LS 28

18.7K 612 5
                                    

Luth memerhati Sandra yang masih terlantar. Tangan Sandra diambil lalu dicium lembut.

"Aku mintak maaf..." pinta Luth perlahan.

"Bangunlah. Aku rindu kau.. Aku mintak maaf sangat sangat.. Aku kejam dekat kau. Tapi aku tak sedar apa yang aku buat. Aku terpengaruh dengan Riana. Adra.. Bangunlah.." bisik Luth perlahan. Sandra masih tidak bergerak.

Riana pula, selepas dia lari dari polis, memang tak nampak bayang pun. Nasib baik ada jiran yang nampak waktu Riana hampir bunuh Sandra. Kalau tak.. Tak boleh bayang apa yang akan jadi!

Luth melentokkan kepala di tepi katil. Air matanya menitis.

"Kau maafkan aku, kan?" soal Luth di cuping telinga Sandra. Tangan Sandra dipeluk erat. Bertimpa timpa rasa bersalahnya. Meskipun dia telah dibawah kawalan jin, tapi dia masih boleh tahu apa yang dia buat. Cuma dia tak mampu nak kawal diri sendiri.
__________________________________

"Kau maafkan aku, kan?"

Sayup sayup kedengaran suara Luth di cuping telinganya. Sandra cuba membalas namun seluruh anggota badannya terasa kejang. Tidak boleh bergerak. Matanya pun tak boleh dibuka. Sakit sangat seluruh badannya. Terasa bagaikan badannya telah dipukul oleh sekumpulan samseng.

Kemudian, tangannya dipeluk erat. Dia tahu itu Luth. Kedengaran dengkuran halus. Sandra masih cuba membuka mata. Namun masih tak boleh seolah olah matanya di skru.

Sandra menggagahkan diri. Dia nak tengok Luth.

Perlahan lahan, tangannya digerakkan. Jarinya mula bergerak sedikit. Mata dibuka

"Ergh.." Sandra menutup kembali matanya yang silau akibat cahaya lampu wad. Kemudian dia mengelipkan matanya untuk menyesuaikan matanya dengan lampu itu.

Sandra melihat Luth yang tidur dengan kepala di atas katil manakala badannya di atas kerusi. Tangannya dipeluk Luth dengan erat. Sandra merapatkan jaraknya dengan Luth sebelum rambut Luth dicium lembut.

"Sandra..." panggil satu suara. Sandra mengangkat muka.

"Syafiq." bisik Sandra perlahan sebelum tersenyum nipis. Topeng oksigen ditanggalkan.

"Kenapa dengan Luth? Dia nampak penat." ujar Sandra perlahan sambil melihat Luth. Syafiq tersenyum nipis.

"Dia penat sebab berulang alik jaga kau, pergi ofis. Dah seminggu kau tak sedar. Dan seminggu jugaklah Luth tak rehat. Kau okey?" soal Syafiq. Sandra mengangguk sedikit.

"Riana.. Macamana dengan Riana?" soal Sandra.

"Dia dekat pahang sekarang. Dia lari dari polis. Tapi aku akan pastikan suatu hari nanti dia terima balasannya. Cuma aku nak kau maafkan Luth. Dia tak salah. Dia pun tak boleh kawal diri dia sendiri." ujar Syafiq. Sandra terdiam.

Ya, dia maafkan Luth. Tapi untuk melupakan apa yang dikata oleh Luth tempoh hari masih tidak boleh. Terimbas waktu Luth menghinanya.

"Kau tahu Luth cintakan kau, kan? Jadi dia tak maksudkan apa yang dia cakap." ujar Syafiq. Sandra tersenyum nipis. Ya... Semua orang ingat Luth cintakan dia. Kalaulah semua tahu kehidupannya dengan Luth macamana.

Sandra kembali mencium kepala Luth. Cintakah dia pada lelaki ini?  Ya.  Dia cintakan Luth. Tapi dia takut cintanya bertepuk sebelah tangan. Dia dan Luth memang berbeza. Dia tak layak untuk Luth. Dia hanyalah gadis kotor yang dikutip oleh Luth.

Syafiq berlalu keluar apabila melihat mata Luth yang perlahan lahan terbuka.

Luth menenyeh matanya lalu menguap. Nikmatnya dapat tidur. Tapi dia sedar yang dia perlu menjaga Sandra.

"Arghhh!!" jerit Luth apabila melihat mata Sandra sudah terbuka. Sandra mengerutkan dahi.

"Are you okay?" soal Sandra kalut. Luth meraup muka lalu menjentik dahi Sandra.

"Kau takutkan aku." ujar Luth geram. Sandra tersenyum nipis. Luth kemudiannya mencium dahi Sandra.

"Aku mintak maaf.. Aku.."

"Shhh.. Its okay. I faham." ujar Sandra sambil merenung mata Luth. Luth tersenyum kecil.

"Aku rindu kau." bisik Luth sambil mencium bibir Sandra. Sandra turut membalas.

"I miss you too." ujar Sandra. Mata mereka bertentangan. Lama.

"I love you." Sandra membulatkan mata. Terlepas!

Luth pula tergamam. Terkejut dengan pengakuan Sandra itu. Sandra menggigit bibir. Darah menyerbu ke muka.

"Err.. Luth, I tak.. Erm.. Bukan tu maksud I.. I err.. Itu cuma.. Hmm.." habis berterabur segala ayat.

Luth menyelak rambut Sandra.

"Kenapa nak nafikan? Kau dah cakap pun tadi." ujar Luth. Sandra terdiam. Luth merapatkan bibirnya dengan telinga Sandra.

"Aku pun.."

Tok tok tok!

Luth pantas menegakkan tubuhnya. Kelihatan seorang doktor masuk untuk membuat pemeriksaan pada Sandra memandangkan itu kali pertama dia sedar.

Setelah siap pemeriksaan, mereka kembali berdua di dalam wad berpendingin hawa itu.

"Macamana Riana?" soal Sandra. Luth hanya diam. Wajahnya langsung tidak menunjukkan minat untuk berbicara soal Riana.

"Bagitahulah.." ujar Sandra memujuk.

"Aku malaslah nak sebut pasal dia. Pergi mampuslah dia nak buat apa pun." ujar Luth akhirnya.

Sandra tersenyum kecil. Tak tahu kenapa, tapi nampak comel je bila tengok muka masam Luth. Sandra cuba duduk.

"Eh.. Nak ke mana tu?" soal Luth.

"Nak duduk. Sakitlah belakang I asyik tidur je." ujar Sandra. Luth menggeleng kecil lalu menaikkan katil.

"Jom duduk." ajak Sandra sambil menepuk katilnya.

"Kerusi dah ada."

"Ala, jomlah share." pinta Sandra. Luth menggeleng kecil lalu duduk di sebelah Sandra.
Sandra memeluk Luth lalu menyandarkan kepalanya di dada Luth. Luth mengusap rambut Sandra.

"Aku mintak maaf.." pinta Luth lagi. Sandra mendongak lalu dagu Luth dicium lembut.

Biarlah semuanya menjadi memori sahaja. Tak perlu dipendam dan disimpan di dalam hati.








Luth Sandra [C]Where stories live. Discover now