LS 6

24.6K 928 22
                                    

Majlis akad nikah diadakan kecil kecilan sahaja. Hanya dijemput saksi serta tok kadi.

Secara sah, Sandra menjadi milik Luth. Ikatan yang dibuat hanya untuk mengaburi mata orang lain. Ikatan yang tidak dibuat kerana cinta.

Luth memandang Sandra yang hanya diam.

"Kau marah?" soal Luth sambil memokuskan pandangan ke jalan raya. Gadis itu lengkap berbaju kurung putih sedondon dengannya.

"Siapa I nak marah?" soal Sandra kembali.

"Kau boleh tak jangan jadi bodoh sangat? Tak kira siapa pun kau, kau tetap manusia. Bukan patung. Kau tetap ada hak untuk rasa kebahagiaan kau sendiri." ujar Luth. Geram dengan Sandra yang seolah olah hanya pasrah.

Sandra tergelak sinis.

"Hak? Hak apa yang I ada? I ni tak ubah macam barang! Kena jual, lepastu beli. I ni bila bila masa je boleh kena jual, lepastu bila ada orang beli takkan I tak sedar diri lagi yang I ni siapa?" soal Sandra. Luth memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia kemudian berpaling ke arah Sandra.

"Kau fikir yang aku akan jual kau?" soal Luth serius sambil memandang Sandra. Sandra diam sebelum matanya mula berkaca.

Luth mengeluh.

"Dengar sini. Aku takkan jual kau. Especially bila kau dah sah jadi milik aku." ujar Luth tegas. Sandra hanya diam. Tidak bersuara.

Luth meraup muka lalu meneruskan perjalanan.
_________________________

Sandra merenung cermin. Cantik. Tak dinafikan dia cantik. Tapi.. Apa ada pada rupa kalau maruah hancur? Sandra mengeluh lagi sebelum membetulkan rambut panjangnya. Setelah memastikan dirinya sudah siap, Sandra keluar. Kaki melangkah ke arah bilik Luth yang tertutup rapat. Perlahan lahan tombol pintu dibuka sebelum matanya terpaku melihat Luth yang sedang membelek telefonnya. Ada sehelai tuala membaluti tubuhnya dari pinggang hingga ke bawah lutut menandakan lelaki itu baru siap mandi. Masih ada titisan air di hujung rambutnya. Luth yang menyedari kehadiran Sandra terus menoleh sebelum mengerutkan dahinya.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Luth pelik. Lagi pelik apabila melihat Sandra yang lain. Pakai baju sendat, mekap nipis serta rambutnya dilepaskan bebas. Sungguh comel. Luth perlahan lahan menghampiri Sandra yang berada di pintu. Tangannya menutup pintu biliknya lalu merenung Sandra. Sandra menelan liur. Kembang mukanya apabila menerima renungan Luth. Lagi lagi apabila Luth meneliti tubuhnya yang agak terdedah.

Walaupun sebelum ni, lebih daripada ini lelaki lain pernah buat pada tubuhnya, tapi entah kenapa, apabila dengan Luth rasanya lain macam.

Luth menundukkan badan lalu perlahan lahan bibir Sandra dicium lembut. Sandra berpaut pada leher Luth lalu membalas ciuman itu.

Luth melepaskan tautan bibir mereka lalu dadanya berombak mencari nafas. Sandra pula hanya menunduk. Malu

"You're mine." ujar Luth perlahan. Sandra perlahan lahan mengukir senyum. Tangannya memaut leher Luth dengan lebih erat sebelum dia mencium leher Luth. Dapat dirasakan halkum Luth bergerak menahan perasaan yang hadir. Sandra merenung mata Luth.

"I'm ready." ujar Sandra lembut. Tangan mengusap dada Luth. Jantung lelaki itu berdegup kencang. Luth senyum sebelum menundukkan wajah. Bibirnya kembali mencium bibir Sandra.

Ting Tong!!

Bunyi loceng rumah menghentikan mereka. Luth dan Sandra terus melepaskan ciuman sebelum masing masing memandang sesama sendiri.

Pelik.. Siapa yang datang ni?

Luth melangkah keluar dari bilik dan membuka pintu rumah.

"Mama?" soal Luth pelik apabila figura mamanya muncul di depan pintu. Puan Sri Leeha terus masuk.

"Mana perempuan tu?" soal Puan Sri Leeha geram. Mata memerhati sekeliling rumah anaknya.

"Ria bagitahu mama yang kamu simpan perempuan dalam rumah ni. Mana dia?" soal Puan Sri Leeha tegas. Luth mengeluh

"Dia bukan perempuan simpanan, ma. Dia isteri Luth." ujar Luth. Pantas Puan Sri Leeha berpaling.

"Isteri? Sejak bila Luth pandai nak membelakangkan mama ni?" soal Puan Sri Leeha.

"Bukan macam tu. Luth.." bicara Luth terhenti apabila bunyi derapan tapak kaki kedengaran. Sandra sedang melangkah ke arah mereka.

"Siapa kau ni? Ni mesti kau yang dah guna gunakan anak aku, kan?!" soal Puan Sri Leeha garang. Sandra terkedu.

"Kau keluar dari rumah anak aku sekarang!" ujar Puan Sri Leeha.

"Mama! Dia isteri Luth. Dia takkan keluar tanpa izin Luth." ujar Luth tegas.

"Oh.. Jadi sekarang ni Luth berani nak derhaka dengan mama sebab perempuan ni lah?" soal Puan Sri Leeha. Luth mengeluh.

"Ma..." ujar Luth. Dia hilang kata.

Sandra pula hanya diam. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.

"Sekarang ni mama tak kira, mama nak Luth pilih, perempuan ni.. Atau mama!" ujar Puan Sri Leeha. Luth terkedu.

"Mama.."

"Now!"

Luth memandang Sandra. Sandra memaut tangannya lalu mengheret Luth sedikit jauh daripada ibu mentuanya

"You pilihla mama. I okay. Jangan risau. I boleh sewa hotel. Takpun I cari rumah sewa lain." ujar Sandra perlahan. Luth meraup muka.

"No. Kau takkan pergi mana mana." ujar Luth.

"Habistu you nak jadi anak derhaka ke? I ni sebagai isteri memang kena taat pada you. Tapi you, sebagai suami kena taat pada ibu you. Okay? I akan jaga diri I. Jangan risau." ujar Sandra. Luth menggeleng. Tetap tidak bersetuju.
"Never. Aku takkan biarkan kau pergi. Kau melangkah setapak dari rumah aku, aku akan cari kau sampai lubang tikus." ujar Luth mendatar. Sandra mengeluh. Ya. Lelaki ini degil orangnya.

Luth kemudian pergi ke arah ibunya.

"Siap?" soal Puan Sri Leeha.

"Yes. Luth dah ada pilihan. Luth pilih Adra, isteri Luth." ujar Luth.

Puan Sri Leeha tergamam.

"How.. Could you.. Luth, mama yang besarkan Luth. Mama yang jaga Luth selama ni." ujar Puan Sri Leeha sayu. Air matanya menitis. Tidak sangka anak lelakinya sanggup membuatnya begini.

Kakinya terus melangkah keluar.

"Puan!" ujar Sandra sebelum dia berlari dan memaut tangan Puan Sri Leeha

"Saya akan keluar. Puan jangan marah Luth. Saya akan pergi dari sini." ujar Sandra.

"Adra!"

"Tolong. Dia anak puan. Jangan marah dia." ujar Sandra. Luth meraup muka sebelum merentap tangan Sandra.

"Mama baliklah. Luth takkan ubah fikiran Luth. Luth tetap akan pilih Adra. Luth takkan pilih mama sebab..." ujar Luth nekad.  Matanya memandang Puan Sri Leeha dengan tajam

"Because you are not my mom."

Luth Sandra [C]Where stories live. Discover now