+ 01

468 55 14
                                    

[ Pencil | chapter one ]

Derapan tapak kaki melangkah ke arah satu tempat secara tergesa-gesa. Kot tebal yang tersarung di badan kecil figura itu cukup memberitahu bahawa negaranya sedang dilanda musim sejuk. Kedua belah tangan yang kesejukan disorok dalam poket kot untuk mengekalkan haba suam.

Itu dia, Min Yoonji. Gadis berusia 29 tahun yang berasal dari Daegu. Kini gadis itu menetap di Seoul berseorangan demi mengejar impian yang sudah lama terkubur di minda. Dikala rakan seumurannya sudah mempunyai pekerjaan tetap, mahupun mempunyai kerja sendiri dan malahan ada yang sudah berkahwin, disini masih ada lagi dirinya yang sedang melakukan kerja sambilan demi meneruskan kelangsungan hidup.

yoonji mengeluh perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam sebuah kedai alat lukisan, di mana tempatnya bekerja. Kot tebal digantung pada penyangkut di belakang pintu stor lalu mencapai sehelai apron denim disebelah kot miliknya.

"Hai, kak!" Sapa seorang gadis muda yang barusan masuk. Sena, Kwon Sena yang merupakan rakan sekerjanya sekaligus anak kepada pemilik kedai tersebut.

Yoonji tersenyum manis ke arah gadis muda itu sambil menyarung apron denim. "Hai! Lama tak nampak Sena."

Sena yang juga sedang menyarung apron denim mula ketawa kecil. "Rindu Sena ke?"

"Ish, tak ada maknanya. Cuma tertanya saja mana awak pergi. Akak ingatkan awak dah habis kerja part time dekat sini."

"oh... tak adalah. 2 hari lepas Sena dipanggil untuk interview kemasukan kolej. Super busy handling things that i had to stop working here for awhile." Balas Sena separa teruja dan penat mengenang dirinya harus berlari ke sana sini demi mengurus segala dokumen yang diperlukan.

"Faham sangat. Anyways, congratulations my dear Sena. Akak harap awak dapat jurusan yang awak nak." Ucap Yoonji lalu mengusap lembut rambut gadis itu. Senyuman manis terukir di wajah mereka berdua. "Jadi, memandangkan awak dah lepas interview, Makan tengah hari ini akak belanja. Okey?"

"Okey!" Ujar Sena dengan penuh teruja. Yoonji ketawa lembut melihat tingkah laku comel gadis itu.

...

Yoonji mengeluh kelelahan setelah tiba di rumah. Jam di dinding ruang tamu tepat menunjukkan sudah masuk pukul 10 malam. Kasut canvas dibuka lalu diletakkan pada rak belakang pintu. Kakinya longlai melangkah ke arah ruang tamu sebelum merebahkan diri pada sofa lembut yang boleh memuatkan 3 orang.

Tangan kanannya diregang dan cuba menggapai remote televisyen di atas meja kopi. Butang 'on' ditekan sebelum satu variety show mula kedengaran, memecahkan keheningan. Sejurus itu, Yoonji memejamkan matanya demi menghilangkan rasa penat setelah seharian berkerja. Tidak lama itu matanya terbeliak mengingatkan kewujudan kimbab yang barusan dibeli di tepi jalan ketika berjalan pulang ke rumah.

"Ah kimbab!" Ujar Yoonji lantasan bangkit dari baringan. Beg tangan yang dicampak di tepi sofa, dicapai sebelum menyeluk tangan dan mencari kimbab kimchi.

Kimbab kimchi diletakkan di atas meja saat matanya lebih tertumpu pada sebatang pensel di dalam beg tangan. Kotak memorinya mula berlayar pada satu kejadian setelah membeli kimbab tadi. Pensel itu direnung hairan.

"khamsahamnida..." Kata Yoonji kepada seorang nenek usai membeli kimbab kegemarannya. Sengaja dia membeli kerana terasa ingin makan bersama ramen dirumah. Gadis itu melangkah gembira pulang ke rumah sebelum dia dipanggil oleh nenek tadi.

"Nak!" nenek itu menjerit lembut, cukup sekadar untuk Yoonji mendengar. Yoonji berpaling pelik. Adakah dia lupa untuk bayar? atau lupa untuk mengambil baki? Tidak membuang masa, gadis itu melangkah semula ke arah gerai nenek itu. Nenek itu menghulurkan sebatang pensel membuatkan Yoonji bertambah hairan.

"Nah, kamu punya pensel."

"Eh... bukan saya punya ni nek." Kata Yoonji.

"Ambil saja." Balas nenek itu sambil memaksa Yoonji untuk mengambil pensel itu. Secara ragu-ragu Yoonji mencapai sambil tersenyum awkward. "Tapi..."

"Dah, pergi balik sana. Shuh Shuh!" Tidak sempat Yoonji ingin membela diri, dia sudah dihalau pulang. Langsung nenek itu meneruskan kerjanya menggulung Kimbab tanpa gadus dihadapannya. Yoonji menundukkan kepala tanda kehormatan sebelum melangkah pulang.

Yoonji mengangkat bahu setelah kembali dari lamunannya. Pensel tersebut diletakkan di atas meja kerja disebuah bilik yang menyimpan puluhan papan kanvas hasil lukisannya. Fikiran Yoonji beralih semula ke arah kimbab kimchi. Gadis itu kemudiannya melangkah ke dapur untuk memasak sebungkus ramen.

...

❛✓❜ pencil | 김태형Where stories live. Discover now