LS 11

21.6K 667 6
                                    

Luth membelek telefonnya. Nombor Teo didail.

"Hey kawan! Apa mau?" sapa Teo. Luth memerhatikan gambar ditangannya.

"Teo. Dari mana kau dapat gambar gambar ni?" soal Luth mendatar.

"Gambar apa ma?"

"Jangan buat buat tak tahulah!" ujar Luth hilang sabar. Teo kemudian tergelak kecil.

"Hei..  Sabarlah. Wa jumpa itu gambar dalam wallet Faizal. Lu tanyala sama dia macamana gambar tu boleh ada sama dia. Wa cuma mahu lu tahu bila bila masa saja gambar tu boleh sampai ke tangan lu punya amoi." ujar Teo. Luth mengetap gigi. Gambar itu direnyukkan.

Kemudian Luth mematikan talian. Gambar di tangannya direnung lama.

"Aku akan ambil gambar kau yang sedang menderita ni sebagai kenangan. Manalah tahu nanti anak kau rindukan kau ke, bolehla aku tunjuk macamana mak dia mati."

Luth menghela nafas. Rambutnya diraup. Pantas dia meletakkan gambar itu di atas meja. Telefon diambil dan dia mendail nombor Faizal.
"Heh. Kenapa call aku ni? Hmm?" soal Faizal dengan nada mengejek.

"Dari mana kau dapat gambar ni?" soal Luth. Diam seketika.

"Gambar?" soal Faizal pelik.

"Gambar ibu Sandra! Mana kau dapat?!" ujar Luth kuat. Merah mukanya.

"Gambar.. Oh.. Gambar tu. Emm..  Adalah. Dan itu bukan hal kau untuk kau tahu." ujar Faizal sinis.

"Aku dah cakapkan, satu hari nanti isteri kau akan tahu semuanya dan dia akan benci kau." ujar Faizal. Kemudian talian terus dimatikan. 

Luth masih statik.
________________________________

Sandra menggeliat malas. Memang hari ni hari malas dia. Semuanya rasa malas je. Nak mandi malas, makan malas, bukak mata pun malas!

"Bangunlah. Kuatnya kau tidur." ujar Luth sambil memerhatikan Sandra. Sandra mencelikkan mata. Kemudian dia tersenyum.

"Sorry tak perasan you dah balik. Bila you balik?" soal Sandra sambil duduk bersandar di sofa.

"Kau melayu kan?" soal Luth tiba tiba. Sandra mengerutkan dahi.

"Ha?"

"Kau.. Keturunan melayu kan?" soal Luth. Sandra perlahan lahan angguk. Apa kena mamat ni?

"So, kenapa kau nak guna panggilan mat saleh? Kau ingat sedap sangat telinga aku ni dengar kau asyik berI You je dengan aku?" soal Luth.

"Habistu you nak I panggil you apa? You nak I beraku kau dengan you?" soal Sandra. Luth menjongket bahu.

"Nanti orang cakap I biadab pulak." ujar Sandra perlahan. Luth hanya diam sebelum memandang Sandra. Lama.

"Why?" soal Sandra pelik. Mamat ni sihat ke tidaknya ni?

"Kalau orang yang kau kenal buat salah dengan kau. Then dia mintak maaf. Kau maafkan tak?" soal Luth.

"Kenapa tanya macam tu? You ada buat salah dengan I ke?" soal Sandra kembali.

"Aku sebenarnya ada benda yang aku nak bagitahu kau." ujar Luth. Biarlah dia berterus terang daripada Sandra mengetahui daripada orang lain.

"Apa?" soal Sandra.

"Aku...."

BANG!!!!

Terus kedua dua manusia itu berpaling. Kelihatan beberapa lelaki bertopeng sedang berjalan masuk.

Terus Luth berdiri.

"Apa korang nak?" soal Luth dingin. Lelaki lelaki bertopeng itu hanya berpandangan sesama sendiri lalu pantas mereka memegang Luth. Luth meronta dan terus menyepak seorang dari mereka. Sandra hanya memerhati dengan penuh persoalan.

"Adra. Masuk bilik, kunci.. Arghh!" jerit Luth apabila lehernya dikunci. Lelaki itu menarik sehelai sapu tangan lalu dipekup pada mulut Luth. Luth pantas menyiku perut lelaki yang mengunci lehernya. Sandra masih berbelah bagi. Nak masuk bilik atau nak selamatkan Luth?

"Masuk.." ujar Luth sebelum perlahan lahan dia jatuh. Mungkin kesan daripada cecair kloroform yang ada pada sapu tangan yang dipekup pada mulutnya tadi. Sandra pantas berlari ke arah Luth.

"Bawak perempuan ni." ujar lelaki itu. Sandra mendongak namun secara tiba tiba kepalanya dipekup dengan plastik.

"Lepaskan aku!" jerit Sandra sambil meronta namun tiba tiba tubuhnya terasa bagai dicempung.

"Arghh!!"
__________________________

Luth memegang kepalanya yang terasa berat. Mata dibuka lalu pandangan dihalakan ke sekeliling.

"Adra.." ujar Luth lalu terus bangun.

"Adra! Adra!!" panggil Luth. Kemudian dia mengambil telefon. Nombor Sandra didail.

Tiba tiba bunyi deringan kedengaran. Luth menoleh.

Telefon Sandra sedang berkelip kelip di atas sofa. Terus Luth menutup telefonnya. Kemudian dia berjalan ke pintu. Pintu dibuka dengan kasar. Sasarannya hanya satu.

Faizal.

Namun figura di hadapannya membuatkan dia berhenti melangkah.

"Adra."

Luth Sandra [C]Where stories live. Discover now