LS 17

19.2K 678 7
                                    

Sandra mengurut pelipis. Teruk benar alahannya. Inikah yang semua ibu ibu rasai sewaktu mengandungkan anak mereka?

Terasa bagaikan ada benda lembap di atas dahinya. Sandra membuka mata.

"Eh.. Bila bangun? Sorry. I tak bangun buat breakfast tadi." ujar Sandra perlahan. Luth tersenyum.

"You should rest. Lagipun kau alahan. Tak payah masaklah. Nanti aku pergi beli luar. Aku dah makan dah tadi. Untuk kau pun aku dah tapaukan. Nak makan tak?" soal Luth sambil mengusap rambut Sandra. Sandra tersenyum nipis sebelum menggeleng. Kemudian dia memejam mata. Lembut terasa jemari Luth mengurut kepalanya.

"Nak pergi hospital tak?" soal Luth lagi. Sandra menggeleng. Setelah itu Luth hanya diam. Akur. 

Setelah beberapa minit mendiamkan diri, terasa selimut ditarik hingga ke paras bahunya dan dahinya dicium lembut. Sandra membuka sedikit matanya lalu melihat kelibat Luth yang sedang melangkah keluar.

Sandra mengeluh perlahan setelah pintu bilik ditutup kembali.

Dia hanya simpati pada kau, Adra.. Stop dreaming.
_________________________________

"Subur jugak kau rupanya." ujar Syafiq sambil tersenyum lebar. Luth menjeling.

"Ek eleh, dengki cakap dengki. Padan dengan kau tu, awek pun takde. Aku ni dah nak ada anak tau." ujar Luth bangga. Syafiq mencemik.

"Menyampah aku dengan kau ni." ujar Syafiq. Luth hanya tersenyum.

"Syaf, aku ingat kan.. Aku nak beli hadiah la untuk Sandra. Kau temankan aku eh?" soal Luth.

"Temankan kau? Kau ingat aku ni takde kerja lain ke nak dibuat daripada teman kau? Aku ada banyak lagi kes tau! Kau ingat polis ni macam kau, CEO goyang kaki? Ni pun nasib baik ada yang boleh tolong coverkan aku." ujar Syafiq. Luth memuncung. Mata dijulingkan ke atas.

"Takpelah, aku boleh pergi sendiri." ujar Luth mendatar sambil tangan terus membelek fail. Syafiq menjongket kening.

"Ha, elokla tu. Orang makin tua makin fikir ajal maut,  dia makin tua makin nak merajuk." ujar Syafiq. Kemudian dia bangun.

"Dahla, aku nak pergi ni. Nanti lain kali aku free aku temankan kau. Kau nak pergi ke bawah tanah pun aku temankan." ujar Syafiq sebelum berlalu pergi. Luth hanya tersenyum nipis. Dia faham Syafiq seorang polis. Polis tugasnya bukan sahaja memburu penjenayah. Banyak lagi kerja dia. Lagipun dia tak ambil hati langsung tentang Syafiq. Faham dengan kesibukan seorang polis.

Kemudian Luth melihat jam. Dah pukul satu. Terus sahaja dia bangun dan berlalu keluar. Meneruskan niatnya untuk mencarikan hadiah buat Sandra.
_________________________________

Luth membelek belek handbag di salah sebuah kedai. Selama berkahwin, Sandra tak pernah meminta apa apa darinya. Entahla Sandra tu guna atau tidak duit yang dia masukkan ke dalam akaun Sandra.

Luth menggaru kepalanya. Nak pilih yang mana? Rasa macam semua cantik. Nak beli semua.. Takut Sandra ni tak suka beg. Yelah, tak semua perempuan sukakan handbag.

"Encik nak pilih beg untuk apa ya?" soal salah satu pekerja di situ.

"Saya nak beg untuk wanita dalam umur 24 tahun." ujar Luth. Pekerja itu mengangguk sebelum berlalu dan memilih beg. Tiba di satu rak, dia memandang Luth.

"Mayba encik boleh ambil yang warna krim tu. Warna dia lembut je. Sesuai untuk wanita yang feminin." ujar pekerja itu. Kemudian dia cuba mengambil beg itu namun disebabkan ketinggiannya yang tak seberapa, tak sampai pulak.

"Its okay. Saya ambil." ujar Luth sambil menghulurkan tangan di belakang pekerja itu. Dia mengambil beg berwarna krim itu lalu membelek sedikit.

"How about it?" soal pekerja itu. Luth diam seketika sebelum dia angguk.

"Okay. Cantik. Saya nak yang ni. Berapa ya?" soal Luth. Gadis itu tersenyum.

"Lapan ratus je." ujar gadis itu. Luth angguk lalu menyelesaikan pembelian. Setelah selesai, Luth kembali masuk ke dalam kereta.

Luth mengetuk stereng kereta. Rasa macam tak cukup je. Nak beli apa lagi eh? Luth meninjau ke sekeliling. Mencari cari barang yang mungkin dapat diberi pada Sandra.

Tiba tiba satu idea terlintas dalam fikirannya. Terus Luth tersenyum lebar. Kereta dipandu ke destinasi yang dituju.
_______________________________

Sandra meneliti jam. Kepalanya makin kuat berdenyut. Jam sudah pukul 9 malam.

"Mana Luth ni..?" soal Sandra sendirian. Terus dia duduk di sofa. Minyak angin disapu perlahan di pelipis. Lenguh duduk, Sandra berbaring pula di sofa. Matanya ditutup.

"Adra.. Bangun." ujar Luth sambil menggosok lembut rambut Sandra yang melepasi pinggang itu. Sandra membuka matanya sedikit.

"Pergi mana?" soal Sandra sambil duduk.

"Keluar kejap. Beli barang. Kenapa tidur dekat sini?" soal Luth pelik.

"Tunggu you lah." ujar Sandra. Luth mengeluh lalu menggeleng.

"Dah, jom tidur dalam bilik. Dah makan ke belum ni?" soal Luth. Sandra angguk.

"Susu dah minum?" soal Luth lagi. Sandra tersenyum.

"Ha, jangan mengada. Kejap aku ambil susu tu." ujar Luth. Sememangnya dia tahu Sandra tidak sukakan susu. Liat betul budak tu nak minum susu.

Luth kembali ke ruang tamu dengan gelas susu di tangan. Sandra mengeluh.

"Minum." ujar Luth lembut. Gelas disua kepada Sandra. Sandra menggeleng.

"Taknak.. Tak sedap." rengek Sandra.

"Minum sikit je. Ini untuk kau jugak. Nanti kau cepat sihat. Dah takde alahan dah." pujuk Luth. Sandra memuncung.

"Sikit je." ujar Luth lagi. Sandra hanya akur sambil perlahan lahan gelas itu diambil. Susu itu diminum sebanyak dua teguk.

"Sikitnya." ujar Luth. Sandra hanya menggeleng tanda tidak mahu minum lagi sebelum tekaknya terasa mual secara tiba tiba. Terus Sandra berlari ke dapur dan muntah di dalam sink. Luth menggosok belakang Sandra.

"Okey?" soal Luth. Sandra angguk lemah.

"Larat ke tak ni nak jalan?" soal Luth. Sandra angguk sambil tersenyum nipis. Luth memerhati wajah Sandra sebelum dia mencempung Sandra.

"Eh.. Luth! Turunkan I lah." ujar Sandra kalut. Luth tersenyum nipis.

"Luth.. I berat ni." ujar Sandra. Bukan apa, dia kesiankan Luth. Sudahla lelaki itu bekerja, balik kena melayan dia pulak.

"Its okay. Bukan jauh pun bilik tu." ujar Luth. Sandra melingkarkan tangan di leher Luth. Kemudian dia mencium leher Luth.

"Wanginya you.." ujar Sandra perlahan. Luth hanya mendiamkan diri sambil membawa Sandra ke bilik. Kemudian tubuh Sandra diletakkan di atas katil. Sandra memaut leher Luth.

"You wangi." ujar Sandra. Luth menjongket kening.

"Are you seducing me?" soal Luth. Sandra menggeleng. Memang bukan niatnya untuk menggoda, tapi bau lelaki itu memang wangi. Bagaikan mempunyai aura tersendiri.

Sandra mendekatkan wajahnya ke leher Luth lalu leher itu dicium dan digigit perlahan. Luth memeluk Sandra kemas.

"You turn me on Adra." ujar Luth. Sandra merenung Luth.

"So?" soal Sandra nakal. Kemudian dia mengusap dada Luth. Terasa jantung Luth berdegup dengan kencang.

"I want you.." rengek Sandra. Luth hanya tersenyum nipis sebelum dia mencium bibir Sandra. Digigit perlahan bibir itu lalu tangannya mula menanggalkan baju Sandra. Tangannya menyentuh kulit Sandra.

"You turn me on.." bisik Luth.



Luth Sandra [C]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant