau. Minggu lepas lagi." ujar Sandra menggoda lalu dada Luth diusap lembut.

"Are you want to rape me?" soal Luth tenang. Sandra mengangguk.

"Kalau kau yang rogol, its my pleasure." ujar Luth sambil tersenyum kecil. Sandra tergelak kecil lalu bibir Luth dilumat. Luth turut membalas. Sandra mula menindih Luth. Bibirnya mula merayap ke seluruh tubuh Luth. Digigit manja badan Luth.

This night will be the longest night ever!
____________________________________

Sandra menyelak selimut yang membaluti tubuhnya. Tuala dicapai lalu dililit di badannya yang tiada seurat benang pun. Sandra berlalu ke bilik air.

Setelah siap mandi, jam di meja kecil dikerling.

"Laa.. Baru pukul 5 pagi ke?" soal Sandra sendirian sebelum mengeluh. Wajah nyenyak Luth dipandang. Kacak. Tapi pelik.. Luth tak pernah bersama gadis lain selain dia dan Riana. Dia takde makwe ke?

"Jangan tenung. Aku nak tidur." kata Luth perlahan. Sandra mengerutkan dahi.

"You sedar ke?" soal Sandra pelik. Luth tidak menjawab.

"Luth?"

Terdengar dengkuran halus. Eh..

Sandra menggelengkan kepalanya. Imaginasi dia kut.
___________________________________

"Jangan tenung. Aku nak tidur." ujar Luth mendatar sambil mata memerhati Sandra. Sandra yang berpakaian dress putih tergelak lalu berlari ke taman bunga. Luth tersenyum sebelum tergelak.

Macam hindustan pulak.  Nasib baik comel.

"Heii.. Come on." Luth mendepakan tangan lalu tubuh Sandra dipeluk.

"I love you." Luth mencium dahi Sandra. Sandra tersenyum.

"Love you more."

"Jom, tengok bunga! Jomlah!" ujar Sandra sambil menarik tangan Luth.

Yang peliknya.. Hanya ada tiga kuntum bunga sahaja di taman itu. Tapi sumpah bunga tu lawa.

"Tiga je? Mana bunga lain? Kata taman bunga." bebel Luth.

"Well, tiga je. Nanti kalau you nak, kita tambah bunga lagi." ujar Sandra nakal. Luth mengerutkan dahi. Tidak faham dengan ucapan Sandra.

"Jom!" ujar Sandra lagi sebelum menarik tangan Luth. Luth turut berlari sebelum dia tersepak batu.

DEBUK!

"Arghh!!"

"hei! Ya Allah.. Apa yang you mimpi sampai jatuh katil ni? Luth? Hei.. Sedar tak ni?" soal Sandra. Dia turun dari katil dan merapati Luth yang sedang menggosok kepala.

"Sakit.." Luth menggosok kepalanya. Sakit sial terhantuk dekat meja lampu tidur tu. Sandra memerhati kepala Luth.

"Eh.. Bengkaklah sikit." Bulat mata Sandra melihat bengkak di pelipis Luth yang kelihatan lebam.

"Kejap I ambilkan ais." Sandra berlalu ke dapur. Luth terdiam. Otaknya berfikir tentang mimpinya yang agak pelik tadi.

Sandra kembali bersama ais yang dibalut tuala kecil. Perlahan lahan ditekapkan di pelipis Luth

"Slow slow.." ujar Luth. Sandra hanya menurut. Memang dah slow pun dia buat.

"Adra." panggil Luth. Sandra memandang mata Luth.

"Aku mimpi.. Kita nampak bunga. Tiga kuntum je tapi cantik sangat."

Sandra terdiam.

"Tiga? Bunga apa?" soal Sandra.

"Entah. Aku tak pernah tengok tapi sumpah memang cantik." Luth turut memandang Sandra.

"Mainan mimpi kut." kata Sandra. Luth hanya diam seketika sebelum kepalanya terangguk angguk setuju.

Mungkin memang mainan mimpi..

Siapa boleh tafsir mimpi? Ha, tafsir cepat! Agak agak apa maksud mimpi Luth tu eh..

Luth Sandra [C]Where stories live. Discover now