LS 20

18.1K 624 14
                                    

Sandra tersenyum.

"Wah.. Pandainya you masak." puji Sandra. Riana tersenyum kecil.

"Biasa biasa je. Tak sedap sangat pun." ujar Riana lembut. Luth turun sambil memegang briefcasenya.

"Luth. Jom makan. Riana dah masak." ujar Sandra. Luth mendekati Sandra. Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan duduknya di situ.

Sandra mencedokkan lauk ke dalam pinggan Luth. Riana pula hanya memerhati.

"Dudukla Riana. Makan sekali." ujar Sandra. Riana menggeleng.

"Its okay. I dah makan tadi." ujar Riana lembut. Sandra hanya angguk.

Setelah selesai bersarapan, Luth ke ruang tamu. Kemejanya dibetulkan. Sandra mengambil tali leher lalu dipakaikan pada Luth. Rambut Luth dirapikan sedikit.

"Dah hensem." ujar Sandra sambil mencium pipi Luth. Luth tersenyum.

"Tahu." ujar Luth sebelum dahi Sandra dicium lembut.

"Ish.." rungut Sandra. Luth tergelak kecil.

"Take care. Apa apa call aku." ujar Luth. Sandra angguk.

Riana pula hanya memerhati dari dapur.
_________________________________

Sandra masih dengan kerjanya iaitu membaca jurnal tentang ibu mengandung.

Tiba tiba matanya dipekup dari belakang.

"Luth!" ujar Sandra. Dari bau pun dah tau. Siapa lagi yang pakai perfume lelaki dalam rumah ni?

Luth melepaskan tekupan lalu duduk di sebelah Sandra.

"Aku ada surprise untuk kau." ujar Luth. Sandra menjongket kening.

"Apa?" soal Sandra. Luth tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Tutup mata dulu." ujar Luth. Sandra tersenyum. Mata ditutup lalu tangan ditadahkan.

"Bukak." ujar Luth. Sandra membuka mata. Kotak dihadapannya di pandang.

"Apa ni?" soal Sandra.

"Bukaklah." ujar Luth. Sandra membuka kotak itu. Tangan terpaku pada satu beg tangan.

"Cantiknya.." ujar Sandra. Jenama beg itu dilihat. Roses Gold.

"Kenapa you beli ni? Mesti mahal." ujar Sandra serba salah. Luth mengusap pipi Sandra.

"Kau sudi mengandungkan anak kita tu lagi mahal. Paling mahal." ujar Luth lembut. Sandra tersenyum.

"Aaa.. jangan happy lagi. Ada satu lagi." ujar Luth. Sandra mengerutkan dahi. Ada lagi?

"Yang ni tak payah tutup mata. Sebab aku nak kau bukak masa aku takde depan mata kau." ujar Luth. Sandra mengangguk faham. Sebuah sampul surat diambil dari Luth.

"Aku dah decide dah kita nak pergi mana." ujar Luth.

"Ke mana?" soal Sandra.

"Paris. Boleh tengok Eiffel Tower dengan kau." ujar Luth. Sandra mengerutkan dahi.

"You tak pernah pergi tengok Eiffel Tower ke sebelum ni?" soal Sandra.

"Pernah. Tapi selalunya aku tengok seorang diri je. Tapi kali ni aku ada kau." ujar Luth sambil merenung wajah Sandra. Sandra mengusap pipi Luth.

"You're happy." ujar Sandra perlahan. Luth memegang tangan Sandra di pipinya sambil mengangguk.

"And you make me happy too." ujar Sandra lagi. Luth tersenyum nipis.

"Terima kasih, Luth. Sebab sudi terima I sebagai isteri. Sudi kutip I. Kalau you takde.. I tak tahu apa yang dah jadi dekat I. Mungkin I takkan lepas dari Teo. Mungkin I takkan mampu senyum macam sekarang." ujar Sandra. Luth menyapu bawah mata Sandra. Sandra baru sedar yang dia menangis.

Luth mencium dahi Sandra. Lama.

Kemudian terdengar Luth menghela nafas

"But this is not enough. Aku tak selamatkan ibu kau. Aku hancurkan keluarga kau." ujar Luth perlahan. Sandra menggeleng.

Sungguh,  lepas apa yang terjadi, dia langsung tidak salahkan Luth atas semuanya. Dia sedar Luth dah buat yang terbaik untuknya.

"You dah buat lebih dari cukup. You dah buat sedaya upaya untuk ibu I. Tapi kalau dah ajal dia, kita takkan boleh halang." ujar Sandra lembut.

"Sorry." ujar Luth. Ada riak mendung pada wajah itu. Sandra memegang dagu Luth lalu bibir Luth dicium lembut.

"Its not and never be your fault." ujar Sandra perlahan. Luth memejamkan mata.

"But I saw everything. Aku nampak kau menangis.. Aku nampak ibu kau mati...depan mata aku sendiri..." ujar Luth. Ada air mata menitis di pipinya. Sandra menarik Luth ke dalam pelukan. Sandra memeluk erat Luth. Luth terus menangis dalam pelukan Sandra.

Dan Sandra terus memujuk tanpa lelah.

Luth Sandra [C]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu