LS 24

16.8K 587 46
                                    

Sandra menolak pintu rumah. Alhamdulillah, harini dia dah boleh discharge. Luth yang sedang memegang beg pakaian terhenti apabila melihat Sandra yang statik.

"Kenapa?" soal Luth.

"Riana ada lagi ke dalam ni?" soal Sandra perlahan.

"Perempuan tu memang saja tempah maut kalau dia masih di dalam rumah ni." ujar Luth mendatar sambil melangkah masuk. Sandra mengangguk lalu melangkah masuk. Pintu ditutup. Matanya terlihat ke arah dapur.

Kejadian beberapa hari lepas terbayang di minda. Ada seorang lelaki memukulnya. Tapi dia tak cam wajah lelaki itu.

"Adra?" soal Luth sambil melangkah ke arah Sandra.

"Are you okay?" soal Luth. Riak wajahnya terbias kerisauan. Sandra tersenyum nipis sambil angguk.

"Dah, jom naik. Kau tu kena berpantang lagi." ujar Luth sambil mencempung Sandra.

"Hei! I boleh jalan lah." ujar Sandra. Tangannya dilingkarkan di leher Luth. Luth hanya diam sambil mencempung Sandra ke bilik lalu dibaringkan di atas katil.

"Tidur." ujar Luth sepatah sebelum dia melangkah keluar. Ingin membetulkan pintu bilik sebelah yang dah tercabut ditendang sebab nak larikan diri dari Si Gila Riana tu.

Sandra hanya memerhati sebelum tersenyum nipis. Kesian Luth. Kalau nak dibandingkan kesakitan akibat kena pukul dan kena rogol, pastilah sakit kena pukul lagi teruk. Tapi.. Kes rogol melibatkan emosi. Sandra tahu Luth pasti masih terkesan dengan kejadian tu. Walaupun Luth lelaki, dia tetap ada perasaan.

"Luth.." panggil Sandra. Terlihat kepala Luth terjengul di pintu bilik.

"I tak boleh tidur.. Boleh temankan I?" soal Sandra lembut. Luth melangkah masuk ke dalam bilik.

"Just sleep. Close your eyes." ujar Luth sambil mengusap kening Sandra. Sandra memeluk Luth perlahan.

"I nak peluk you. Baru selesa tidur." ujar Sandra lagi. Luth mengerutkan dahi.

"Kau dah kenapa ni?" soal Luth pelik. Sandra memeluk Luth.

"Baringlah sama." ujar Sandra yang sedang memeluk pinggang Luth. Luth mengeluh kecil sebelum membaringkan diri di sebelah Sandra. Matanya menatap mata hitam pekat milik Sandra.

"Tidurlah." ujar Luth lembut. Sandra tersenyum lalu merapatkan tidurnya dengan Luth dan memejam mata.

Setelah beberapa minit, kedengaran namanya dipanggil

"Adra?" soal Luth perlahan. Sandra tidak menyahut.

Kemudian terasa badan Luth menjauh. Seakan akan ingin bangun. Terus Sandra mengeratkan pelukan.

Terdengar keluhan dari Luth.

Sandra sengaja merapatkan bibirnya dengan leher Luth dengan mata terpejam.

"Adra?" soal Luth lagi. Ingin sahaja Sandra tersenyum tapi tak boleh sebab dia sedang berlakon buat buat tidur.

Luth menjarakkan kepalanya. Menjauhkan lehernya dari bibir Sandra.

Sandra mendekatkan lagi kepalanya dengan leher Luth. Luth mengerutkan dahi.

Budak ni tengah mengigaukan apa?

Luth akhirnya diam. Membiarkan bibir Sandra melekat di lehernya.

"Urghhh.. No." ujar Luth apabila menyedari nafsunya mula teruja. Kepala Sandra ditolak.

Lelaki ada satu nafsu, sembilan akal. Tapi yang satu tu lah yang payah nak handle.

Sandra mengeratkan pelukan. Tangannya menyentuh dada Luth.

"Adra.." ujar Luth. Sandra hanya diam sambil matanya terpejam rapat.

"Kau tu baru lepas gugur. Jangan nak menggatal. Karang ada yang kena ni. Tak kira la darah ke tak." ugut Luth. Sandra terus membuka mata.

Hish!

"Ala.. Nak manja pun tak boleh." ujar Sandra sambil menjauhkan diri.

"Bukan tak boleh, tapi kalau nak bermanja, biarlah time aku boleh buat. Ni, kau tengah berdarah lagi nak manja dengan aku." ujar Luth sebal. Geram kerana dia hampir hilang akal tadi bila Sandra terus menggodanya.

Sandra berbaring membelakangi Luth. Merajuk.

Luth meraup muka. Perempuan dengan perkataan menyusahkan tak pernah dipisahkan.

Luth merapatkan jarak. Sandra dipeluk dari belakang.

Sandra tersentak. Nafas hangat Luth bertiup ke lehernya.

"Tidur Adra. You need rest." bisik Luth lembut. Sandra tersenyum nipis sebelum berpaling dan membalas pelukan Luth. Matanya kembali dipejam.

Luth tersenyum. Comel. Macam anak kucing.

Luth turut memejamkan matanya.
______________________________________

Peluh dilap.

"Siap pun." gumam Luth sebelum melihat pintu yang sudah siap dibaiki.

Dia kemudian memandang kunci bilik di atas lantai. Riana yang membaling kunci itu beberapa hari lepas. Luth tunduk mengambil kunci. Diperhati kunci itu.

Hatinya rasa.. Lain..

Kemudian dia masuk ke dalam bilik itu. Bau haruman Riana masih ada walaupun perempuan itu sudah keluar. Luth duduk di birai katil.

"Kenapa dengan aku?" soal Luth perlahan.

Dia inginkan Riana. Entah kenapa, perasaannya inginkan Riana. Hanya Riana yang berada di dalam kepalanya sekarang.

"Tak, tak.." ujar Luth sambil meraup muka namun dia tetap fikirkan Riana.

Terimbas kembali waktu Riana menggodanya. Walaupun ditepis, tapi dia hampir tewas jika bukan kerana bayangan Sandra yang tiba tiba muncul. Tapi sekarang tiada lagi bayangan Sandra. Hanya Riana yang dia fikirkan sekarang.

"Luth.. Buat apa ni?" soal Sandra. Luth tersentak. Terus kepalanya didongakkan.

"You buat apa ni?" soal Sandra lagi. Luth memerhati wajah Sandra. Entah kenapa, hatinya seolah olah membenci Sandra. Melihatkan muka Sandra membuatkan dia benci.

"Hei.. Berangan pulak." ujar Sandra sambil mencuit hidung Luth. Luth menepis.

Sandra terdiam. Pelik.

"Aku nak keluar." ujar Luth lalu terus bangun 

"You nak ke mana?" soal Sandra. Luth tidak menghiraukan malah terus berlalu pergi.

"Luth! Luth! You nak pergi mana?" soal Sandra sambil mengejar Luth dan memegang lengan lelaki itu. Sekali lagi Luth menepis.

"Semaklah. Suka hati aku lah nak pergi mana pun. Kau siapa nak ambik tahu?" soal Luth geram sebelum melangkah pergi. Dia inginkan Riana. Dia harus mencari Riana. Hatinya memberontak ingin Riana.

Sandra terpempam.







Luth Sandra [C]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα