LS 14

18.8K 783 26
                                    

Tiga bulan kemudian..

Ruang mahkamah yang sunyi hanya dihuni oleh beberapa orang peguam serta anak buah mereka sahaja. Salah satu penghuninya adalah Luth dan Sandra. Luth memakai baju melayu berwarna hitam serta songkok manakala Sandra memakai baju kurung hitam bersama selendang hitam menutup kepalanya. Sama sama menunggu kes untuk dibicarakan.

Mata memerhati Sandra yang juga diam.

"Adra." panggil Luth tiba tiba. Sandra menoleh.

Luth bangun sebelum dia memegang tangan Sandra.

"Boleh tak kau peluk aku kejap? Lepasni dah tak boleh peluk dah." ujar Luth perlahan. Sandra diam. Lepasni setelah gugurnya talak, berakhirla hubungan mereka. Sandra menunduk sebelum perlahan lahan tubuh Luth dipeluk kemas. Luth memejam mata.

"Jaga diri. Jangan buat benda tanpa berfikir. Kau tu perempuan." bisik Luth perlahan. Sandra mengangguk. Setitis air matanya turun.

"Mohd Luth Assyarif Bin Luth Erman dan Sandra Ellyana Binti Sulaiman." panggil seorang pegawai mahkamah di situ. Secara drastik,  mereka meleraikan pelukan.

"Jom." ujar Luth. Sandra hanya mengekor dari belakang.

Perlahan lahan nafas dihela.

Jika ini yang terbaik untukku. Ya Allah. Permudahkan urusanku.

Siapa nak full?? Cepat! Angkat jemari cantik korg dan vote serta komen😂😂

Luth Sandra [C]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt