+ 04

278 44 6
                                    

[Pencil | chapter Four]

+day one

"Jadi tuan puteri, hari ini kita mahu ke mana? "

Panggilan 'tuan puteri' yang disebut Taehyung mematikan selera Yoonji daripada terus menikmati roti bakar kegemarannya.

Tawa halus milik Yoonji kedengaran jelas di telinga lelaki itu. Senyuman lebar terpancar di wajah lelaki itu apabila memikirkan bahawa dia sudah berjaya membuatkan gadis itu tertawa di hari pertama lagi mereka bersama.

"Don't call me 'tuan puteri'. Yoonji. Min Yoonji was my name"

"So, should I call you Yoonji or Min"

Pertanyaan lelaki itu membuatkan tawa Yoonji terburai sekali lagi. Kali ini, bukan senyuman terselit di wajah lelaki itu malahan satu reaksi pelik terpancul.

Aku tanya soalan pelik ke? I guess its not, hati lelaki itu bertanya dalam diam.

"Boy, Min was my surname. My name is Yoonji. So, you should call me Yoonji. Got it? "

Lelaki itu mengangguk kefahaman seperti burung belatuk. Roti bakar yang sedari tadi terpegang kemas di tangan, disuakan ke dalam mulut.

Yoonji tersenyum manis memandang lelaki itu sebelum turut melakukan perkara yang sama.

"Uhmmm, boy, " Yoonji memanggil kembali lelaki itu apabila menyedari sesuatu.

"Kenapa? "

"Dah semalaman kita berkenalan tapi awak tiada niat ke mahu bagitahu nama awak? "

"Awak tuan saya, sepatutnya awak patut tahu nama saya. Saya tiada nama selagi tuan empunya badan yang telah mencipta saya, memberi nama kepada saya"

"Kalau macam itu, apa kata saya nama kan awak Kim Taehyung? "

Lelaki itu tersenyum.

"Nice name"

"Okay. So, Now on your name is Kim Taehyung. Got it? "

"Got it"

Senyuman kekal terukir di bibir Yoonji melihat setiap tindak-tanduk lelaki itu. Terlalu comel dan menawan sekali.

Kemungkinan, tidak perlu berbuat apa-apa lagi pun sudah mampu membuatkan Yoonji bahagia.

Walaupun hanya untuk sementara.

❛✓❜ pencil | 김태형Where stories live. Discover now