+ 12

214 34 4
                                    

[ pencil | chapter twelve]

+ day nine

Sembilan hari sudah berlalu sejak kemunculan seorang lelaki misteri yang diberi nama Kim Taehyung. Situasi penuh mengejutkan itu masih segar berlegar di kotak memori Yunji. Dia ketawa kecil mengenangkan reaksi dirinya. Agaknya bagaimanalah rupa dia pada ketika itu? Rambut berantakan, kesan garisan bantal atau mungkin dengan pakej air liur basi melekat di pipi. Oh... hodoh sekali.

Yunji tersentak dari lamunan saat ketukan pada pintu menyapa gegendang telinga. Kepala ditoleh ke arah pintu, menanti yang di luar untuk bersuara. Tidak perlu tanya siapa di sana. Sudah jelas lagi nyata itu Taehyung.

"uh... awak sibuk ke?"

"Tak. Masuklah kalau nak. Pintu tak berkunci."

Taehyung membuka pinti perlahan-lahan. Itu dia, berdiri dengan penuh kecomelan di muka pintu bersama telefon pintar di tangan. Bibirnya dikemam rapat dan matanya bersinar bak kanak-kanak yang ingin meminta sesuatu. Yunji mengangkat kening kiri ke atas, hairan dengan perangai lelaki dewasa itu.

"ada apa-apa yang boleh saya bantu, wahai Encik Taehyung?," Tanya Yunji setelah melihat Taehyung tidak bersuara sepatah pun sejak 2 minit yang lalu.

"Ermm... Soalan ni mungkin nampak bodoh tapi saya nak tahu juga. Macam mana nak order delivery food?" Yunji diam buat sementara waktu. Dia tidak pasti reaksi apa yang harus diberikan. Patutkah dia ketawa atau dengan janggalnya meminta telefon Taehyung?

Taehyung dengan pantasnya membela diri saat melihat riak wajah gadis itu seakan blur. "Jangan salah faham. Ni bukan trick saya untuk kacau awak buat kerja. Saya cuma lapar, tapi saya tengok awak macam sibuk semacam. Jadi... erm... Saya cuba nak order makanan sebab saya selalu tengok awak-"

Kata-kata jejaka itu dicantas dengan tawa kecil Yunji. memandangkan Taehyung bukanlah jejaka dari dunia kejam ini, tingkah lakunya boleh difahami. Bukan semua benda di dunia kita ada di dunianya. Mungkin dunianya berbeza dengan dunia kita. Walaupun hakikatnya tiada siapa tahu dari mana asalanya lelaki misteri itu.

"Saya faham Kim Taehyung. Soalan awak tak bodoh pun. It's normal to learn something that you don't know. Mana tahu berguna lepas saya tak ada dengan awak nanti. Come here."

Senyuman kecil terukir di wajah gadis muda itu sambil menepuk kerusi kayu disebelahnya. Walaupun barusan mendengar sesuatu yang mampu menghancurkan hati, Taehyung perlahan-lahan mendekati Yunji. Lirikan matanya tidak lari dari merenung mata sepet figura di hadapannya. Tanpa ragu-ragu, Yunji mencantas telefon pintar jenama Samsung dari tangan Taehyung.

"Okey. Meh saya ajar satu-satu. Ingat tau!" Yunji berkata dengan penuh manis. Satu persatu langkah diajar, berharap ianya dapat membantu kehidupan seharian Kim Taehyung selepas ini.

"Lepasni kalau nak order makanan, bayar saja guna kad saya dalam ni. Awak kena ingat, dekat dunia ni tak bayar guna besi macam dunia awak tau."

"I know. They use paper instead." Jawab Taehyung seakan pasrah. Muncungnya memanjang kehadapan seperti seekor itik sambil menatap kosong skrin telefon pintar. Mungkin kerana sudah jemu dengan pesan yang sama. Bukan sekali dua lelaki itu menghulur token besi buruk kepada penjual lain sebelum ini.

Yunji ketawa kecil melihat tingkah laku Taehyung. Kepala digeleng sebelum cuba mengubah suasana sepi diantara mereka.

"lagi 30 minit makanan awak sampai. Now, go and wait. Saya nak sambung buat lukisan saya." Kata Yunji dalam nada bercanda lalu menggapai berus halus di atas meja kerjanya. Perhatian gadis itu beralih seratus peratus kearah papan kanvas bersaiz A1.

"Yunji?" Taehyung memanggil lembut. Punggungnya langsung tidak beralah dari kerusi kayu berwarna coklat itu. Bebola matanya setia menatap sisi wajah gadis berkulit sawa matang.

"hmm?"Balas Yunji tanpa beralih sedikit pun. Jari jemarinya menari di atas papan kanvas, mengecat potret figura seorang wanita bergelar ibu.

"What if the day come? The day... I will leave you"

Yunji terkedu. Jari-jemarinya dengan serta merta berhenti menari. Gadis itu kekal merenung papan kanvas. Serba salah mahu menoleh ke arah jejaka disebelahnya.

"forever..."

Hati Yunji bagaikan disiat dengan sebilah pisau setelah mendengar perkataan terakhir tersebut. Tidak dinafikan hari itu bakal tiba dalam masa berbaki 12 jam memandangkan separuh hari sudah berlalu hari ini. Matanya berkaca saat meratap iris hazel milik lelaki misteri yang telah berjaya mewarnai hari-harinya sejak 8 hari yang lalu.

❛✓❜ pencil | 김태형Where stories live. Discover now